35 ✧.*

206 13 1
                                    

TIGA hari berlalu. Naura termenung jauh. Anak matanya memandang langsir yang diselak sedikit itu. Cahaya matahari yang menembusi bilik gelap ini, dibiarkan menyimbah muka.

Mata dipejam buat seketika. Duduknya yang bersila diubah ke kedua-dua lutut yang dirapatkan ke dada sendiri pula. Disembamkan muka pada lutut sebelum dia terhenjut-henjut menangis.

"Ya Allah, sayang. What's wrong? Are you feeling unwell. Hm?"

Lembut suara garau itu menegur membuatkan Naura sedikit tenang. Tersedar dengan realiti, segera dia membuka mata sebelum menggeleng perlahan. Jangan hanyut, Naura Khadeeja!

"Please makan sayang. Habiskan kalau sayang mampu," ujar Qadif seraya meletakkan dulang bersebelahan Naura di atas katil. Ada sepinggan nasi lemak dan satu plastik teh ais.

"Sayang, you haven't eaten for three days straight. Even breakfast tadi pun sayang tak sentuh. Janganlah macam ni sayang. Tolong dengar cakap abang. Hm?" pujuk Qadif pula. Naura cuma diam. Masih dengan muka yang disembamkan ke lutut sendiri.

"Okey, sayang yang paksa abang," kata Qadif. Naura berkerut lalu pantas kepalanya diangkat. Dipandang dengan mata yang berkedip-kedip Qadif yang kembali masuk ke bilik.

"Awak buat apa?" perlahan nadanya. Hairan dengan meja kecil yang dibawa Qadif. Dibuka suaminya dan ditempatkan elok di hadapannya. Kemudian, dulang makanan diletakkan di atas meja hitam itu.

"Makan."

Naura menelan air liurnya perlahan. Terasa gerun pula dengan suara dan pandangan tajam Qadif. Tetapi, dia masih degil. Dipandang pun tidak dulang itu. Hanya dengusan kasar yang diberi.

"Sebutir nasi yang sayang tak habiskan, akan dibalas dengan satu ciuman. So, finish it. I will come back later untuk check," ugut Qadif dengan badan yang dibongkokkan sedikit. Menyamai ketinggian Naura yang sedang bersila.

"Aw...awak tak boleh buat macam tulah!" marah Naura sebelum mukanya dipalingkan ke kanan. Terasa jelas nafas hangat Qadif menampar pipi.

"Oh yes I can, baby. Jadi, makan," balas Qadif. Tepi bibir dijungkitkan sedikit ke atas. Tahu Naura sedang gundah-gelana. Alahai, ugutan juga yang dipinta isterinya.

"Awak jahat!" kata Naura dengan nada yang tertahan. Tajam mata hitam pekat itu memandang Qadif. Benar-benar tidak puas hati.

"Jadi, kalau awak taknak orang jahat ni cium awak, better awak habiskan sayang," balas Qadif. Naura merengus geram. Tangan mencapai jua teh ais dengan muka cemberut.

"Ingat ya sayang, after 30 minutes, abang akan datang semula. It's up to you to choose whatever you want," pesan Qadif sebelum langkah diatur keluar.

"Kenapa tak boleh buka ni? Ish, bencilah!" jerit Naura. Tangan meletak kembali teh ais ini dengan kasar. Ditenung juga air yang satu ini sehingga mahu tembus.

"Sayang, kenapa tak minta tolong abang?" berkerut kening tebal itu. Berpatah semula kaki panjang milik Qadif dengan jeritan Naura. Hampir luruh jantungnya.

"Sayang," panggil Qadif, lembut. Mudah sahaja tangannya membuka ikatan getah. Diletakkan straw dan diikat semula sederhana ketat. Kemudian, menghulurkan kepada Naura.

"Sayang, abang tanya ni. Kenapa tak minta tolong abang?" tanya Qadif lagi. Masih dengan nada yang lembut.

"Boleh keluar tak? Saya nak makan. Tengok muka awak tak ada selera," balas Naura. Dia merampas kasar air dari tangan Qadif.

"Alright, abang keluar," akur Qadif. Dari nada suara Naura, isterinya seperti menahan tangisan. Dia perlu mengalah.

"Saya benci awak."

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now