CHAPTER 34

275 9 0
                                    

    “Ini siapa?” tanya Tengku Idlan Hazeem. Mata memandang ke arah Niel.

“Ini Niel papa.” kata Inara.

“Ara dah ada anak ke?” tanya Tengku Maleeqa pula.

“Eh bukan mama. Niel ni anak angkat kami.” kata Inara.

“Nanti Ara cerita.” kata Inara. Dia tidak mahu Niel mendengar akan hal ini.

“Dah lewat petang ni, mama dengan papa tidur sini ya?” kata Inara memberi cadangan.

Tengku Maleeqa mengalihkan pandangan kepada Tengku Idlan Hazeem meminta keizinan. Anggukan dari suaminya menyebabkan bibirnya mengukir senyum.

Tengku Maleeqa mengalihkan kembali kepala ke arah anaknya bersama senyuman. Inara hanya membalas kembali dengan senyuman gembira.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
   Selepas menidurkan Niel, Inara bangun dan membuka sliding door di dalam bilik mereka.

“Awak okey ke Qays?” tanya Inara apabila suaminya berdiam sahaja dari tadi.

“Awak tak suka mama papa tidur sini?” tanya Inara lagi membuat andaian.

“Bukan.” kata Qays menafikan. Pandai-pandai je dia buat andaian sendiri.

“Aku cuma rindu.” kata Qays perlahan.

“Rindu? Siapa?” tanya Inara.

“Arwah ayah aku.” kata-kata Qays membuatkan Inara terdiam.

“Pelukan dari papa kau buatkan aku rindu pelukan seorang ayah.” air mata Qays mula menitis. Dia sedih tetapi bibir masih mengukir senyuman.

“Qays, papa tu pun ayah awak juga. Mama pun mama awak juga.” kata Inara memujuk suaminya. Inara tahu Qays rindukan keluarganya.

Qays hanya tersenyum.

“Aku nak pergi buat susu dekat kau.” kata Qays berjalan keluar dari bilik. Inara hanya tersenyum nipis.

“Awak sembunyikan kesedihan awak selama ni Qays. Awak kuat Qays. Terima kasih sebab dah jadi suami yang kuat.” kata Inara sambil tersenyum.

Kaki dilangkah menuju ke dapur. Satu gelas diambil dan dia mula membancuh segelas susu untuk Inara.

“Qays.” panggil satu suara dari arah kanannya. Kepala dialihkan kepada suara tersebut.

“Ye mama.” kata Qays bersama senyuman. Tengku Maleeqa menyuruhnya menggunakan panggilan itu kerana Qays merupakan menantunya.

“Buat apa?” tanya Tengku Maleeqa.

“Buat susu dekat Inara.” jawab Qays.

“Mama nak tanya Qays boleh?” tanya Tengku Maleeqa meminta kebenaran terlebih dahulu.

“Boleh mama.” kata Qays.

“Mama nampak Qays menangis masa papa peluk papa tadi.” Qays terdiam dengan ayat yang Tengku Maleeqa lontarkan itu.

“Boleh mama tahu kenapa Qays menangis?” tanya Tengku Maleeqa.

Qays hanya tersenyum memandang susu yang dibuat olehnya itu.

“Tak apa. Mama faham. Apa yang mama nak beritahu, mama dah anggap Qays macam anak kandung mama. Macam mana mama sayangkan Inara, macam tu juga mama sayangkan kamu.” kata Tengku Maleeqa menghadiahkan senyuman kepada menantunya.

Qays memandang Tengku Maleeqa diam dan akhirnya bibir menghadiahkan sebuah senyuman kepada mama mertuanya.

“Terima kasih mama.” kata Qays ikhlas.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now