CHAPTER 12

528 24 0
                                    

"Mama ada nak Ara beli apa-apa tak? Ara nak pergi kedai kejap." tanya Inara sambil memakai kasut.

"Tak ada." suara mamanya dari dapur telah sampai ke pendengaran Inara.

Kereta dipandu keluar dari kawasan kampung. Kedai runcit adalah tempat yang ingin ditujunya.

Setelah kedai runcit itu dimasuki, choki-choki pantas diambil sebanyak 10 paket. Ini adalah untuk disimpan menjadi stok makanannya di dalam bilik.

"Ini je ke dik?" tanya pakcik itu.

"Haah pakcik." jawab Inara.

"RM20." beritahu pakcik tersebut.

Duit not RM20 dikeluarkan dan dihulurkan kepada pakcik tersebut.

"Terima kasih pakcik." ucap Inara. Kaki melangkah keluar dari kedai tersebut. Tiba-tiba plastik choki-chokinya telah dirampas.

"Hey! That's mine!" marah Inara. Itu adalah makanan kegemarannya.

"You want this?" tanya lelaki itu.

"Oh My God. Bagi balik." minta Inara. Tangan dihulurkan meminta choki-chokinya kembali.

"Kalau taknak bagi?" tanya lelaki itu.

"Ouh taknak bagi?" tanya Inara sambil menyintingkan bajunya sampai ke lengan. Rambut disanggul kemas. Kaki diangkat dan ditendang tepat pada perut lelaki tadi menyebabkan plastik choki-choki di tangan lelaki itu terlepas.

"Sakit perut ke bang? Pergi balik. Suka-suka je nak ambil choki-choki orang." sindir Inara. Berani orang ambil choki-choki dia, memang menempah sakit awal.

Tanpa dia sedar ada seseorang menarik senyum apabila melihatnya menyiku lelaki itu.

"Good job, stella." kata lelaki itu.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

"Kau memang suka menyusahkan aku kan. Bagi duit aku." pintanya. Tangan dihulurkan untuk mendapatkan upahnya.

"Thanks Amir." ucapnya.

"Dah pergi balik." katanya lagi. Amir mencebik dan berlalu ke arah Mc Larennya. Pantas kereta itu berlalu dan keluar dari perkarangan kedai runcit tersebut.

"Kau lebih cantik sekarang berbanding dulu Inara. And sekarang kau dah berani. Kau dah buang rasa takut untuk hadap sesuatu. Proud of you stella." kata Qays sambil bibir mengukir senyuman bangga.

Pintu dibuka selepas kunci bilik bawah tanah itu dimasukkan. Plastik yang terisi sebiji roti dan botol mineral diletakkan di hadapan wanita yang kurus kering itu.

"Makan." katanya lalu keluar dari bilik tersebut. Bilik itu dikunci semula dan dia naik ke atas.

"Sampai bila kau nak seksa dia?" tanya seseorang yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu.

"Sampai dia mati." kata lelaki itu tanpa perasaan.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

"Papa dah balik!" jerit Inara lalu menyalam papanya.

"Papa, esok Ara nak keluar boleh tak?" tanya Inara sambil merangkul tangan papanya.

"Tanya mama." jawab papanya pendek.

"Papa ni. Ara dah lama balik dari Itali tu papa tak pernah luangkan masa dengan Ara macam dulu-dulu. Ara rindu papa yang dulu." kata Inara sedih. Papanya langsung tidak melayannya seperti dahulu.

"Ara tahu tak papa penat?! Kenapa nak menyusahkan papa hah?!" tengking Tengku Idlan Hazeem.

"Kenapa ni?" tanya Tengku Maleeqa yang baru sahaja dari dapur. Semasa sampai sahaja di ruang tamu, kelihatan anak bongsunya sudah menahan tangisan daripada tersembur keluar.

Dengan rasa sedih, Inara pantas berjalan menuju ke bilik. Dia rasa terkilan dengan papanya. Papanya yang dahulu sungguh menyayanginya.

"Abang dah kenapa tengking anak kita?" tanya Tengku Maleeqa.

"Apa yang jadi ni?" tanya Nek Kiah yang baru sahaja masuk ke rumah selepas mendengar tengkingan dari anak tunggalnya itu.

"Hazeem ni mak. Tiba-tiba tengking Ara." mengadu Tengku Maleeqa.

"Anak awak tu tak faham ke saya baru balik dari kerja? Tak faham saya ni penat? Tiap-tiap hari kerja. Ada anak perempuan pun menyusahkan. Duduk dekat rumah tunggu orang bagi duit je." marah Tengku Idlan Hazeem.

"Awak jaga mulut awak. Ara tu anak kita Hazeem. Selama dia hidup saya tak pernah langsung anggap anak-anak saya menyusahkan!" tengking Tengku Maleeqa. Suaminya sudah melampau.

Inara yang mendengar semua itu hanya mampu mengalirkan air mata.

"Kalau macam tu..." kata-kata Tengku Idlan Hazeem terhenti untuk beberapa saat. Nafasnya ditarik sedalam yang boleh.

"Tengku Maleeqa binti..."

"Papa!" belum sempat Tengku Idlan Hazeem melepaskan talak ke atas Tengku Maleeqa, Tengku Ian Faqih menghentikannya.

"Apa yang papa cuba buat ni? Stress dekat tempat kerja sampai nak ceraikan mama? Perlu ke melampau sampai macam ni" tanya Faqih.

"Papa sedar tak apa yang papa buat ni? Cerai ni bukan boleh buat main." kata Tengku Ian Ayyan pula.

"Papa tak fikir ke kesan bila papa ceraikan mama?" kali ini Tengku Ian Umayr pula yang bersuara.

"Jangan buat keputusan terburu-buru Hazeem. Mak tak suka kamu buat keputusan terburu-buru macam ni." kata Nek Kiah tenang.

Tengku Idlan Hazeem itu hanya diam da melangkah masuk ke bilik.

"Salah aku ke semua ni jadi?" tanya Inara dalam bilik seoarang diri.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now