17 ✧.*

950 44 1
                                    

IPhone yang menjerit minta diangkat itu, ditengok. Ikon hijau diseret ke kanan sebelum speaker ditekan. Mata pula dialihkan fokus memandang diri sendiri di pantulan cermin pula. Masih tidak berbaju. Hanya berseluar slack sahaja.

"Lukman still tak jumpa. Bila kitaorang sampai tu, dia dah tak ada dalam bilik. Kitaorang kena cari location dia yang baru," kata Rye sebaik panggilan diangkat.

"Mana kau tengok?" soal Qadif.

"Hotel bajet dekat Jalan Gemilang tu," balas Rye.

"I will be in Terengganu for 4 days this weekend. But kau teruskan cari dia," suruh Qadif. Baju kemeja putih yang disangkut pada hanger diambil sebelum dipakaikan pada tubuh.

"Honeymoon ke?" tanya Rye.

"Haah."

"Nak penyu! Belikan aku bantal penyu please!" jerit Rye. Qadif berkerut seribu. Tangan yang menyapu gel di rambut, terhenti. Allah, kemanjaan apakah itu?

"Qadif, please? Nak bantal penyu!" jeritnya lagi.

"Kau kenapa?" soal Qadif. Muka jengkel terpamer tanpa mahu.

"Nak bantal penyu eh?"

"Buat kerja first, nanti aku upah," balas Qadif. Mematikan panggilan sebelum Rye merepek lagi. Siap menggayakan rambut, muka ditengok lagi di pantulan cermin. Tangan pula menepuk kedua-dua belah pipi.

Naura yang sedari tadi memerhati, menelan air liur. Niat di hati, ingin mengajak suaminya untuk makan pagi. Baru sahaja ingin mengetuk pintu, mata disajikan dengan satu permandangan yang indah pula.

"Ya Allah! Sayang, terkejut abang," Qadif jelas terkejut. Naura yang berdiri tegak di pintu biliknya itu, ditengok pelik. Terhenti perbuatannya memakai cologne di badan.

"Sayang?" panggil Qadif pula. Membawa langkah ke Naura yang sedang mengelamun itu. Jarinya dipetik satu kali, menyentakkan Naura. Terus hilang lamunannya terhadap badan Qadif.

"Hah?"

"Why? Are you alright? Hm?" tanya Qadif. Tangan menyentuh pipi kanan dan kiri Naura. Mana tahu, isterinya sedang demam? Tampak lain.

"Tak!" laju Naura menggeleng.

"Then, what's wrong baby?"

"Sa...saya nak ajak awak breakfast. Dapur," balas Naura. Laju dia membawa langkah ke dapur. Membuatkan tangan Qadif terjatuh di sisi, begitu sahaja.

"Naura, tolonglah!" gumamnya sendiri. Sempat pipi kanannya ditampar kuat. Berdesis perlahan bibir itu. Pusing sahaja belakang, ada Qadif yang sedang membuntutinya ke dapur.

"Awak nak roti ke?" tanya Naura.

"Boleh sayang," jawab Qadif. Duduknya dilabuhkan di kerusi island sebelum menongkat dagu.

"PB&J?" tanya Naura lagi. Qadif mengangguk lagi sebelum Naura tergelak kecil.

"Sekejap tau," kata Naura. Melemparkan senyuman kekok sebelum melihat Qadif buat seketika. Bibir bawah diketap sambil membuka penutup jam di tangan. Alahai, ketatnya?

"Kenapa tu sayang?" kerut Qadif. Bangun dari duduk sebelum mengorak langkah ke Naura.

"Hah?" Naura tersentak sedikit tatkala Qadif tiba-tiba sahaja berdiri di tepinya.

"Sayang, kenapa tak minta tolong abang?" tanya Qadif seraya mengambil jam dari tangan isterinya. Sekali pulas, terus terbuka. Naura terlongo.

"Wah, hebatnya."

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now