04 ✧.*

1.8K 92 0
                                    

MALAM berganti siang. Qadif melemparkan senyuman manis, membalas senyuman doktor Sam. Kemeja biru laut yang dipakai, dibutangkan semula. Sempat tulang tengkuknya dibetulkan sedikit.

"Kamu dah okey tapi jangan lupa banyakkan minum air kosong," kata doktor Sam. Stethoscope disimpan ke dalam beg hitamnya.

"Terima kasih doktor," ujar Qadif.

"Sama-sama, Qadif. Tapi, saya nak tanya satu soalan boleh?" doktor Sam memandang jejaka muka yang tinggi lampai ini. Mukanya berubah sedikit serius.

"Apa tu, doktor?" tanya Qadif. Tiba-tiba sahaja segenap ruang ini dipenuhi dengan suasana yang serius.

"Maid kamu tu, mana kamu ambil?" tanya doktor Sam dengan nada yang perlahan. Risau wanita yang digelar bibik itu mendengar perbualan mereka.

"Maid?" tanya Qadif. Bertambah kerutan di dahinya.

"Ya. Perempuan semalam yang call saya tu. Dia maid kamu kan?"

"Doktor, dia isteri saya," kata Qadif. Baru sahaja dapat menangkap siapa yang dimaksudkan oleh doktor Sam. Berubah riak wajahnya. Begitu juga dengan doktor Sam.

"Is...isteri?" jelas terpana. Membulat juga matanya melihat Qadif. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya.

"Ya. Dia isteri saya yang sah di sisi Islam," kata Qadif. Hilang sirna senyuman tipis yang bergayut di bibir itu.

"Sejak bila kamu kahwin? Tak jemput saya pun," kata doktor Sam. Bukanlah ingin membuat Qadif merasa bersalah atau apa, dia cuma terkejut.

"Maaf doktor. Kami buat kecil-kecil je," Qadif menayangkan senyuman tipis.

"Something off pasal isteri kamu tu. Kamu taknak check dia dekat hospital ke?" tanya doktor Sam.

"Hal isteri saya, biar saya yang handle. Saya tak suka orang lain masuk campur," balas Qadif. Nada suaranya ditekankan sedikit. Cukup untuk tidak kedengaran biadab. Namun, masih mempunyai unsur tegas.

"Maaf," doktor Sam menundukkan kepalanya sedikit. Qadif bangun dari katil sebelum tangannya menepuk bahu doktor Sam. Buat beberapa kali.

"Saya ada kerja ni doktor," kata Qadif lalu memandang jam tangan Rolex di tangannya. Laila mungkin akan sampai di Malaysia pada jam 10.05 pagi. Ada dua puluh minit lagi masa yang berbaki.

"Saya pun nak pergi hospital ni," kata doktor Sam. Qadif mendahulukan doktor Sam untuk berjalan keluar. Disertakan juga dengan senyuman segaris.

"Kalau malam nanti, kamu tak sedap perut lagi beritahu ya?" sempat doktor Sam memberi pesanan.

"Okey. Terima kasih sekali lagi, doktor," kata Qadif. Mendapat anggukan sebagai balasan dari doktor yang sudah melebihi separuh abad itu.

Setelah kereta Mercedes-Benz EQA doktor Sam hilang disebalik pokok besar di dalam kawasan luar rumahnya, Qadif menutup pintu. Naura yang berada di island, didekati. Berdehem juga perlahan.

"Doktor Sam dah balik?" tanya Naura. Senyuman tipis dilemparkan kepada Qadif. Qadif mengangguk.

"Awak dah sihat ke?" tanya Naura lagi sambil memandang Qadif yang semakin menghampirinya. Alamak hai, apa pula kali ini? Tolonglah, dia tidak kuat!

"Alhamdulillah, I'm fine now. Thank you for asking, sayang," balas Qadif. Kerusi di tepi Naura, ditarik sebelum melabuhkan duduk. Naura sedikit tersentak.

"Kaki sayang pula macam mana? Dah okey?" soal Qadif pula. Menjatuhkan pandangan melihat kaki kiri Naura sebelum laju isterinya membawa lari. Menyorok.

"Dah," balas Naura. Senyuman kekok dilemparkan juga. Qadif cuma mengangguk. Tidak berkedip mata itu melihat seraut wajah milik Naura. Tuhan, cantiknya ciptaan-Mu.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now