11 ✧.*

1K 48 3
                                    

"ANY emergencies, call je abang tau," ujar Qadif sambil memandang Naura. Tidak lekang senyuman dari bibir merah jambu isterinya itu.

"Awak, ni mesti mahal kan?" Naura mencebik. Sambil itu, tangan membelek iPhone 14 yang dihadiahkan Qadif. Mata dikerdipkan beberapa kali. Masih tidak percaya.

"I don't know sayang. Tak kot?" kedua-dua bahu diangkat.

"Tak kot? Awak macam tak confident je. Awak tak curi kan?" tanya Naura, sedikit berkerut. Refleks, badannya duduk secara tegak. Angin dingin juga menampar pipi.

"Kalau abang curi, dah ada dalam penjara suami awak sekarang ni sayang," balas Qadif, sedikit meleret. Naura tergelak kecil. Logik juga.

"Nilah suprise yang awak nak beri pada saya?" tanya Naura.

"Ya sayang. Sayang tidur awal semalam kan? Jadi, abang beri pagi ni," senyum Qadif. Sempat tangannya menyelit juntaian rambut Naura ke belakang telinga. Tersenyum manis juga.

"Terima kasih awak," Naura membalas senyuman itu. Menilik lagi iPhone 14 yang berwarna Starlight ini. Alamak hai, lawa betullah.

"Sama-sama sayang," balas Qadif. Badannya dibongkokkan sedikit. Menyamai ketinggian Naura yang sedang duduk di kerusi island.

"Ni ikon contact. Kalau sayang tekan sini, ada nombor abang kan?" sambungnya. Jari mula menari di atas skrin, ke bahagian kenalan. Naura hanya memerhati pergerakan jari Qadif sebelum keningnya berkerut.

"Marido?" soal Naura.

"Ya sayang."

"Marido nama awak?" soal Naura lagi. Berkedip mata itu memandang Qadif yang begitu hampir dengannya. Seperti biasalah, bibir suaminya menjadi tatapan lama. Gatallah.

"Yes baby," angguk Qadif.

"Apa maksud dia?" masih dalam mod ingin bertanya.

"It's in Spanish. Kalau sayang ada masa, sayang cubalah study," senyum Qadif. Naura menjatuhkan kepalanya. Seketika, bibirnya dikemam lembut.

"I've already created some of the accounts for you. Instagram, Snapchat, Youtube and banyaklah," kata Qadif. Menggesel skrin sebelum menunding ke satu persatu ikon yang disebut.

"Tiktok?" Naura membulat.

"What's that, sayang?" Qadif berkerut. Fikirnya, semua telah dibuat. Tiada satu pun yang tertinggal. Apa pula yang disebut isterinya itu?

"Tak ada apa-apalah. Kerja elok-elok awak," pesan Naura. Tangan kekar Qadif disalam penuh hormat sambil melemparkan senyuman manis.

"Thank you sayang," kata Qadif. Naura cuma mengangguk. Sesaat selepas itu, keningnya berkerut melihat Qadif yang berpatah semula. Langkah ke pintu utama, terbatal.

"Ya Allah, abang lupalah sayang," Qadif menepuk dahi. Bawah bibirnya juga digigit sedikit kuat.

"Lupa apa?"

"Soon kita pergi beli groceries eh? Abang busy sangat lately ni sayang," balas Qadif, sedikit mencebik. Naura tergelak kecil. Kepala dianggukkan lagi. Fikir apalah.

"Tak apalah awak," ujar Naura. Dia bangun dari duduknya sebelum kunci kereta Nissan GTR R35 suaminya diambil. Langkah pula diatur menuju ke Qadif. Kunci dihulur.

"And I forgot my car key too?" Qadif tergelak kecil. Huluran kunci dari Naura, disambut baik. Naura tersenyum tipis. Alahai, kacak sangatlah.

"Love you, sayang," kucupan lembut sempat dilabuhkan di pipi Naura.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now