22 ✧.*

334 22 3
                                    

Day 2.

"FINALLY, jumpa juga katil!"

"Sayangku Naura. Berapa kali abang pesan, jangan berlari. Nanti tersadung," tegur Qadif, lembut. Menggeleng juga kepalanya perlahan.

"Sorry awak," ucap Naura. Badannya direbahkan selesa ke atas katil. Lenguh satu badannya. Hari ini mereka berjalan pusing Terengganu, tiada rehat langsung. Menjelang Maghrib, barulah pulang ke chalet semula.

"Don't just say sorry, baby. Buat juga."

"Menurut perintah," balas Naura. Tangan diletakkan di hujung kening. Tidak lupa juga, menayangkan juga segaris senyuman.

"Belajar mana sayang?" soal Qadif. Shopping bag yang penuh di kedua-dua tangannya, diletak.

"Putera," balas Naura. Qadif cuma menggeleng. Patutlah, dia pernah dengar ayat yang satu itu. Entah sejak bila Naura mula rapat dengan Putera.

"Penatnya. Mengantuk juga," adu Naura.

"Sayang, pergilah cuci makeup tu first. At least," kata Qadif. Mengatur langkah sebelum berhenti di birai katil sambil memandang isterinya tidak lepas.

"Saya dah tak ada tenaga dah awak," balas Naura. Tangannya diletakkan di atas perut yang kempis. Mata pula dipejam rapat.

"Ya? Berapa peratus battery sayang tinggal?"

"Zero awak. Zero," jawab Naura. Sebelah tangan lagi membuat simbol kosong. Masih dengan matanya yang dipejam rapat. Tahu Qadif sedang memerhatinya.

"Jangan macam tu sayang," kata Qadif. Naura berkerut. Mencelikkan matanya melihat Qadif.

"Macam apa?" tanya Naura. Qadif cuma diam. Tidak membalas. IPhone di belakang poket jeans, dikeluarkan. Laju jari itu menari di atas skrin.

"Macam apa awak? Janganlah cakap separuh macam tu. Tak sukalah," rengek Naura.

"Mana micellar water sayang?"

"Atas meja. Nanti saya cucilah. Sekejap je ni. Janji tak tidur," ujar Naura. Sebelah tangannya diangkat separa bahu. Tanda berjanji. Tepati atau tidak, masih belum tahu.

"Susah abang nak percaya kata-kata sayang tu. Lagi-lagi kalau benda tu berkait rapat dengan tidur," balas Qadif.

"Ish jahatlah," Naura tercebik. Matanya dipejam kembali. Buat beberapa detik sahaja sebelum tangannya terasa dipegang.

"Bangun sekejap sayang," kata Qadif. Tangannya menarik lembut tangan Naura. Naura menggeleng.

"Sayang, sekejap je. It won't take long. Abang promise," pujuk Qadif pula. Kini, tangan kanan Naura yang berada di atas perut itu, ditarik juga.

"Nak buat apa?" soal Naura. Mengalah juga. Duduk di birai katil.

"Cleaning your make up, duh?" jawab Qadif. Lututnya dijatuhkan supaya lebih mudah. Micellar water dituangkan di atas cotton pad.

"Saya boleh buat sendiri, duh?" balas Naura pula. Kornea matanya disajikan dengan seraut wajah kacak milik Qadif. Terasa hilang kantuk buat seketika.

"Bila? Esok pagi? Memang taklah abang benarkan. Rosak muka nanti."

"Ta..."

"Just, stay still baby. Let me," potong Qadif. Penuh berhati-hati dia mencuci makeup di muka Naura.

Naura terdiam. Lembut sahaja sapuan Qadif di mukanya. Tidak jadi mahu memberontak. Automatik, bibir menguntum sengihan mengada. Qadif pula berkerut.

"Close your eyes, sayang. Abang nak cuci bahagian mata pula ni," kata Qadif. Naura membuat pekak. Semakin membuka matanya adalah.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now