24 ✧.*

435 23 1
                                    

Day 4.

"SELESA tak sayang?" tanya Qadif. Matanya ralit memerhati Naura yang sedang bersiap. Tubuh dipeluk selesa. Disandarkan juga badan tingginya ke pintu gelangsar.

"Selesa apa?"

"Pakai benda alah tulah dekat bibir," Qadif memuncungkan mulutnya ke tangan Naura.

"Awak nak try ke? Sini," kata Naura seraya menggamit tangannya. Qadif mengangguk laju. Tidak berfikir langsung walaupun sesaat.

"Dear hand, please move a little," kata Qadif. Tangan kiri Naura yang berada di atas riba itu, ditolak perlahan. Naura membulat luas.

"Ja...janganlah duduk atas riba saya. Awak ni, agak-agaklah," Naura menolak tubuh Qadif yang sudah membongkok ingin duduk itu. Berkerut seribu dahinya. Marah. Dan juga, terkejut.

"Abang nak manja sikit je," tercebik.

"Patahlah kaki saya," kerut Naura. Qadif kembali ke posisi yang berdiri tegak. Membalas pandangan mata Naura yang mendongak melihatnya.

"Buat bibir kedepan sikit."

"Buat bibir kedepan sikit? Macam mana tu? Abang tak faham," Qadif pura-pura tidak mengerti. Sekali pakej menayangkan muka blur lagi. Mata juga dikerdipkan beberapa kali.

"Macam ni," kata Naura. Menunjukkan demo, iaitu memuncungkan bibirnya. Qadif pula segera merebut peluang yang ada. Setelah itu, dia tergelak kecil. Oh yeah, berjaya!

"Awak! Elok-eloklah," Naura merengek tidak suka.

"Sorry sayang. Tak boleh tahan."

"Memang. Gatal."

"Dengan sayang je," balas Qadif. Melemparkan juga senyuman manis. Akan tetapi, hanya untuk dua detik sahaja. Kerana ayat Naura membuatkan dia berubah riak.

"Memang dengan saya jelah. Atau awak ada orang lain?"

"Allahu. Sayang seorang pun dah tak larat abang nak layan," balas Qadif. Sesaat selepas itu, dia ternganga. Naura pula berkerut seribu. Laju kepalanya berpaling menghadap Qadif.

"Apa awak cakap?!" soal Naura. Bawah bibirnya digigit geram dengan mata yang mencerlung tajam.

"Pakaikanlah cepat dekat bibir abang, sayang. Nanti Malia dengan Putera tunggu. Kasihan diaorang. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu. Berdosa. Allah marah tau," laju bibir itu membela diri. Naura menjeling.

"Sini," Naura menarik rahang Qadif, mendekat ke mukanya. Bibir Qadif, dipakaikan lipmatte. Qadif pula menikmati pemandangan di hadapan mata. Suka dengan muka fokus yang ditayangkan oleh isterinya.

"Ratakan. Guna bibir awak," suruh Naura pula.

"Guna bibir sayang tak boleh ke?"

"Tak boleh! Buat sendirilah!" marah Naura. Menjeling tajam juga Qadif di sebelahnya. Ada sahaja idea gatalnya itu.

"Ab...abang tanya je. Janganlah marah," cebik Qadif. Apa-apa pun, suruhan Naura tetapi diikutinya. Mengemam bibir sebelum menggerakkan ke kiri dan kanan. Meratakan cecair yang terasa di bibir.

"Ish?! Apa pasal lagi cantik dari saya ni?"

"Cantik ke? Taknak hapuskanlah. Nak keluar macam ni," Qadif memandang muka sendiri di pantulan cermin. Kepala tanpa sedar terangguk-angguk dengan ayat Naura. Terasa naik pula seri di mukanya.

"Awak dah hilang akal ke wahai atuknda? Jangan malukan sayalah," Naura berkerut memandang Qadif.

"Gurau jelah sayang," ujar Qadif seraya mencubit pipi kanan milik Naura.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now