CHAPTER 36

297 10 0
                                    

    “Aku balik lewat malam ni. Kau tidur dulu.” kata Qays dalam talian.

“Aafia?” panggil Qays apabila tidak mendengar balasan daripada isterinya.

“Ya. Okey.” kata Inara dan segera mematikan panggilan. Makanan yang terletak di atas meja dipandang sayu. Dia sudah masak makan malam bersama sekotak hadiah yang berisi baju bayi.

“Atak otey?” tanya Niel apabila nampak Inara memandang lama lauk di atas meja.

“Akak okey. Niel nak makan lagi?” tanya Inara. Niel pantas menggeleng bagi memberi jawapan tidak kepada Inara.

“Tu ape?” tanya Niel menunjuk ke arah kotak hadiah itu.

“Niel nak tengok?” tanya Inara bersama senyuman nipis.

“Nak nak.” kata Niel teruja.

Inara mengambil kotak hadiah itu. Kotak hadiah itu dibuka dan ditunjukkan kepada Niel.

“Aju baby?” tanya Niel memegang baju itu.

“Ya. Kakak mengandung.” kata Inara sambil tersenyum kepada Niel.

“Huh?” kata Niel keliru.

“Dalam perut kakak, ada baby.” kata Inara mengambil tangan Niel dan meletakkan tangan itu di perutnya yang masih lagi tiada bentuk.

“Wah! Anti Niel ada adik?” kata-kata dari Niel itu mendapat anggukan daripada Inara.

“Jom naik tidur. Dah lewat.” kata Inara kepada Niel. Tangan memimpin Niel ke bilik tidurnya.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
    Niel yang sudah tidur itu dipandang lama. Hari ini sepatutnya menjadi hari yang bahagia untuk dia dan Qays tetapi sebaliknya yang terjadi.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi tetapi Qays masih tidak munculkan diri. Sudah hampir 3 jam dia menunggu.
Tiba-tiba kedengaran pintu utama dibuka. Inara pantas turun ke bawah untuk menyambut suaminya tetapi tiada siapa di ruang tamu itu. Inara berfikir bahawa itu semua hanya imaginasinya.

Badan dihadapkan ke belakang untuk menuju kembali ke bilik tetapi langkahnya terhenti. Lelaki yang baru keluar dari dapur itu membuatkan jantung Inara berdegup laju.

“Kau mengandung?” tanya lelaki itu sambil memegang kotak hadiah yang berisi baju bayi serta pregnancy test itu.

“Aidan.” perlahan sahaja nama itu meniti di bibir Inara. Matanya jatuh ke arah baju bayi yang dipegang oleh Aidan.

“Miss me sayang?” katanya sambil tersenyum sinis.

“Dah lama kita tak jumpa.” sambungnya lagi.

“Awak nak apa?” tanya Inara takut. Sekarang dia hanya mementingkan keselamatan anaknya bersama Niel.

“Mana suami kesayangan kau tu?” kali ini nadanya berubah tegang.

“Dia belum balik.” jujur Inara.

“Faham.” kata Aidan masih lagi bermain dengan baju bayi itu.

“Tolong keluar dari rumah saya.” arah Inara perlahan.

“Kau halau aku?” tanya Aidan bengang.

“Okey. Kau yang minta.” kata Aidan. Inara mengerutkan keningnya tanda tidak faham.

“Now!” jeritan daripada Aidan itu kedengaran sampai ke tingkat atas.

Dalam pada masa yang sama, muncullah dua orang lelaki memakai topeng dan mengangkat Inara masuk ke dalam kereta.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now