12 ✧.*

1.1K 55 0
                                    

"ABE!" panggil Qadri dengan nada yang berbisik. Langkah dibawa keluar dari bilik bawah. Baru selesai menunaikan solat. Namun, ada sesuatu yang menganggu mindanya.

"Apa hal?" balas Qadif, dingin. Buat dua detik, adiknya ditengok sebelum kembali menghadap MacBook di ruang tamu.

"Relakslah. Kau ni beku betul," kata Qadri. Bibirnya dicebikkan sedikit.

"Kau nak apa?" tanya Qadif. Kali ini, nadanya dilembutkan sedikit. Akan tetapi, masih jelas kedengaran suara dinginnya. Sejenis yang tidak reti bercakap lembut.

"Kau tidur bilik bawah ke?" tanya Qadri. Qadif mengangguk tanpa berfikir panjang. Fokusnya hanya pada skrin MacBook di hadapan mata.

"What?! Ko...korang tak sekatil ke?" ternganga luas. Terduduk juga tanpa mahu di sofa yang memuatkan seorang. Hampir sahaja dia pitam di sini.

"Diam gila," tegur Qadif dengan nada yang tertahan.

"What in the world? Kenapa pula?" Qadri berkerut pula. Naura yang baru tiba di ruang tamu itu, mengemam bibir. Kasihan suaminya, tidak tahu mahu menjawab apa.

"Saya yang..."

"Jangan sibuk hal rumah tangga aku boleh tak?" Qadif pantas memotong ayat Naura. Tajam matanya menikam anak mata adik kandungnya itu.

"So, korang tak pernah... tulah?" tanya Qadri lagi. Naura terlongo memandang tangan Qadri yang bebas bergerak ke udara itu. Membahang panas mukanya.

"Qadri!" marah Qadif. Naura menggigit tepi bibirnya. Berfikir juga dua saat sebelum memasukkan tangannya di lengan milik Qadif.

"Awak," panggil Naura.

"Yes baby?" senyum Qadif. Naura menggeleng perlahan dengan bibir yang dikemam. Qadif pula menarik senyuman segaris. Alahai, comel sangatlah.

"Don't worry sayang," balas Qadif.

"Abe, kau tak tergoda ke tengok isteri kau?" masih tidak berpuas hati. Dia menghiraukan langsung muka garang yang ditayangkan oleh Qadif.

"Kau tergoda kan? Eleh, mengaku jelah. Malu-malu pula dia ni," tergelak besar melihat riak Qadif yang mula berubah. Mustahil sangat tidak tergoda.

"Qadri, baik kau keluar sementara aku masih baik ni," amaran Qadif dengan rahang yang diketap. Niat mahu menyepak adiknya ini, ditahan. Mujurlah ada Naura, penyejuk hati membara terbakar berapinya.

"Abe, ka..."

"Qadri Fikrullah," potong Qadif, pantas. Qadri mengemam bibirnya. Melihat Qadif yang menggosok belakang tengkuknya itu pun, sudah jelas terbukti. Jual mahal betul.

"Fine," akur Qadri. Langkah dibawa keluar sambil memakai selipar. Akan tetapi, dia masih tidak berpuas hati.

"Tapi, seriuslah korang tak pernah?" tanya Qadri lagi. Kepala disengetkan sedikit sambil memandang Naura dan Qadif. Naura menepuk dahinya perlahan sambil menggeleng. Tidak serik adik iparnya ini.

"Qadri sial!" jerit Qadif. Naura sedikit terhenjut. Laju dia mendongak sedikit, memandang Qadif di sebelah.

"Sorry sayang, tak sengaja," kata Qadif. Kedua-dua pipi milik Naura, dipegang lembut. Naura cuma membalas dengan sengihan janggal.

"Sekejap ya sayang. Abang nak ceramah sikit dekat dia," sambung Qadif pula. Sejurus itu, dia bangun dari duduk. Mengatur langkah ke Qadri dengan muka beku.

"Ab...abe. Abe!" jerit Qadri. Gelabah dia berlari masuk ke Audi R8 miliknya.

"Kau sinilah bangang," meleret Qadif mengungkapkan kata. Kaki diberhentikan di tangga halaman. Tangan pula naik memeluk tubuh sendiri.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now