"Tapi papa, Ara lagi 3 bulan je nak habis sekolah. Takkan tak boleh tunggu Ara habis sekolah dulu baru pindah?" dia tidak bersetuju dengan papanya.
"Kita kena pindah. Papa tak kisah. Papa nak semua orang kemas barang and kita akan bertolak balik kampung lusa." tegas papanya memberi arahan.
"Ara, ikut je apa papa cakap sayang." kata mamanya lembut.
"Yelah mama." katanya pasrah.
"Ara, mama tanya dah siap ke belum?" tanya Tengku Ian Umayr. Abangnya ini sangat rapat dengan dirinya.
Dia lebih selesa berkongsi cerita dengan abang ketiganya berbanding abangnya yang lain.
"Ara fak fahamlah dengan papa tu abang. Ara lagi 3 bulan je nak SPM, takkan tak boleh tunggu." kata Tengku Inara Aafia sedih.
"Siapa je yang berani bantah cakap papa? Ara berani?" tanya Umayr. Dia tahu adik bongsunya itu juga tidak berani.
"Tak apa, nanti dah sampai sana Ara mesti dapat banyak kawan." kata Umayr memujuk.
"Ara! Mama dah panggil." terdengar suara Tengku Ian Ayyan yang merupakan abang sulungnya memanggil dari tingkat bawah.
"Jom, nanti along jadi hulk." usik Umayr. Pecah gelak tawa mereka berdua.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Perjalanan selama 7 jam membuatkan Inara terlelap. Setelah sampai ke lokasi yang dituju, Ara terus turun dari kereta dan mendapatkan neneknya.
"Ara rindu Tokmi." kata Inara memeluk neneknya.
"Tokmi pun rindu cucu Tokmi ni." kata Nek Kiah yang hampir mencecah usia akhir 80an itu.
"Eleh, tadi dia yang taknak balik. Sekarang macam dia pula yang ajak balik." kata Umayr memyakat adiknya itu.
Pantas Inara menghadiahkan jelingan maut kepada abangnya.
"Assalamualaikum mak." kata Tengku Idlan Hazeem kepada emaknya. Tangan tua untuk dicium sekilas.
"Waalaikumussalam." jawab Nek Kiah.
Anak-anak mereka sudah masuk terlebih dahulu ke dalam rumah.
"Kamu okey ke Hazeem?" tanya Nek Kiah. Naluri seorang ibu kuat mengatakan bahawa anaknya sedang tidak baik.
"Okey je mak." kata Tengku Idlan Hazeem sambil mengeluarkan barang-barang dari kereta.
"Ayyan, Faqih, Umayr, Ara, ambil beg masing-masing. Takkan nak biarkan papa bawa semua." panggil Tengku Maleeqa.
"Aight, mom." kata Umayr dari dalam rumah sudah mula berlari dengan Inara.
"Yayy! Abang menang. Ara kalah." kata Umayr mengejek adiknya.
"Mana adil. Kaki abang panjang." kata Inara sambil mencari nafas kembali.
"Siapa suruh pendek." serentak itu kuat Umayr ketawakan adiknya.
"Ara tak pendek. Abang tu yang tinggi." kata Inara. Pendek itu comel okey.
"Korang nak tolong ke taknak? Kalau taknak pergi sana. Aku pegang banyak barang nak bawa masuk." kata Tengku Ian Faqih.
Pantas Inara dan Umayr memberi laluan kepada abang mereka itu. Sifat Tengku Ian Faqih sama sahaja dengan papa mereka.
"Ara lah ni." tuduh Umayr.
"Abang la." tuduh Inara pula.
"Ara." panggil Tengku Maleeqa.
"Ya mama." lidah dijelirkan kepada Umayr dan berjalan ke arah mamanya.
"Esok kita pergi daftar Ara dekat sekolah baru ye sayang." kata Tengku Maleeqa.
"Okey mama." kata Inara pasrah. Dia hampir terlupa yang dia perlu berpindah ke sekolah baharu.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Qays dah lama balik? Dah makan?" tanya Datin Qalisha yang baru sahaja turun dari tingkat atas.
"Dah." jawab Qays pendek.
"Qays pergi mana? Lewat balik hari ini." tanya Datin Qalisha lembut.
"Library." jawab Qays lagi. Dia mula melangkah menuju ke bilik.
"Kenapa dengan Qays ni. Mommy ada buat apa-apa salah ke?" tanya Datin Qalisha. Dia berasa marah tetapi masih dikawal.
"Qays penat. Qays nak naik bilik." katanya tidak menjawab soalan yang ditanya Puan Qalisha itu.
"Qays tak boleh jawab soalan mama ke? Kenapa sekarang kurang ajar sangat!" kemarahannya sudah tidak dapat dikawal apabila dilayan dengan anaknya sebegitu.
"Kau fikir kau punya marah je? Kau nak tengok aku marah pula?!" tengking Qays. Dia penat. Kakinya melangkah menaiki tangga menuju ke bilik.
Pintu bilik ditutup dan dikunci.
"Fake." katanya perlahan.
Tuala dicapai dan langkah diatur masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...