"TAKNAK jumpa. Saya takut," kata Naura. Lengan Qadif disembamkan mukanya. Menggeleng laju juga kepala itu, tidak mahu.
"Uncle baik, sayang. Don't worry," pujuk Qadif. Tepi kepala Naura digosok lembut dengan tawa yang tertahan. Bibir dikemam rapat.
"Taknak."
"Sayang," panggil Qadif dengan nada lembut. Kedua-dua bahu Naura dipegang sebelum matanya menikam anak mata hitam pekat milik isterinya.
"Taknak juga," cebik Naura. Bertakung penuh sudah tubir mata itu. Menunggu masa sahaja untuk empangan air matanya pecah. Kepala digelengkan perlahan pula kali ini.
"Alright sayang. Abang beritahu uncle yang sayang demam. That's fine," Qadif mengalah.
"Tapi..." ayat dihentikan dengan bibir yang dikemam. Tangan pula menghalang Qadif dari mengambil telefon. Dipandang suaminya dengan mata yang berkedip-kedip.
"Tapi apa sayang?"
"Dia dah on the way ke? Kalau dah on the way, tak perlulah tipu. Saya jumpa," kata Naura. Rasa bersalah menghurung diri pula.
"Are you sure baby? Kalau sayang taknak, it's alright. Abang cakap baik-baik dengan uncle," lembut suara itu membalas. Air mata Naura diseka perlahan.
"Tak apa. Tapi awak kena teman saya."
"Of course I will sayang," angguk Qadif. Tangan memegang pipi Naura sebelum jari ibunya menggosok pipi yang masih basah itu. Bibir menguntum senyuman juga.
"Mungkin uncle dah nak..."
"Assalamualaikum!"
"...sampai," sambung Qadif seraya tergelak kecil. Tangan Naura ditarik supaya mengikuti langkahnya ke pintu utama. Buka sahaja, seraut wajah tua Dato' Jazron menyapa kornea mata.
"Uncle," Qadif bersalam hormat. Sempat Dato' Jazron menepuk lembut belakang badan Qadif. Senyuman manis tidak hilang dari bibir itu.
"Naura ya?" tanya Dato' Jazron. Tersangatlah lembut nadanya. Seperti seorang ayah yang sedang cuba memujuk anaknya.
"Ya Dato'. Dato' sihat?" tanya Naura, sedikit janggal. Qadif ditengok dengan muka gusar. Tahu yang suaminya itu sedang menahan tawa.
"Alhamdulillah. Janganlah panggil Dato', panggil je uncle. Lagi mudah," balas Dato' Jazron.
"Baik uncle," Naura mengangguk. Senyuman manis Dato' Jazron dibalas dengan senyuman tipis. Ya Tuhan, kekoknya!
"Naura sihat?" tanya Dato' Jazron.
"Sihat," balas Naura, sepatah. Tersentak sedikit dia pabila Qadif mengemaskan pegangan tangan. Qadif pula tersenyum manis. Kepala dianggukkan juga perlahan.
"Terubat sikit rindu uncle pada ayah kamu. Saling tak tumpah muka arwah Arman dengan kamu. Cantik," puji Dato' Jazron.
"Terima kasih," balas Naura. Kali ini, melebar besar senyumannya.
"Ayah kamu kerja dengan uncle dulu. Baik sangat arwah," ujar Dato' Jazron. Kerana ayat ini, suasana di rumah besar Qadif menjadi hening. Tiba-tiba sunyi tanpa sebarang bunyi.
"Uncle, duduklah," pelawa Qadif. Tangan menunding sofa yang berada di ruang tamu. Dato' Jazron menurut tanpa sebarang balasan.
"Come baby. Sayang abang ni still okay? Still strong?" bisik Qadif dengan badan yang sedikit dibongkokkan.
"Okey!" angguk Naura. Tangan juga membentuk simbol okey lalu kepalanya dianggukkan buat beberapa kali. Sehingga ke telinga senyuman dia membentuk.
"You're adorable sayang," puji Qadif dengan tawa kecil. Puncak hidung Naura dicuit manja sebelum menarik tangan isterinya ke ruang tamu. Senyuman Dato' Jazron dibalas mesra.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
RomanceHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...