19 ✧.*

339 20 0
                                    

NAURA terjaga dari tidur pabila alarm dari iPhone miliknya berbunyi. Jari mengetik skrin sebelum menggosok mata pula. Kemudian, memandang tangan Qadif yang elok landing di atas perutnya. Tanpa apa-apa, badannya menjadi keras.

Sambil mengetap bibir sendiri, dialihkan tangan berat itu. Perlahan-lahan sebelum diletakkan di atas katil. Qadif di sebelah, ditenung dengan senyuman mengada.

Kening yang terbentuk elok. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Alis yang panjang, kelihatan cantik tanpa perlu memakai mascara pun.

Mata dijatuhkan ke hidung mancung milik Qadif pula. Dan akhirnya, beralih ke bibir merah jambu milik suaminya. Inilah yang paling menggoda. Alamak hai, gila kacak.

"Sayang," panggil Qadif dengan suara yang sedikit serak. Naura tersentak hebat. Automatik, terbangun dari baringannya.

"Aw...awak dah bangun?" tanya Naura. Memandang Qadif sambil tangan membetulkan rambutnya yang serabai.

"Sayang dah bangun lama?" soal Qadif setelah mengangguk. Matanya digosok sebelum bangun dari baringan juga.

"Tak. Saya baru je bangun," balas Naura. Dilemparkan segaris senyuman kekok sambil membetulkan urat badan.

"Dah pukul berapa ni sayang?" tanya Qadif. IPhone miliknya sudahpun hancur. Jadi, harus beli yang baru. Nantilah.

"Pukul 6.15," jawab Naura. Qadif mengangguk perlahan sebelum menguap. Bahunya yang terasa lenguh itu, ditumbuk sambil berkerut.

"Awak, saya tidur buas tak?" tanya Naura. Qadif diam tanpa balasan membuatkan Naura ternganga luas.

"Oh no! Saya tidur buas?!" tempik Naura tanpa sedar. Tangan pula naik menutup mulut sebelum mukanya disembamkan di katil.

"Tak apalah sayang. Tak sakit pun," sengih Qadif. Bergerak ke Naura yang masih tidak mengangkat kepala itu.

"Baby, it's fine. Abang tak rasa sakit pun," pujuk Qadif lagi. Kali ini, nada suaranya berubah lebih lembut.

"Sayangku Naura, angkatlah kepala awak. Abang nak tengok muka cantik sayang," masih tidak berputus asa. Naura mengangkat kepalanya. Bibir mula tercebik sedih.

"Awak, sebab nilah saya taknak kita tidur sekatil. Saya manusia buas tahu tak?" kata Naura. Entah-entah kakinya berada di atas muka Qadif kot semalam? Allahu, malunya.

"Manusia buas? Kelakarlah sayang," gelak Qadif. Naura cuma tersengih kekok. Aduhai, itu bukannya satu kata-kata lawak. Kenapalah suaminya gelak pula.

"Kaki saya ada kena muka awak ke?"

"Tak ada sayang."

"Tangan saya merayap... maksud saya, ada pergi mana-mana tak?" soal Naura lagi. Terasa mahu memitamkan diri di sini. Akan tetapi, dia perlu tahu.

"Ada," jawab Qadif. Naura membulatkan matanya.

"Per...pergi mana?"

"Sayang nak tahu ke?" Qadif memulangkan soalan. Disebabkan semalam Naura sudah bermain dengan nafsunya. Apa salahnya, dia membalas dendam sedikit.

"Nak. Eh, taknak! Saya minta maaf. Tangan saya memang gatal," laju Naura menghamburkan kata. Kepala ditundukkan memandang jari. Malu usah dikata.

"Empunya badan pun sama," kata Qadif. Perlahan sahaja nadanya. Masih memikirkan keselamatan diri. Mahunya ditampar Naura jika isterinya mendengar ayat itu.

"Apa yang sama?"

"Tak ada apa-apa sayang. Tapi, abang boleh bear je dengan keganasan sayang. So, malam ni abang boleh tidur sini lagilah kan?" tanya Qadif dengan kening yang diangkat berkali-kali.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now