55 ✧.*

409 15 1
                                    

"DAH puas ke usha saya, cik Laila?"

Soalan dari Ghibran jelas menyentakkan Laila. Tangannya yang menongkat dagu itu, terjatuh tanpa mahu. Ghibran yang tersengih senget, ditengok.

"Hey! I tak usha tangan you yang berurat tulah! Tak ada masa!" balas Laila. Nada suaranya sedikit kuat. Malu kerana terkantoi punya pasal.

"Oh, jadi cik Laila usha tangan berurat sayalah?" usik Ghibran.

"Keep dreaming Megat Ghibran," Laila menggulingkan bebola matanya. Tangan dibawa memeluk tubuh dengan kepala yang dipalingkan sedikit ke kanan.

"Mirul nak lagi ke?" tanya Ghibran kepada anak saudaranya, Amirul Haider. Baru sahaja memasuki alam sekolah rendah.

"Thank you pak Su," ucap Amirul. Huluran buah mangga muda diterima baik. Sengihan yang menampakkan giginya yang rongak, dipamerkan juga.

"You're welcome," balas Ghibran.

"Akak nak?" tanya Amirul. Mangga muda di tangan, dihulurkan kepada Laila. Membulat mata itu memandang Laila.

"Is it good?" tanya Laila dengan muka yang sedikit ragu-ragu. Niatnya ke pangkin rumah hanya kerana ingin mengambil angin sahaja. Tidak tahu pula dua beranak ini berkelah. 

"It's so good! You need to try it!" angguk Amirul. Ceria wajahnya, memenuhi kornea mata Laila.

"Cik Laila nak?" soal Ghibran pula. Mangga yang sudah dipotong kecil itu, dihulurkan kepada Laila. Bibir turut melemparkan senyuman tipis.

"Thanks Ghib," balas Laila. Mangga hijau di tangan, ditatap lama. Bertakung penuh mulutnya. Entah kenapa.

"Should I dip it in this sauce?" tanya Laila sambil memandang Amirul. Sos berwarna hitam ditunding dengan jari telunjuk.

"Is that even a question? Of course you should!" Amirul mengangguk lagi.

"Is it safe, Ghib?" Laila masih lagi ragu-ragu. Ghibran ditengok dengan muka yang berkerut seribu. Tidak mampu disorok lagi. Dia agak takut untuk mencuba sos hitam ini.

"Cik Laila, kalau tak dah terlentang saya dengan Mirul dekat sini tau," balas Ghibran. Sempat dia menyelitkan sedikit perlian.

"Ish, I tanya jelah," Laila mencebik. Mangga muda dicicah sedikit teragak-agak. Hanya mengenai hujung sahaja. Amirul dan Ghibran saling berkerut.

"A little more akak," kata Amirul. Itu rasa pun tiada.

"This enough?" tanya Laila. Separuh mangga muda itu dicicah dengan sos hitam. Muka juga berkerut. Bukannya tidak hormat akan makanan. Cumanya, ini bukanlah makanan hariannya.

"Yes! You can eat it now," angguk Amirul.

"Bismillah," tegur Ghibran. Laila menghentikan pergerakan tangannya. Dikeluarkan semula mangga yang sudah masuk separuh ke dalam mulut. Bismillah dibaca.

"Oh my god, it's fucking sour!" jerit Laila. Bergerak bebas badannya, menahan rasa. Mata juga terpejam rapat.

"Cik Laila," lembut Ghibran memanggil nama majikannya. Amirul ditengok dengan bawah bibir yang digigit sedikit. Alamak hai, cik Laila.

"What's fucking mean, pak Su?" tanya Amirul. Berkedip-kedip matanya, ingin tahu.

"I don't know Mirul. Ask her," mengambil jalan mudah. Bibir dimuncungkan juga ke Laila.

"Ke...kenapa I pula?!" jerit Laila lagi. Mukanya yang sudah sedia berkerut kerana masam itu, semakin berkerut.

"What's fucking mean, akak?" tanya Amirul. Laila mengerdipkan matanya berkali-kali. Ditengok Ghibran sebelum lelaki itu cuma mengangkat bahunya.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now