“Kita khawin jumaat minggu depan.” kata Qays ketika mereka bertiga sedang makan.
“Apa?!” tersedak Inara apabila mendengar ayat Qays itu. Pendek tapi boleh membuat umurnya semakin pendek.
“Awak gila ke Qays. Saya tak pernah setuju dengan awak pasal benda ni. Papa saya pun entah nak jadi wali ke tak. Awak senang-senang je tetapkan tarikh!” Inara berasa marah. Qays ketepikan dia dalam hal ini.
“Aku dah pergi jumpa papa kau. Tentang hal wali kau tak perlu risau, aku dah settlekan semua benda.” beritahu Qays.
Inara terdiam. Apa yang dia perlu buat? Membantah atau hanya menurut?
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“I want to talk to you, Aafia.” Qays mengambil tempat duduk di kerusi sebelah Inara. Sekarang mereka berada di kerusi kawasan taman.“Hm.” hanya itu yang dibalas oleh Inara.
“Aafia, listen. Aku tahu aku bukan lelaki yang sempurna untuk kau tapi aku yakin yang aku boleh jadi yang terbaik untuk kau. Aku dah fikir masak-masak tentang hal ni. Aku ajak kau khawin atas sebab aku nak jaga kau Aafia.” luah isi hati Qays.
“Tapi awak tak cintakan saya.” kata Inara perlahan.
“Cinta lepas halal lagi bahagia Aafia. Lagipun kita boleh kenal dengan lebih rapat lepas kita halal.” pujuk Qays.
“Tapi saya tak yakin dengan awak. Saya takut awak khawin just for fun.” jujur Inara. Dia takut bahawa Qays hanya akan mainkan hatinya.
“Aku bukan lelaki yang macam tu Aafia. Kau perempuan first yang datang dalam hidup aku. Aku tak sempat rasa kasih sayang mak aku. Jadi aku harapkan seorang wanita boleh hadir dan dan berikan kasih sayang dekat aku.” kata Qays lembut.
“Mel?” tanya Inara.
“What’s wrong with her?” tanya Qays kembali.
“Kenapa awak tak khawin dengan dia je? Saya dah boleh nampak cara awak pandang dia, layanan awak dekat dia, cara awak dengan dia berbeza dengan saya Qays.” kata Inara. Perasaannya sekarang sukar ditafsirkan.
“Wait. Kau jealous dengan Mel ke?” tanya Qays. Senyuman sinis diberikan kepada Inara.
“No!” tegas Inara.
“Okay. Now look at me.” kata Qays. Inara memandang dalam muka itu. Betapa sempurnanya wajah lelaki itu dihiasi pula dengan hidung yang mancung, mata berwarna kelabu gelap dan bentuk muka yang sempurna.
“Aku dengan Mel tak ada apa-apa. Dia kakak aku and aku adik dia. Tak lebih dari tu. And aku dengan dia tak boleh khawin Aafia. Jadi aku dengan Mel tak boleh bercinta apatah lagi berkhawin.”
“Kenapa aku selalu cerita semua masalah and rahsia aku dengan dia? Sebab dia yang ada dengan aku dari dulu Aafia. Pahit, manis, jatuh, bangun aku, dia yang ada dengan aku.”
“And for question, why aku tak beritahu kau pasal rahsia aku. Oneday, kau sendiri akan tahu. Apapun jadi aku akan jaga kau. Kalau perlu digantikan dengan nyawa aku, aku sanggup Aafia. Aku, Megat Qays Al-Qayyum akan berada di sisi Tengku Inara Aafia sehingga akhir nafas aku. Itu janji aku Inara.” kata-kata dari Qays itu membuatkan tubir mata Inara berlinang.
“Saya tak ada apa-apa pun Qays. Kenapa awak nak jadikan saya isteri awak?” tanya Inara lagi.
“Perlu ada alasan ke untuk aku jadikan kau isteri? Perlu jadi orang yang sempurna ke untuk jadi isteri aku? Tak perlu Aafia. Allah dah gerakkan hati aku untuk jadikan kau isteri.” jawapan Qays tidak gugup menunjukkan bahawa dia ikhlas dengan kata-kata dia.
“Qays ikhlas dengan kata-kata dia Inara. Saya nampak benda tu.” tiba-tiba suara Mel menyapa pendengaran.
“Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya nampak Qays macam ni. Ini bermakna, dia dah mula sayangkan awak tapi Qays ni jenis tak faham dengan perasaan dia sendiri.” terselit perlian dari Amelia.
“Kau ni kalau aku langgar kau memang terus masuk tanah.” kata Qays sambil menghadiahkan jelingan kepada Amelia. Tercetus gelak tawa mereka bertiga.
“Dah lah. Aku mengantuk tengok orang tengah meluah perasaan. Jangan lama-lama sangat dekat luar.” pesan Amelia.
“Awak, Inara. Jangan risau, saya takkan jatuh cinta dengan budak ni. Menyusahkan.” kata dari Amelia membuatkan Inara tertawa. Pantas Amelia memasuki rumah apabila melihat jelingan tajam dari Qays.
‘Aku happy bila tengok gelak kau, senyuman kau, stella.’ getus hati kecil Qays.Dah jatuh cinta ke bang? HAHA
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Boleh kita mulakan?” tanya Tok Kadi.“Ya.” kata Qays. Nafas ditarik panjang dan dilepaskan perlahan. Kawan-kawannya setia menemaninya di belakang.
“Megat Qays Al-Qayyum, aku nikah akan dikau dengan pasanganmu Tengku Inara Aafia binti Tengku Idlan Hazeem dengan mas khawin sebanyak RM100,000 tunai.”
“Aku terima nikahnya Tengku Inara Aafia binti Tengku Idlan Hazeem dengan mas khawinnya sebanyak RM100,000 tunai.”
“Sah?”
“Sah.”
“Sah?”
“Sah.”
“Alhamdulillah.” ucap syukur setiap orang yang berada dalam masjid itu.
Air mata Inara jatuh ke pipi. Kini, dia sudah bergelar seoarang isteri kepada lelaki yang merupakan rakan sekelasnya dahulu."Assalamualaikum, Aafia.” jari manis itu diambil dan disarung sebentuk cincin.
“Waalaikumussalam.” kini gilirannya untuk menyarung cincin di jari manis suaminya. Tangan suaminya disalam dan kepalanya terasa dicium.
“Terima kasih, Qays.” ucapnya ikhlas kepada Qays.
“You’re welcome stella.” air mata disapu lembut di pipi wanita itu.
“Jom balik.” ajak Tengku Idlan Hazeem.“Sekejap lagi lah abang.” kata Tengku Maleeqa.
“Saya cakap jom balik.” kata Tengku Idlan Hazeem menarik lengan isterinya dan melangkah keluar dari masjid tersebut.
“Tolong jaga dia baik-baik. Kalau nanti kau dah taknak dia, pulangkan dekat kami semula dengan cara yang baik.” pesan Tengku Ian Umayr.
“Jaga dia baik-baik. Dia dah jadi isteri kau sekarang.” kata Tengku Ian Ayyan.
“Aku percayakan kau Qays. Jaga adik aku macam nyawa kau sendiri. Thanks.” Tengku Ian Faqih mengadiahkan pelukan kepada Qays itu.
“Take care baby. I’m always there with you.” Umayr mencium kepala adiknya lama.
“Jaga diri and jaga suami tau Ara.” pesan Ayyan.
“Ara, jaga diri and semoga jadi isteri yang baik. Dengar cakap suami. Jangan derhaka.” pesan Faqih pula.
“Baik.” Inara memeluk semua abang-abangnya.“Kami balik dulu.” kata Ayyan.
Sedang mereka sekeluarga mahu memasuki kereta, Inara memanggil.
“Papa, mama, kejap.” pantas Inara berlari tanpa berkasut.“Papa, tolong restukan Ara dengan Qays. Mama, doakan anak mama bahagia.” pinta Inara.
“Anak mama? Kau siapa?” kata dari Tengku Idlan Hazeem mengguris hati kecil Inara.
“Kau sepenuhnya milik suami kau sekarang. Aku dah tak ada anak perempuan.” pantas kereta dipandu laju keluar dari kawasan masjid.
“You have me, Aafia.” kata Qays memeluk isterinya.
“Bencinya papa dekat saya kan?” katanya sedih.
“It’s okay. Nanti maybe papa akan lembut hati untuk terima kau balik kan? Jom balik. Mel dengan yang lain dah tunggu dekat rumah.” ajak Qays. Inara hanya mengangguk.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...