CHAPTER 50 - END

603 12 2
                                    

    “Aku pasti anak-anak kau akan mati malam ni.” kata Aidan dengan yakin.

“Aidan. Kau nak aku, kau ambil aku. Cuma aku minta tolong, jangan apa-apakan anak-anak aku. Mereka nyawa aku, Aidan.” kata Inara bersama tangisan yang sudah pecah.

“Aku merayu. Tolonglah Aidan. Aku merayu dekat kau.” Inara jatuh terduduk. Dia tidak sanggup kehilangan anak-anaknya. Dia sanggup melutut demi anak-anaknya.

“Aku suka tengok kau merayu macam ni.” kata Aidan sambil tersenyum puas.

“Inara stop. Kau tak perlu merayu.” kata Hail sambil mengangkat Inara untuk bangun.

“Kau tak perlu melutut sampai macam ni. Kita umat Islam sepatutnya melutut hanya pada yang satu.” kata Hail bagi menyedarkan Inara.

“Tapi Hail. Niel dengan Qaseh, Hail.” kata Inara lemah. Pipinya sudah basah disebabkan tangisan yang tidak henti-henti.

“Tengok aku.” kata Hail sambil mengalihkan badan Inara menghadapnya.

“Anak-anak kau selamat.” kata Hail tegas. Matanya tepat memandang ke arah anak mata hitam pekat milik adik iparnya itu.

Inara yang tidak dapat menahan diri jatuh pengsan di atas lantai. Hail yang terkejut pantas menyambut Inara.

“Aafia.” itulah perkataan terakhir yang didengari oleh Inara sebelum dunianya kini gelap.

Pantas Aidan dan Hail melihat ke suatu tempat yang sama.

Kelihatan seorang lelaki yang menarik Jasmin berada berhadapan mereka.

Mata kelabu gelap itu memandang tajam ke arah Jasmin dan Aidan.

“Sumpah aku takkan lepaskan kau berdua malam ni.” kata lelaki itu tegas. Nafasnya sudah tidak teratur melihat Inara yang tidak sedarkan diri.

Aidan hanya terdiam melihat lelaki itu. Siapa pula yang sibuk menganggu kerjanya pada malam ini.

Tangan kiri naik membuang penutup mukanya. Jelas riak terkejut di wajah Jasmin dan Aidan.

“Macam mana kau..?” terhenti pertanyaan dari Aidan itu akibat terlalu terkejut.

“Kau ingat aku ni bodoh? Tak boleh nak baca setiap pergerakkan kau?” kaki melangkah perlahan menuju ke arah Aidan sambil mengheret Jasmin.

“Kenapa kau sanggup korbankan ramai orang untuk bunuh aku?! Kau tahu tak berapa ramai orang yang aku tak dapat selamatkan? Kau tahu tak macam mana perasaan aku bila aku nampak budak kecil mati depan mata aku?” katanya sambil menahan tangisan.

“Dan kau.” matanya teralih ke arah Jasmin.

“Kau memang perempuan sial. Kau memang menyusahkan hidup aku. Kau menyusahkan hidup abah aku. Kau menyusahkan hidup aku. Apa yang kau tak puas hati huh?!” katanya sambil melemparkan Jasmin.

“Aku tak suka kotorkan tangan aku dalam keadaan sekarang tapi kau paksa aku. Kau paksa aku!” tangannya mengeluarkan pistol dan mengarahkannya kepada Jasmin.

“Sudah cukup berpuluh-puluh tahun kau seksa aku. Sekarang aku nak kau lenyap dari muka bumi ni. Aku dah cukup terseksa.” katanya melepaskan tembakan.

Dengan satu tembakan sahaja di arah kepala, Jasmin kini telah lesap dari hidupnya. Dia juga sedih kerana wanita ini yang menjaganya dahulu tetapi lebih banyak kesakitan yang dia alami daripada kebahagiaan.

Aidan yang melihat itu sudah berada dalam ketakutan.

“Dengar Qays. Aku tak sentuh Inara. Kau cakap kalau aku sentuh Inara, kau akan bunuh tapi aku tak sentuh.” kata Aidan seperti orang bodoh dalam ketakutan.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now