CHAPTER 5

369 25 0
                                    

   "Kenapa awak pilih saya jadi partner awak untuk bentang soalan esok?" tanya Inara.

"Kau nak jadi real partner aku pun boleh Inara." kata Qays selamba.

"Eh gatal." balas Inara kembali.

"Nak bincang dekat mana?" setelah kaki melangkah keluar dari kelas, Inara bertanya.

"Entah." jawab Qays mengangkat bahu.

"Siapa sampai library lewat, dia kena belanja makan esok." kata Inara pantas membuka langkah untuk berlari. Sesampainya di tangga terakhir, Qays sempat menarik lengan Inara dan dengan langkah pantas Qays mendahului Inara.

"Eh mana adil." kata Inara menarik muka.

"Aku kata adil. Dah jom masuk. Dah pendek ada hati nak menang." sempat lagi dia memerli Ianra.

"APA?!" jerit Ianra. Dia bukannya pendek tetapi Qays itu yang terlebih tinggi. Masa budak dulu mesti tertelan buluh dekat hutan.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

   "Dah siap!" pantas Qays meletakkan jari telunjuknya di bibir Inara. Inara dan dia masih di dalam library.

"Hehe sorry." kata Inara perlahan.

Qays menggeleng kecil dan melihat jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 1.30 tengahhari.

"Aku nak tanya kau sikit boleh?" tanya Qays. Inara di hadapannya dipandang lama.

"Tanya lah." kata Inara memeberi keizinan.

"Kau marah aku ke kelmarin?" tanya Qays.

"Sebab?" tanya Inara kembali.

"Masa aku tertengking kau, muka kau berubah." kata Qays perlahan tapi masih boleh didengari oleh Inara.

"Saya tak marah tapi saya terasa." jawab Inara. Tangan mengemas semua buku-buku yang berselerak di atas meja.

"Why?" tanya Qays lagi.

"Sebab saya ni tak boleh kalau orang tengking-tengking. Saya tak suka." kata Inara tetapi kali ini wajahnya bertukar mendung. Nafas ditarik dan dilepas secara perlahan.

"Aku minta maaf." kata Qays. Dia memaksudkannya. Qays merupakan seorang lelaki yang egonya tinggi apabila dia perlu meminta maaf kepada seseorang. Tambahan pula, dia baru sebulan kenal dengan Inara.

"Serius lah Qays? Kau minta maaf?" kedengaran satu suara dari arah belakang Qays. Tanpa menoleh, dia sudah tahu siapakah pemilik suara tersebut.

"Kau nak apa setan?" tanya Qays garang.

"Kita datang nak mengganggu je. Hi, Inara right?" tanya Iffat Naqir.

"Ya saya. Awak ni siapa?" tanya Inara bingung. Bagaimana lelaki ini boleh mengetahui namanya. 

"Cukup untuk kau tahu aku lelaki paling handsome." kata Iffat bangga.

"Kau buat apa sini?" tanya Qays.

"Aku jumpa Nayla." jawab Iffat. Keningnya hampir bersambung.

"Perempuan mana pula kali ni?" tanya Qays menyampah.

"Adalah. Dah la. Aku nak balik. Taknak ganggu orang dating." kata Iffat memulakan langkah keluar dari library.

"Dating? Aku dating?" tanya Qays kepada dirinya sendiri. Akhirnya, dia tergelak kecil dan menggeleng kepala.

Deringan telefon bimbit Qays itu dijawab. Mukanya tiba-tiba berubah tegang. Tanpa menghiraukan Inara, dia terus bangun keluar dari library.

Inara yang hairan dengan sikap Qays yang berubah secara drastik itu diam sahaja tanpa bertanyakan apa-apa soalan. Kemudian, dia mengemas barang-barangnya dan pulang ke rumah.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

   "Macam mana Hail? Boleh jumpa tak?" tanya Qays meletakkan semua barangnya di atas meja.

"Dah jumpa. Tapi aku boleh detect dia sampai KLIA je. Dia ambil tiket pergi Spain." terang Hail Arsyad yang mahir dalam bidang teknologi ini.

"Dah lama?" tanya Qays lagi.

"Baru satu jam tadi." jawab Hail.

"Beritahu Iffat get ready semua. Hari ini juga kita pergi Spain." arah Qays.

"Okey." jawab Hail lantas bangun untuk menyiapkan semuanya.

Qays juga mengemaskan semua barang-barangnya. Dia perlu mencari lelaki itu segera.

"Let's see how I will end this game." kata Qays sinis.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

    "Angah nak pergi mana?" tanya Inara yang baru sahaja mahu menuju ke bilik air. Mahu membersihkan diri apabila dia baru sahaja dia sampai ke rumah.

"Aku ada kerja." kata Faqih.

"Angah nak pergi mana? Kerja apa?" tanya Inara sekali lagi.

"Aku kata aku ada kerja." kata Faqih menahan geram. Adiknya ini tidak boleh ditengking. Hatinya lembut seperti tisu. Jika ditengking, dituduh dirinya sedang marah.

"Kalau mama tanya, cakap aku ada kerja. Aku pergi dulu." kata Ian Faqih melangkah keluar mengikut pintu belakang.

    "Qays nak pergi mana sayang? Mama dah masak ni." tanya Datin Qalisya lembut. Anaknya yang segak berpakaian serba hitam itu dipandangnya.

"Kerja." jawab Qays pendek.

"Kalau pergi esok tak boleh ke?" tanya Datin Qalisya lagi.

"Jangan sibuk." kata Qays kasar. Dia pantas mengikat tali kasut. Tangan mendail nombor seseorang.

"How?" tanya Qays.

"Semua dah get ready. Tunggu kau je." balas seseorang dari dalam telefon.

"Good. Dalam 5 minit aku sampai." kata Qays meletakkan panggilan. Datin Qalisya yang berada di belakangnya dibiarkan begitu sahaja.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now