25 ✧.*

461 27 2
                                    

"SAYANG?! Where are you? Abang dah balik ni!" Qadif berkerut. Kebiasaannya, Naura akan menunggunya pulang. Bersalam dan berpeluk setiap hari, tidak pernah tinggal.

Mata itu meliar ke segenap ruang tamu. Kemudian, langkah pula dibawa ke dapur. Tiada. Dibawa pula ke bilik bawah yang sudah dua bulan tidak berpenghuni. Tiada juga.

Kenapa tidak berpenghuni? Kerana dia telahpun rasmi diangkat darjat sebagai penghuni bilik utama sekarang. Sejak pulang dari Terengganu, hubungan suami isteri mereka semakin akrab. Alhamdulillah.

"Baby?! Baby dekat mana?" soal Qadif lagi. Berdegup kencang jantungnya. Segera kaki panjang itu berlari, mendaki tangga ke tingkat atas.

Pintu bilik utama yang terbuka luas itu, ditengok. Baru sahaja mahu memanggil Naura lagi, dia tersentak. Hampir luruh jantungnya. Terkejut dengan muka basah lencun isterinya.

"Ya Allah. Sayang, what happened? Why are you crying? Risau tau abang."

"Awak," panggil Naura. Sesaat selepas itu, dia merembeskan lagi air mata. Segera tubuh tegap Qadif dipeluk kemas. Muka disembam juga ke dada bidang itu.

"Sayang. Ya Allah, kenapa ni?" soal Qadif. Tangannya menggosok perlahan belakang badan Naura. Berkerut seribu dahi itu.

"Sa...saya..."

"Sayang kenapa? Are you hurting somewhere? Kenapa nangis ni? Sayang jatuh ke?" soal Qadif lagi, bertubi-tubi.

"Tak," geleng Naura. Kepalanya diangkat. Terpampang jelas muka yang masih lencun dengan air mata itu. Bibir pula tercebik sedih.

"Then? What happened sayang?" lembut suara itu melontarkan soalan. Ibu jari naik mengesat air mata yang mengalir di pipi Naura.

"Ikut saya," Naura menarik tangan Qadif mengikuti langkahnya ke bilik air. Qadif semakin berkerut. Apa-apa pun, kaki panjang itu turut mengorak langkah.

"Kenapa asyik satu line je? Dah banyak kali saya try," Naura tersengut-sengut lagi. Qadif memandang tiga pregnancy test yang berada di singki bilik air itu.

"Sayang," terpana sedikit sebelum bibir bawahnya digigit. Semuanya negatif. Menimbulkan senyuman tipis di bibirnya.

"Sayangku Naura," panggil Qadif lagi. Pabila panggilannya cuma dibiarkan angin berlalu oleh Naura, tubuh genit itu didakap kemas.

"Awak," Naura semakin mencebik.

"Ya sayang," sahut Qadif. Setia tangannya menggosok lembut belakang badan Naura. Juga, berkali-kali sisi kepala isterinya dikucup. Dua minit, pelukan dileraikan.

"Saya minta maaf," kata Naura lalu menunduk. Hingus yang meleleh keluar disedut kasar. Tangan pula naik mengesat air mata yang kembali menitis ke pipi.

"Kenapa nak minta maaf, sayang?"

"Sebab saya tak berguna."

"Kenapa sayang tak berguna pula?" tanya Qadif. Secalit senyuman pun tiada di wajah itu. Tegang mukanya. Naura suka menjatuhkan diri sendiri dalam apa-apa hal. Dan, dia pantang hal yang satu ini.

"Sebab saya tak boleh pregnant?" Naura memulangkan soalan. Qadif menggeleng. Ditarik tangan Naura sebelum bahu isterinya, ditekan perlahan.

"Take a seat, sayang," suruh Qadif. Giliran Naura pula yang menggeleng. Baru sahaja ingin menyusun langkah ke luar, dia terhenti. Ayat Qadif mematikan niatnya.

"Sekelip mata, abang boleh kejar awak, sayang. Try me. I dare you, Naura Khadeeja."

Mahu tidak mahu, Naura berpatah semula. Melabuhkan duduknya di birai katil sebelum kepala ditundukkan ke bawah. Cuma bermain dengan jari-jemarinya. Sesak dadanya dengan muka garang Qadif.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now