CHAPTER 3

593 27 0
                                    

   "Angah nak pergi mana?" tanya Inara apabila ternampak abangnya berjalan menuju ke kereta.

"Nak jumpa kawan." jawab Faqih.

"Nak ikut boleh?" tanya Inara lagi.

"Cepat." kata Faqih pendek. Kaki melangkah menuju ke kereta.

Inara pantas berlari masuk ke bilik mengambil beg dan telefon di atas meja solek. Bibirnya diletakkan sedikit lipgloss.

"Jom." kata Inara selepas dia selamat memasuki kereta abangnya.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

   Selepas 15 minit, mereka sampai ke destinasi yang dituju. Faqih dan Inara berjalan menuju ke sebuah cafe. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Kedai novel.

"Angah, Ara nak pergi kedai buku kejap. Nak beli novel. Boleh tak?" tanya Inara.

"Pergilah. Nanti dah habis beli, jumpa aku dalam cafe tu. Aku nak jumpa kawan aku kejap." kata Faqih.

"Okey." kata Inara lantas memasuki kedai buku itu.

"Hm wanginya bau buku-buku ni." salah satu buku dipegang dan dihidu.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

   Setelah sejam bertungkus-lumus dengan buku-bukunya, Inara selesai membuat pembayaran. Kaki dilangkah menuju ke cafe yang ditunjuk oleh Faqih tadi.

"Ara." panggil Faqih. Inara mengalihkan kepalanya apabila namanya kedengaran di sistem pendengaran.

"Eh. Awak?" tanya Ianra hairan.  Bagaimana lelaki itu boleh berada di sini. Satu meja dengan abangnya pula.

"Tak apalah. Jom balik." ajak Faqih.

"Nanti ada apa-apa bagitahu aku. Kalau aku boleh tolong, aku tolong." beritahu Faqih. Selepas bersalaman dengan kawan-kawannya, dia dan Inara keluar dari cafe itu.

"Angah kenal dia orang ke?" tanya Inara. Soalan itu tidak dijawab oleh Faqih. Mereka berjalan menuju ke kereta.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

   "Thank you Along." kata Inara sambil menyalam tangan Ayyan.

"Ya. Cepat masuk kelas nanti kena marah." kata Ayyan. Hari ini tiba giliran dirinya untuk menghantar adiknya ke sekolah.

Inara melangkah laju menaiki tangga dan tiba-tiba terlanggar seorang pelajar.

Bukk!

"Aduh. Hei perempuan, mata letak mana hah?!" tengking perempuan tinggi lampai itu.

"Sorry, saya tak sengaja." kata Inara beserta dengan niat yang baik ingin menolong perempuan itu bangun tetapi pantas perempuan itu menepis tangannya.

"Tak perlu pun nak tunjuk baik lah. Tepi!" bahu Inara ditolaknya.

'Bukannya aku sengaja nak langgar kau lah setan!' kata hati kecil Inara.

Baru sahaja Inara ingin meneruskan langkahnya, perempuan itu bersuara semula.

"Kau ni budak baru kan?" tanya perempuan itu. Kali ini suaranya berubah lembut.

"Kalau dia budak baru, kau nak buat apa?" sampuk satu suara garau dari arah belakang perempuan itu.

"Eh Qays." kali ini perangainya berubah menjadi manja yang gedik.

"Kau tak stop lagi ke cari budak baru untuk buat dia orang jadi hamba kau, Damia?" tanya Qays. Damia selalu menggunakan budak baharu untuk kepentingan dirinya. Budak-budak baharu juga tidak berani melawan atas sebab ayah Damia merupakan seorang yang berpengaruh.

"Bila masa?  I cuma nak buat dia jadi kawan I je." nafi Damia.

"Jom masuk kelas." kata Qays kepada Inara dan mereka pergi meninggalkan Damia yang sudah menarik muka masamnya itu.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

   "Terima kasih cikgu." ucap pelajar 5 Dinamik.

"Kau nak pergi library ke?" tanya Qays tiba-tiba. Terhenti perbuatan mengemas beg Inara itu apabila Qays tiba-tiba bertanya.

"Macam mana awak tahu?" tanya Inara kembali.

"Aku teman kau. Nanti kalau kau terserempak dengan perempuan gila tu, boleh aku maki dia." kata Qays sambil menggalas begnya dan berjalan terlebih dahulu.

"Eh, tunggulah saya." Inara pantas menggalas beg dan berlari mendapatkan Qays.

"Kenapa awak kata Damia tu perempuan gila?" tanya Inara sekadar ingin tahu.

"Kau nak dengar satu cerita tak?" tanya Qays. 

"Nak nak nak." kata Inara teruja. Tudung sekolah dibetulkan. Biasalah tudung sekolah apabila tiba waktu petang sudah seperti makcik-makcik.

"Dulu, ada seorang pelajar yang suka buli orang tambah-tambah budak baru. Dia suruh buat kerja sekolah dia, tolong belikan makanan untuk dia, minta duit dan macam-macam lagi." kata Qays memulakan cerita. Inara yang tekun mendengar itu dilihatnya sekilas.

"Then satu hari tu,  dia kena pukul sebabkan dia nak kacau budak baru lagi. Dia kena pukul sampai mati." cerita ditamatkan setelah tiba di pintu perpustakaan.

"Sampai mati? Benda ni pernah terjadi ke? Dekat sekolah ni?" soalan ditanya bertalu-talu oleh Inara.

"Tak pernah terjadi tapi kalau dia melampau, mungkin akan terjadi." kata Qays. Dalam diam dia menarik senyuman sinis.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now