21 ✧.*

363 16 0
                                    

Trip to Terengganu.

Day 1.

"SAYANG, pakai ni baru kita matchy-matchy."

Qadif meletakkan Rayban hitam di atas kepala Naura yang dilitupi instant shawl berwarna pink lembut. Naura tersentak sedikit. Mendongak memandang Qadif yang berdiri di hadapannya.

"Sesuai ke dengan saya?"

"So well, baby. Bagai pinang dibelah dua."

"Macam tak kena je," kerut Naura. Confident betul muka Qadif mengutarakan ayat itu.

"Kan? Abang pun rasa ada something yang tak kena. Sekejap, abang betulkan."

Naura semakin berkerut. Pelik dengan Qadif yang tiba-tiba merenungnya tajam. Qadif pula menggigit dalam bibirnya. Berfikir dua saat sebelum bibir Naura dicium sekilas.

"Awak!" kerana tidak menyangka, Naura sedikit terjerit. Membulat luas matanya. Bibir Qadif sudahpun bertukar warna, terkena lipmatte miliknya.

"Awak ni. Ya Allah," Naura tergelak pula. Segera jari runcingnya naik mengesat bibir Qadif.

"Sukanya sentuhan sayang," senyum Qadif. Membiarkan tangan Naura di bibirnya. Sambil itu, tersenyum manis juga.

"Haih, jom kahwin you."

Putera yang sedari tadi memerhati itu, bersuara juga. Tidak sanggup menahan lagi. Beg yang hanya digalas sebelah bahu, dibetulkan. Malia di sebelah, tidak ditengok.

"You gila ke?" marah Malia. Juga tidak memandang Putera. Fokusnya hanya dipakukan kepada dua manusia itu. Kissing in front of her? Wow, the audacity.

"Yalah kot. Gilakan you," balas Putera.

"Nak muntahlah I dengar," kutuk Malia. Entah apa nasibnya empat hari ini. Harapnya tidak menjadi gilalah.

"Here. I tadah."

"You bodoh ke apa?" carut Malia. Pekat bunyinya. Mata memandang telapak tangan yang dihulurkan oleh Putera itu. Pengotor betullah.

"Bo...bodoh? I gurau jelah," Putera ternganga luas. Badannya dipusingkan, menghadap Malia. Niatnya cuma mahu bergurau sahaja.

"Gurau bodoh. Siapa je yang tak marah. Orang bodoh je yang tak marah," laju Malia menghamburkan kata. Putera terkelu lidah pula.

"Sa..."

"Diam. I nak tengok wayang free ni," cantas Malia. Menjeling tajam Putera di sebelah. Difokuskan kembali pandangannya ke Naura dan Qadif. Berdrama di hadapan pintu rumah.

"Sayang, tak ada lipstick yang kiss friendly ke?" tanya Qadif. Bibirnya dicebikkan sedikit. Tidak berpuas hati.

"Kiss friendly?"

"Haah sayang."

"Maksud awak?" Naura memulangkan soalan kembali.

"Kalau abang cium sayang, tak melekat dekat bibir abang," kata Qadif membuatkan Naura tergelak. Kalau tahu dirinya akan dicium, akan dipakai lipmatte yang lebih bersesuaian.

EHEM!

Serentak Putera dan Malia berdehem. Kemudian, masing-masing pantas memandang sesama sendiri. Putera menarik sengihan mengada. Malia pula, menayangkan muka jengkel.

"Malia! Eh? Inspektor Putera pun ada?" tanya Naura. Laju kaki itu menuruni tangga di luar rumah. Berlari anak ke arah Malia.

"Sayang, be careful. Allahu," tegur Qadif. Langkah turut dibawa mendekati Malia dan Putera. Ke halaman rumah mereka yang terletak bersebelahan kolam.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now