43 ✧.*

202 14 0
                                    

NAURA terjaga dari lena. Tangan meraba ke kanan sebelum dahinya berkerut seribu. Seketika, mata dibuka pejam buat beberapa kali. Qadif tiada. Ke mana pula suaminya menghilang?

Pandang ke sudut bilik, Naura semakin berkerut. Segera dia turun dari katil sebelum mengatur langkahnya ke meja kecil di situ. Penuh berhati-hati, duduk dilabuhkan. Kepala pula diletakkan di atas lengan.

"Kenapa awak tidur sini?" tanya Naura, perlahan. Jari naik membaiki rambut Qadif yang terjuntai ke dahi. Pandangan jatuh ke bibir suaminya pula. Buat beberapa detik, bibirnya disatukan di situ.

"Sayang," Qadif terbangun dari lena. Terkedip-kedip matanya memandang Naura yang sedang tersenyum manis itu.

"Kenapa sayang duduk sini?" tanya Qadif pula. Dari posisi yang tidur beralas lengan, beralih ke duduk biasa. Naura turut berbuat sama.

"Awak tu kenapa tidur sini?" Naura memulangkan soalan. Muka tidak puas hati juga ditayangkan juga.

"Abang siapkan ni sayang," balas Qadif. Skrin MacBook yang gelap tadi, kini bercahaya semula. Naura mencebik sedih.

"Saya menyusahkan awak lagi kan? Tapi saya tak mampu nak tahan nafsu gedik saya. Saya minta maaf," kata Naura. Jari dimainkan sesama sendiri.

"Tak sayang. Apa pula sayang menyusahkan abang. Tak adalah sayang. Tak langsung," kerut Qadif. Kedua-dua tangan Naura diambil sebelum digenggam lembut.

"Awak tak tidur ke?" tanya Naura lagi.

"Tidur sayang. Abang baru je bangun ni," bohong Qadif. Tipu sunat tidak mengapa kot. Sekali-sekala. Lagipun, dia tidak mahu isterinya dihurung rasa bersalah.

"Betul ke?"

"Si carinō," angguk Qadif. Naura automatik menarik senyuman manis. Hilang terus muka sedih yang terpamer jelas di wajahnya tadi.

"Apa ni awak?" tanya Naura. Tangan mengambil sehelai kertas berwarna coklat di atas meja. Tampak seperti surat yang bukan biasa-biasa. Seperti sepucuk surat yang bermakna.

"It's a letter I write to reflect on my journey over the past year, baby," balas Qadif dengan senyuman kacak. Sempat hidung Naura dicuit geram.

"Oh. Nak baca boleh?" pinta Naura.

"Sure baby. Go ahead. Tapi jangan ketawakan suami awak ni pula," pesan Qadif. Nadanya dileretkan sedikit. Memberi amaran cara lembut. 

"Okey, saya janji!" angguk Naura. Surat kecil berwarna coklat kopi itu dibuka. Laju bebola matanya bergerak, membaca setiap patah perkataan yang ditulis. Alahai, rapinya tulisan pun!

To 29-Year-Old Qadif Rizqullah.

Now that I've just turned 30, I wanted to take a moment to tell you how proud I am of you. This past year, you took a leap of faith and committed yourself to someone incredible. Marrying Naura Khadeeja was undoubtedly a highlight. She has brought a light into our lives that I am endlessly grateful for. Together, you two have begun building a future full of love and promise. I'm proud of the steps you've taken and look forward to the journey ahead.

With heartfelt admiration,
Your 30-Year-Old Self

"Awak," Naura mencebik. Pandang sahaja seraut wajah kacak milik Qadif, terus air matanya berlumba jatuh. Alahai, terusik hebat hati perempuannya. Comellah.

"Aww baby, why are you crying?" Qadif tergelak kecil. Pantas tangannya menyeka lembut pipi basah Naura.

"Awak comellah," balas Naura, tersedu-sedan. Matanya dipejam rapat sambil menikmati sentuhan lembut tangan Qadif. Surat diletakkan juga di atas meja.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now