06 ✧.*

1.5K 74 0
                                    

NAURA mengikuti langkah Qadif menuruni tangga ke tingkat bawah. Pabila sudah tiba di dapur, Qadif memusingkan badannya. Dia melihat Naura dengan senyuman manis.

"Sayang nak masak ke malam ni?" tanya Qadif. Jam di dinding, ditengok sekilas. Pukul 8.50 malam.

"Saya nak makan ramen. Awak nak?" soal Naura. Petang tadi, dia sempat menjelajah setiap sudut tingkat bawah di dalam rumah besar milik Qadif. Di dalam pantry, terdapat banyak stok ramen and pelbagai jenis makanan lain.

"Ramen?" tanya Qadif. Dalam bibirnya digigit lembut. Sambil itu, mata melihat Naura yang mengangguk.

"Haah awak. Jomlah makan sama-sama."

"Abang nak maggi ayam jelah, sayang," kata Qadif. Maggi kari pun sudah membuatkan dia berpeluh habis. Makan ramen? Sudah semestinya tidak.

"Awak tak boleh makan pedas eh?" tebak Naura. Jari telunjuknya, ditunding tepat pada muka Qadif. Sengihan mengusik juga dipamerkan.

"Tak boleh makan pedas? No, sayang. Of course abang boleh makan pedas," bohong Qadif.

"Habistu kenapa awak taknak makan?"

"Abang dah... dah bosanlah makan ramen," berbohong lagi. Entah kenapa, dia sedikit malu untuk mengaku. Belum apa-apa, Naura sudahpun mengusiknya.

"Saya masak sekejap. Awak duduklah dekat ruang tamu tu dulu," kata Naura seusai mengangguk. Dia mengatur langkah ke pantry.

"That's fine, baby. Abang boleh masak sendiri," kata Qadif. Langkah kecil isterinya diikut.

"Tak apa. Saya boleh buatkan untuk awak," ujar Naura. Setakat masak maggi, apalah sangat? Lagipun, dia memang suka memasak.

"I'm fine, sayang. Kita masak sama-samalah," Qadif tersenyum manis. Semakin lebar senyuman yang terukir melihat Naura yang mengangguk.

"Which pot are you going to use, baby? The pink one or the black one?" tanya Qadif. Dua kuali berjenama Le Crueset diangkat sedikit tinggi.

"Awak? Awak nak yang mana?" soalan dipulangkan semula. Qadif berkerut.

"I prefer the black one but in..."

"Nak hitamlah," putus Naura. Sengaja mahu mengusik. Berjaya membuatkan Qadif terlongo luas. Sesaat selepas itu, tawa kecil terhambur. Kelakarlah.

"Here you go, sayang," periuk bertukar tangan.

Masing-masing sibuk dengan dunia sendiri. Qadif dengan maggi ayamnya. Dan Naura pula dengan ramen. Sementara menunggu rebusan siap, Naura melorotkan ikatan rambutnya.

Getah halus digigit sebelum tangan mengumpul rambut. Rambut tebal dan beralun cantik itu diikat ekor kuda. Tidak sedar langsung dengan dirinya yang diperhati Qadif. Tidak berkedip.

"Te ves tan sexy atando tu cabello, carinō," luah Qadif, tanpa sedar. Liur ditelan perlahan. Jelas riak wajahnya juga berubah.

"Hah?" tanya Naura. Sempat tulang lehernya dibetulkan sedikit. Lenguh.

"Hah?" Qadif turut berkerut. Berkedip mata itu memandang Naura.

"Apa awak cakap tu? Saya tak faham. Bahasa alien ke?" Naura memulangkan soalan. Jelas sahaja apa yang dikatakan oleh suaminya. Namun, satu pun dia tidak faham.

"Bahasa alien?" Qadif tergelak kecil. Alahai, nasib baik terluah dengan bahasa asing. Kalau tidak, mahunya dijeling Naura. Mulutnya, derhaka sekali lagi.

"Ya. Ke bukan?" tersengih kekok.

"Bukanlah sayang. But.." Qadif menggantungkan ayatnya. Tanpa apa-apa, tangannya dibawa naik menyentuh rambut Naura. Juntaian rambut isterinya, diselitkan ke belakang telinga.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now