CHAPTER 21

419 17 1
                                    

    Inara keluar mencari Qays di halaman rumah tetapi masih tidak kelihatan lelaki itu. Kaki diatur menuju ke belakang rumah. Terlihat seorang lelaki sedang berdiri menghadap hutan di belakang rumah itu.

“Ada apa je dekat dalam hutan yang awak tenung tu?” kata Inara berdiri di sebelah Qays memandang ke arah yang sama.

“Dah habis ke marah kau dekat aku?” tanya Qays.

Inara terdiam mendengar pertanyaan Qays itu. Selama dua hari mereka tidak bercakap.

“Saya minta maaf.” percakapan Inara terhenti.

“Tapi bukan salah saya.” sambungnya Inara. Kini, dia menghadap Qays.

Qays memandang perempuan pendek di sebelahnya. Perempuan memang macam ni ke?

Okey.” balas Qays pendek.

“Nah.” kata Inara sambil memberi choki-choki kepada Qays.

“Ini hadiah minta maaf dari saya.” terang Inara lagi.

Qays memandang Inara pelik. Choki-choki itu dipandang kosong.

“Kenapa pandang saya macam tu? Saya tahu lah saya ni tak ada duit sekarang. Saya mampu bagi yang ni je. Itupun beli guna duit awak.” ayat terakhir dikata dengan lebih perlahan tetapi masih didengar oleh Qays.

“Sedihnya aku dengar.” kata Qays tetapi wajahnya tidak menunjukkan kesedihan dengan Inara.

“Ambillah.” kata Inara memberi sebatang choki-choki itu.

Akhirnya Qays mengambil juga pemberian Inara itu.

“Puas?” tanya Qays.

“Kita dah okey kan?” tanya Inara.

“Ya.” kata Qays.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

    “Qays!” jerit Inara dari tingkat atas.

What?” tanya Qays apabila ternampak Inara berlari turun dari tangga itu.

Be careful, Aafia.” kata Qays memberi arahan.

“Qays. Nak pinjam duit sikit boleh?” kata Inara menunjukkan muka yang comel itu.

For what?” tanya Qays.

“Boleh lah. Saya ada nak beli barang.” pujuk Inara.

“Nanti aku bagi.” kata Qays sambung kembali kerjanya.

“Saya nak tanya sikit boleh tak?” tanya Inara meminta izin.

“Tanya apa?” Qays memberi keizinan.

“Awak ingat tak perempuan yang awak kurung dekat bilik bawah tanah tu?” tanya Inara memulakan soalannya.

“Hm.” jawab Qays pendek. Hatinya berdegup kencang apabila Inara membuka cerita hal ini.

“Dia siapa? Kenapa awak kurung dia? Mel tahu ke pasal ni?” tanya Inara bertubi-tubi.

“Kau tak perlu tahu hal ni. Pergi tidur.” kata Qays lalu bangun dari situ dan melangkah pergi ke biliknya.
Inara hanya hairan melihat lelaki itu.

“Aku salah soalan ke?” tanya Inara kepada dirinya sendiri.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

    “Betul ni taknak ikut?” tanya Amelia.

“Ya. Saya nak rehat.” kata Inara.

“Ye lah. Saya pergi dulu. Kunci pintu nanti.” pesan Amelia.

“Baik.” kata Inara.

Selepas saja kereta Amelia itu hilang dari pandangan, kaki melangkah ke arah pokok-pokok bunga berdekatan rumah itu.

“Cantiknya awak semua ni.” katanya. Tangan memegang pokok bunga rose yang berwana putih itu.

“Awak lagi cantik.” katanya. Tanpa sengaja tangannya tersentuh duri yang ada pada batang pokok bunga tersebut.

Mendesis sakit Inara selepas itu. Pantas kaki berlari masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci dan menuju ke sinki.

Tangan dibasuh sehingga darah tidak lagi kelihatan. Laci di ruang tamu itu dibuka dan first aid kit diambil.

Tangan mencuci jari yang luka dan selepas itu meletakkan plaster di tempat luka.

Nafas ditarik perlahan. Pagi-pagi lagi dah dapat sakit. 

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

    Surat di hadapannya dipandang. Mukanya menunjukkan yang dia sedang menahan amarahnya.

Gambar-gambar Inara semasa zaman persekolahan dan di halaman rumahnya dipandang.

Terdapat juga satu nota yang bertulis ‘Dia akan jadi milik aku suatu hari nanti’.

Telefon diambil dan nombor seseorang didail. Beberapa saat kemudian panggilan mereka disambungkan.

Hello.” kata seseorang dari sebelah sana.

“Tolong cari mana Aidan. Aku nak secepat yang mungkin.” katanya dan menamatkan panggilan.

“Kau cabar aku kan?” katanya menahan amarah.

Kedengaran pintu diketuk.

“Maaf ganggu Tuan Qays. Tan Sri Wais dah datang. Dia tunggu Tuan dalam bilik meeting.” beritahu seorang pekerja Qays.

Okey.” kata Qays pendek.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

     Lelaki yang baru sahaja keluar dari kedai itu dipandang tajam. Kaki dilangkah menuju ke arah lelaki tadi. Tangan pantas menarik kolar lelaki itu ke tempat yang lebih gelap.

“Kau siapa hah?!” tanya lelaki itu.
Setelah tiba di lorong yang gelap itu, sebuah tumbukan dilepaskan ke muka lelaki itu.

“Kau jangan kacau Inara lagi.” kata Qays menahan geram.

“Ouh Qays. Kenapa aku tak boleh kacau Inara?” tanya Aidan tidak gentar.

“Aku cakap jangan kacau dia lagi. Kau tak faham ke?!” marahnya telah melepasi tahap.

“Kenapa? Kau suami dia ke nak halang aku?” tanya Aidan bersama senyuman sinis.

Qays terdiam.

“Jauhkan diri dari Inara. Kalau kau dekat dengan dia. Aku penggal kepala kau. Jangan cabar aku Aidan.” katanya melepaskan kolar baju Aidan.

“Selagi dia dengan kau tak ada apa-apa ikatan, tak ada benda yang boleh halang aku.” kata Aidan lagi.
Qays meninggalkan Aidan dengan hati yang penuh dengan perasaan marah.

Nombor seseorang didail.

Hello. Aku nak jumpa kau esok pagi.” kata Qays.

No excuse.” pantas telefon dilempar ke arah tempat duduk penumpang.

“Kau tunggu bangsat. Kau tunggu.” katanya lagi.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

    “Awak pergi mana?” tanya Inara apabila melihat Qays yang baru sahaja pulang.

“Jumpa kawan.” selepas Qays menyimpan kasut, dia alihkan badannya memandang Inara.

“Mel mana?” tanya Qays.

“Ada dalam bilik.” jawab Inara.

Mata Qays terhenti pada jari Inara.

“Jari tu kenapa?” tanya Qays. Matanya masih tetap memandang luka itu.

“Terkena duri bunga ros tadi. Tapi tak sakit dah. Saya dah letak ubat.” terang Inara. Dia tidak mahu Qays memarahinya.

That’s why I said, be careful, Aafia.” kata Qays. Inara terdiam mendengar suara Qays itu. Tidak pernah Qays bercakap selembut ini dengannya.         

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now