61

184 10 0
                                    

SUBUH yang terbaik Naura pernah rasai. Sedari tadi, hanya air mata yang menemani. Sedaya upaya dia menjaga suara supaya tidak menganggu Qadif. Doa dari suaminya didengar penuh fokus.

Baru permulaan doa yang dibaca namun suara merdu suaminya amat menyentuh jiwa. Naura hanya menunduk sedari tadi melihat telapak tangannya yang mulai basah dengan air mata. Tuhan, indahnya saat kini.

"Ya Allah, Ya Kabir, Ya Karim aku serahkan masa depan aku dan isteriku yang aku sendiri tak tahu bagaimana keadaannya kepada-Mu dengan penuh kepasrahan dan tawakal. Aku percaya sepenuhnya bahawa Engkau adalah perancang terbaik yang Maha Bijaksana. Dalam setiap saat kehidupan kami, jadikanlah kami sentiasa bergantung pada petunjuk-Mu."

Naura mengemam bibir. Sempat belakang tangannya dibawa mengesat bawah hidung. Cuba menghapuskan hingus yang mengganggu.

"Ya Allah, Engkau yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, permudahkanlah segala urusan kami dan berkatilah setiap langkah yang kami ambil. Limpahkanlah kami dengan rezeki yang halal dan berkah. Berikanlah juga kami kekuatan dan kebijakan akal untuk menggunakan rezeki yang Engkau kurniakan dengan cara yang paling Engkau redhai. Hiasalah kehidupan kami dengan hubungan silaturahim yang penuh kasih sayang."

Sia-sia sahaja hingusnya disapu. Semakin Naura mendengar, semakin dia sebak. Air mata bercucuran lagi meloroti tulang pipi. Terhenjut-henjut bahunya menahan tangisan. Risau mengganggu Qadif.

"Ya Allah, Ya Muqtadir, jadikanlah kami pasangan yang saling menyokong dalam kebaikan dan ketakwaan. Hujankanlah kami dengan kesabaran, kasih sayang, dan kebahagiaan yang berpanjangan. Berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi ujian hidup dan sentiasa berada dalam lindungan-Mu."

Setia mendengar.

" Ya Allah, Ya Mu'min, jauhkanlah kami dari segala bentuk keburukan dan fitnah. Engkau tetapkanlah hati kami dalam iman kepada-Mu. Semoga rumah tangga yang kami bina sentiasa diberkati dan penuh dengan rahmat-Mu."

Masih setia mendengar.

"Ya Allah, Ya 'Alim, Engkau yang Maha Mengetahui setiap detik hati kami. Sentuhlah hati isteriku, Naura Khadeeja binti Arman, dengan kasih sayang dan ketenangan yang tidak bernoktah. Indahilah hari-harinya dengan kebahagiaan yang mendalam dan jauhkanlah isteriku dari segala kesulitan."

"Semoga bidadariku dari Syurga yang paling aku sayang ini merasakan betapa bermaknanya dia dalam hidupku dan bagaimana hamba-Mu ini menghargai setiap saat hidup bersamanya."

Pecah terus tangisan Naura. Qadif pula sedikit tersentak. Ditahan niatnya untuk berpusing belakang menghadap Naura. Doa perlu diteruskan sehingga penutup.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Mujib, Tuhan yang menguasai seluruh Alam. Laa ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarii Kalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi WayumIitu Wahuwa 'Alaa Kulli Syai in Qodiir. Robbana Atina Fidduniya Hasanah, Wafil akhirati Hasanah, Wakina Azabannal. Wasallallahu Alaihiwassalam, Walhamdulillahi Rabbil Alamin. Amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin."

Seusai meraup muka, pantas Qadif berpaling. Tidak sempat membuka mulut, terus badannya didakap kemas Naura. Automatik, bibir menguntum senyuman lalu pelukan itu dibalas erat.

"Awak," Naura meraung kuat. Dipejam rapat matanya dengan muka yang disembamkan di dada Qadif. Tersedu-sedan, tidak berhenti.

"Ya sayang. Ni abang," balas Qadif. Tangan menggosok lembut belakang badan Naura. Seiring itu juga, bertubi-tubi ciuman penuh kasih dilabuhkan di ubun isterinya. Alahai, kesayangan sangatlah.

"Awak... awak," tergantung sepi.

"Abang apa, sayang?" kerut Qadif, lembut. Tidak mahu membuatkan Naura sebal dengan soalannya. Bibir merah jambu itu sedari tadi tersenyum manis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now