44 ✧.*

202 12 0
                                    

"DAH tak ada apa-apa yang tertinggal ke sayang?" tanya Qadif. Tali pinggang keledar dipakai pada badan. Senyuman segaris turut bergayut di bibir merah jambunya.

"Dah tak ada awak," balas Naura. Senyuman Qadif dibalas mesra.

"Are you sure sayang?"

"Sure. Jom awak. Tak sabar," ujar Naura seraya mengangguk. Belum apa-apa, tangannya sudahpun membuka plastik gummy bears. Kudapan!

"Awak, jomlah. Kenapa tengok saya pula?" Naura berkerut. Patutlah ajakannya dibiarkan angin berlalu sahaja. Qadif sedang merenung dia tidak berkedip rupanya. Alahai, selalu sangat.

"You're beautiful today, baby. I mean, setiap hari sayang cantik but today, you're looking absolutely gorgeous," ujar Qadif.

"Saya pakai foundation baru," kata Naura. Kepalanya dijatuhkan sedikit melihat gummy bears di tangan. Alahai, kenapa berdetak hebat pula jantungnya ini?

"Beautiful," puji Qadif lagi. Sempat tangannya naik menggosok lembut sisi kepala Naura. Naura tersenyum suka.

"Terima kasih awak."

"Sama-sama sayang," balas Qadif. Sedari tadi, bibirnya tidak lekang langsung dengan senyuman. Naura pula terasa mahu pitam. Berona merah mukanya.

"Ish, jomlah gerak," ajak Naura. Gummy bear dimasukkan ke dalam mulut. Cuba menghilangkan rasa gugup.

"Nantilah. Nak tengok sayang. Five minutes please."

"Five minutes?! Kan awak dah tengok saya setiap hari? Jomlah gerak. Saya dah tak sabar. Ni first time saya naik Audi," kata Naura, tidak puas hati. Tidak mengerti juga.

"Qadif," panggil Naura pula.

"Ya sayang?" sahut Qadif. Sebelah keningnya diangkat satu kali. Naura mengeluh perlahan. Mahu sahaja dia menampar pipi itu. Mencabar kesabarannya betullah.

"Ish, keluarlah. Biar saya drive," suruh Naura. Tangannya menolak bahu Qadif.

"Allahu. Sayang, janganlah buat lawak macam tu. Cramp perut abang sebab gelak nanti," Qadif tergelak kecil. Pipi Naura ditarik manja.

"Awak cakap tempoh hari nak beritahu yang awak benarkan saya bawa kereta atau tak? So how? Apa keputusan awak?" soal Naura, bertubi-tubi. Riak wajahnya sudahpun bertukar teruja.

"Alamak! Dah lewat ni sayang. Kita gerak ya?" balas Qadif. Jam Rolex di tangan, menjadi tatapan sekilas.

"Mengelak! Cakap jelah benarkan atau tak, nak tahu," kata Naura. Jari telunjuk mencucuk pinggang suaminya beberapa kali. Mata juga dikerdipkan pabila Qadif memandangnya.

"Safety reasons baby," jawab Qadif. Tangan Naura diambil sebelum digenggam.

"Saya pakai seatbelt bila bawa nanti," penuh kepolosan ayat itu diutarakan.

"That's not what I meant sayangku Naura. Abang taknak biarkan sayang keluar without me accompanying you. Uh oh, abang taknak sangat," geleng Qadif.

"Saya taknak susahkan awak. Awak kan busy kerja," alasan Naura. Bibir turut dicebikkan sedih.

"Tak adanya sayang susahkan abang. Kalau abang busy, Malia tu ada. Ajak je dia," balas Qadif, mudah. Lagipun, Malia boleh dipercayai. Tidaklah dia risau akan keselamtan Naura.

"Tapi nak seorang."

"Oh?! Belum apa-apa dah ada plan nak tinggalkan abang? Alright, I've made my decision. Abang tak benarkan," kata Qadif. Tegang mukanya memenuhi kornea mata Naura.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now