49 ✧.*

225 8 0
                                    

"RUMAH I banyak air tin je. Maaflah," kata Malia dengan sengihan kekok. Empat air tin berlainan perisa diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu rumahnya.

"Tak apa," balas Qadif dan Naura, serentak.

"Aku punya!" Putera pantas menyambar air tin nescafe sebelum sempat diambil Qadif. Berjaya membuatkan Qadif berkerut seribu. Apakah?

"Cis, macam budak-budak," kutuk Qadif. Apa-apa, air tin 100plus diambil. Buat dua detik, senyuman manis dilemparkan kepada Naura.

"Kau cakap apa?" giliran Putera pula yang berkerut.

"Sini abang bukakan," kata Qadif. Dibiarkan angin berlalu sahaja soalan dari Putera. Air tin lemon tea di tangan Naura, dirampas lembut. Naura cuma tersenyum suka. Menolak? Memang tidaklah.

"Jangan gaduhlah," tegur Malia dengan nada yang berbisik. Hampir bercantum kening yang cantik dilukis itu melihat Putera di sebelah.

"Dia yang mula dulu! You tak nampak ke?" bisik Putera juga.

"You taknak makan semua makanan ni ke?" Malia memulangkan soalan.

"Nak baby," laju kepala itu mengangguk.

"Then shut your mouth," kata Malia. Putera akur tanpa banyak bunyi. Simbol okey menggunakan jari juga ditayangkan kepada Malia. Menurut perintah.

"Terima kasih awak," kata Naura. Tidak lupa, senyuman manis dilemparkan kepada Qadif. Seperti biasa.

"Sama-sama sayang," balas Qadif seraya mengangguk kecil. Sempat tangan kekar itu naik membelai lembut tepi kepala Naura yang dilitupi instant shawl.

"Tak, susah sangat ke nak buka air tin?" gumam Malia sebelum membuka air tin chrysanthemum. Sekali percubaan, terus terbuka. Alahai, mudah sangatlah.

"Tak susah pun Naura," kata Malia pula. Ditengok Naura dengan bibir yang dicebikkan. Naura pula cuma mampu melemparkan sengihan kekok sahaja.

"Act of service. You apa tahu?" balas Putera. Sibuk mulutnya mengunyah popis.

"I tahulah. You tu cakap je pandai, buat taknak," bidas Malia. Berjaya membuatkan kunyahan rakus Putera terhenti. Fuh, terasa mat!

"You dah buka dah pun. You did a great job, baby. I'm so proud of you. Alamak, nak sentuh tak boleh. Belum halal," Putera tersenyum kacak. Sebelah matanya dikenyitkan satu kali.

"Ish, you ni," Malia membahang panas. Bahu Putera ditampar kuat sebelum tangan dibawa naik menutup mulut. Qadif berkerut. Naura juga sama.

"Sedap, sayang?" tanya Qadif. Pandangan dipakukan penuh fokusnya ke Naura pula. Jari ibu naik mengesat tepi bibir milik isterinya.

"Sedap! Awak nak rasa?"

"I'm fine baby. Thank you for asking," tolak Qadif, lembut. Tidak mahu Naura berkecil hati.

"Makan! Makan! Makan!" kata Malia dengan nada yang sedikit keras. Sedari tadi dia memerhati pasangan sejoli ini. Comellah. Selalu sahaja membuatkan dia teruja menonton.

"Makan jelah. Kau alergik coklat ke apa?" kerut Putera. Mengada sangatlah. Walhal, boleh sahaja menerima terus suapan itu. Cemburu? Dia? Eh, diamlah.

"Please awak?" pujuk Naura.

"Sayang, kita di rumah orang ni. Tak mahu buat muka macam tu," Qadif berkerut sedikit. Allahurabbi, memanglah. Dia lemah lagi dengan kerdipan comel itu.

"Cepatlah awak," gesa Naura lagi. Mahu tidak mahu, Qadif membuka juga mulutnya. Digigit sedikit popis yang disua oleh Naura.

"Sedap kan?!" tanya Naura. Qadif menganggukkan kepalanya bersama senyuman manis. Masha Allah, manis benar. Seperti baru sahaja menelan segelas air gula.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now