01 ✧.*

6.6K 159 5
                                    

NAURA membuka kelopak matanya perlahan. Sinaran cahaya matahari yang masuk melalui celahan langsir yang terbuka itu membuatkan dia berkerut. Rasa pening juga menerpa.

"Sayang," Qadif jelas terpanas. Refleks, tubuh tinggi itu bangun dari duduk. Segenap muka isterinya yang pucat itu ditatap. Bibir terus terkuntum senyuman gembira.

"Sayang, are you okay?" tanyanya pula, lembut.

"Awak siapa?" tanya Naura dengan suara yang masih serak. Tangan memegang tepi kepalanya yang terasa amat perit ini. Kemudian, tangan kiri yang dicucuk IV drip, ditengok pula.

"I'm your husband, sayang," jawab Qadif. Masih dengan senyuman manis di bibir.

"Hus...husband? Tipu," Naura menggeleng tidak percaya.

"Abang tak tipu sayang," kata Qadif. Mencuba nasibnya untuk memegang tangan Naura. Tetapi, isterinya lebih pantas membawa lari. Membuahkan senyuman tipis di bibir itu.

"Awak tipu! Saya tak ada boyfriend. Macam mana..." ayatnya dibiarkan tergantung. Kepala digeleng lagi.

"Abang tak tipu, sayang. Sayang isteri abang. Dan abang, suami sayang," lembut Qadif membalas. Tidak berkalih sesaat pun matanya dari menatap mata bertakung penuh milik Naura itu.

"Awak tipu. Awak tipu saya," gumam Naura. Serentak itu, air mata berlumba-lumba jatuh mengenai bantal tidur. Dipejam rapat matanya.

"Sayang," panggil Qadif.

"Mana ayah? Saya nak ayah," tanya Naura. Semakin lebat air matanya tatkala terbayang seraut muka tua ayahnya. Walaupun hanya samar-samar sahaja yang dia ingat.

"Saya nak ayahlah!" pinta Naura lagi. Dipukul berkali-kali katil yang menjadi tempat baringannya. Membuatkan Qadif sedikit tersentak. Lutut dijatuhkan.

"Sayang."

"Saya nak ayah. Saya nak ayah. Awak, tolonglah," berulang kali dia meminta. Serak suara itu menyapa gegendang telinga Qadif.

"Sayang, ayah dah tak ada," kata Qadif. Bibirnya digigit lembut melihat riak muka isterinya yang berubah itu. Ya Allah, beratnya ujian awak sayang.

"Pergi mana?" soal Naura. Air mata yang menitis jatuh ke bantal tidur, dibiarkan sahaja. Ingin bangun dari baringan pun dia terasa tiada tenaga.

"Jauh sayang," balas Qadif. Mencuba nasib lagi nasibnya untuk mengambil tangan Naura. Kali ini, dia berjaya. Bibir automatik menguntum senyuman manis.

"Jauh?" soal Naura lagi.

"Ya sayang."

Sesaat selepas itu, segenap bilik tidur utama ini bergema dengan tangisan Naura. Dadanya yang sakit dipukul berkali-kali. Qadif membulat. Segera tangan kecil itu diambil.

"Sayang, don't hurt yourself. And, please don't cry," Qadif segera mendakap tubuh kecil isterinya.

Naura terkedu. Seperti disambar petir, mukanya berubah riak. Ingin sahaja dibiarkan dek kerana rasa yang amat tenang. Akan tetapi, tersedar akibat bau cologne agak kuat lelaki asing ini.

"Jangan sentuh saya," marah Naura. Perlahan sahaja nadanya. Kerana tenaga yang surut, dakapan lelaki asing ini tidak ditolak.

Qadif pula hanya membuat pekak. Semakin mengemaskan pelukan Naura adalah. Lama dia menunggu saat ini tiba. Hampir seminggu isterinya tidak sedarkan diri. Dia rindu. Teramat sangat.

"Awak, tolonglah," rayu Naura pula. Menitis lagi air matanya. Kepala juga terasa amat berat.

Qadif mengalah jua. Dakapan dileraikan sebelum matanya dipenuhi wajah basah lencun Naura. Naura mengalihkan pandangannya ke arah pintu gelangsar. Tidak selesa diperhatikan mulu oleh Qadif.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now