09 ✧.*

1.2K 59 2
                                    

QADIF memandang Naura yang begitu fokus memakai lipmatte dari kerusi pemandu. Senyuman manis terukir tanpa mahu di dua ulas bibir itu. Masya Allah, cantik sungguhlah.

"Stunning," luahnya tanpa sedar pula. Dia memerhati lagi Naura yang cantik bertudung bawal hitam itu. Dipadankan dengan kemeja berwarna hitam juga.

"Hah?" Naura berkerut sebelum berpaling melihat Qadif di sebelah. Badan disandarkan semula seperti biasa.

"Are you done, baby?" soal Qadif, menukar topik.

"Dah! Tapi, saya cantik tak?" tanya Naura. Memusingkan sedikit badannya 90 darjah, memandang Qadif. Bibir pula menguntum senyuman manis.

"Ma...maksud say..." seperti ditampar sesuatu, Naura tersedar. Namun, otaknya tiba-tiba sahaja blank. Tiada alasan yang mampu difikirkannya kini.

"Cantik," angguk Qadif. Naura tersipu malu. Bibir bawahnya digigit lembut sebelum melarikan pandangan. Malu ditenung mulu oleh suaminya.

"Cantik sangatlah sayang. Abang rasa nak makan je," sambung Qadif. Namun, kali ini tanpa sebarang riak di muka. Mata pula hanya terpaku ke bibir Naura. Ayat yang diutarakan adalah tanpa sedar.

"Janganlah. Awak buat saya takut," marah Naura sebelum membuat muka.

"I'm sorry sayang. Salah sayanglah," Qadif tergelak janggal. Belakang tengkuknya digosok perlahan. Cuba mengusir rasa gatal yang semakin menebal di dalam diri.

"Kenapa salah saya pula?"

"Sayanglah cantik sangat," balas Qadif, tanpa teragak-agak. Naura sekali lagi tersipu. Jelas riak mukanya kelihatan agak terkejut dengan jawapan itu.

"Saya tanya serius ni, bukan main-main. Saya cantik tak?" tanya Naura, mengelak. Tangan memasukkan lipmatte ke dalam tas tangan.

"So much, sayang. I'm going to cry, seriously."

"Lipstick saya comot?" tanya Naura lagi. Kali ini, mukanya ditunjukkan kepada Qadif.

"Unfortunately, not. If yes, bolehlah abang hilangkan comot tu," balas Qadif. Naura berkerut. Tanpa sedar, muka jengkel terpamer. Namun, pantas diubah.

"Awak, saya takutlah. Boleh tak awak pegang tangan saya nanti?" Naura melemparkan senyuman mengada.

"I would love to, baby. Sayang suruh abang angkat guna bridal style pun abang could never refuse," jawab Qadif.

"Awak ni buat saya makin takutlah," kata Naura. Bibirnya dicebikkan sedikit. Tempoh hari, sewaktu Qadif mengangkatnya menggunakan bridal style pun, dia tidak cukup nafas.

"Pakai kasut tu sayang," suruh Qadif. Dia memuncungkan mulutnya kepada Naura yang berkaki ayam itu.

"Awak nampak ke?" Naura berona merah. Mengemam bibirnya sebelum kedua-dua kakinya disorok sedikit. Allahu, malunya!

"Tak sayang. Abang reka je."

"Ish, jahatlah!"

"Pakai kasut tu baby. Mama dah menunggu. Tak sabar nak jumpa menantu dia yang cantik ni," ujar Qadif. Naura kembali ceria. Kepala dianggukkan beberapa kali.

"Baik awak," akur Naura. Heels putih yang dihadiahkan Qadif, dipakaikan ke kaki. Entah macam mana suaminya tahu saiz kakinya. Terharu.

"Come out sayang," kata Qadif selepas membuka pintu di bahagian Naura. Naura memandang Qadif sebelum suaminya mengangguk. Senyuman manis juga terpalit di bibir itu.

"Terima kasih awak," kata Naura. Tangan membetulkan seluar jeans loose berwarna light blue yang dipakai.

"Sama-sama sayang," balas Qadif lalu menutup pintu kereta Nissan GTR R35 miliknya sebelum memandang Naura.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now