Day 3.
"SAYANG, jom pakai matchy-matchy harini. Nak tak?"
Permintaan Qadif kembali terngiang di otak. Naura memerhati satu badannya di cermin. Berkemeja putih kosong dengan seluar jeans straight cut berwarna biru gelap. Sekilas, tudung bawal hitam di atas katil, ditengok.
"Puas hati tak?" tanya Naura. Memusingkan badannya di hadapan Qadif yang duduk di birai katil. Dari atas sehingga ke bawah, semuanya disediakan oleh Qadif.
"Puas! Ya Allah, cantik sangatlah sayang," angguk Qadif. Tampak sangat sempurna di tubuh ramping Naura.
"Terima kasih awak," ucap Naura. Langkahnya dibawa ke meja solek. Duduk kemudiannya dilabuhkan di atas kerusi.
"Sama-sama sayang."
"Awak dah pakai sunscreen ke?" tanya Naura. Memalingkan kepalanya melihat Qadif dengan kening yang diangkat satu kali.
"Belum sayang."
"Sinilah saya pakaikan," kata Naura. Sunscreen diambil sebelum kepalanya mendongak sedikit. Memandang Qadif yang berdiri di sebelah.
"Abang perlu bongkok ke ni?"
"Haah. Perlu sangat," balas Naura. Qadif tergelak sebelum badannya dibongkokkan sedikit. Tidak berkelip mata itu memandang Naura yang fokus. Senyuman manis juga tersungging di bibir.
"Dah. Sapu sendiri."
"Sapu sendiri? Sayang cakap nak tolong pakaikan?"
"Saya cakap nak tolong pakaikan je. Bukan tolong sapukan. Sapu sendiri," kata Naura. Badannya dipusingkan semula, menghadap cermin.
"Fine baby," akur Qadif. Memusingkan juga badannya, menghadap cermin seperti Naura. Tangan mula meratakan sunscreen ke segenap muka.
"Sayang, abang ada baca dekat Facebook haritu. Pasal satu fakta yang sangat mind blowing. Sayang nak tahu tak apa?"
"Facebook?" kerut Naura. Terhenti seketika tangannya menyapu sunscreen di muka. Qadif main Facebook? Gilalah old school!
"Ya sayang. Facebook. Kenapa?" kerut Qadif juga.
"Tak ada apa-apa. Apa fakta mind blowing yang awak baca tu?"
"Kalau kita lapar kan, kita kena makan tau sayang," kata Qadif, penuh ceria. Naura automatik mencuka.
"Nanti awak yang saya makan," balas Naura. Tajam matanya menjeling Qadif di sebelah. Zaman bila punya lawak entah suaminya ambil.
"Boleh. Cepatlah," angguk Qadif. Sepantas kilat, baju di badan, dibuka. Naura membulat luas. Jelas badan berotot Qadif menyapa matanya, melalui pantulan cermin.
"Da...dah kenapa buka baju pula ni?! Pakai baliklah!" jerit Naura. Matanya dipejam juga. Serapat yang mungkin.
"Cakap nak makan abang?"
"Ish, saya gurau jelah," marah Naura. Apa-apa pun, tangannya laju memakai solekan di muka. Hanya yang tipis sahaja. Kerana mereka bangun agak lewat hari ini. Hampir juga terlajak Subuh.
"Tapi, abang seriuslah sayang," kata Qadif. Badannya dibongkokkan. Mukanya dihentikan pada leher terdedah Naura. Suka sangat pabila Naura mengikat rambut gaya bun.
"Awak! Kita dah janji dengan Malia dan Putera kan?"
"Sayang kan dah boleh solat? Alah, bolehlah."
"Siang-siang buta ni? Tak menyabar. Pakai baju tu!" balas Naura.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
RomanceHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...