“Kau busy tak, Qays?” tanya Amelia.
“Tak sangat. Kenapa? Ada nak cakap apa-apa ke?” tanya Qays yang baru sahaja menutup laptopnya.“Aku nak cakap sikit pasal Inara.” jelas Amelia.
“Kenapa dengan dia?” tanya Qays. Serius sahaja mukanya apabila mendengar nama Inara tadi.“Aku rasa macam dia marah dekat aku.” kata Amelia menunduk ke bawah. Dia melihat reaksi muka Inara yang berubah tadi membuatkan dia rasa bersalah.
“Dia marah kau? Untuk apa?” tanya Qays lagi.
“Aku tak tahu. Mungkin pasal kau?” teka Amelia.
“Kenapa dengan aku?” tanya Qays. Dahinya sudah berkerut seribu.
“Bagi aku la kan, aku rasa dia dah mula sayang kau.” beritahu Amelia.
“Hah?” kening Qays hampir bersambung. Inara suka dia? Tak mungkin.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Aafia, petang ni ikut aku pergi beli barang dapur. Mel cakap dia tak sihat.” beritahu Qays kepada Inara yang sedang termenung di hadapan rumah itu.“Mel tak sihat baru nak ajak saya?” tanya Inara. Matanya masih merenung pagar rumah itu.
Qays memandang Inara hairan.
“Maksud kau?” tanya Qays.
“Tunggu Mel sihat je lah baru beli.” kata Inara lantas bangun ingin menuju ke biliknya.
Belum sempat kaki Inara masuk ke rumah, Qays pantas menarik Inara menghadapnya kembali.
“Kau okey ke Aafia?” tanya Qays lagi. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang terjadi.
“Ya.” pendek sahaja jawapan dari perempuan itu.
“Look at me when you’re talking Aafia.” kata Qays memberi arahan apabila Inara sedikitpun tidak memandangnya apabila bercakap.
“Apa?” mata kelabu gelap itu dipandang dalam. Entah perasaan apa yang menyelubungi dirinya ketika ini. Sedih? Kecewa? Marah? Untuk apa semua perasaan itu?“Kau ada marah aku ke?” tanya Qays.
“For what?” tanya Inara tanpa menjawab pertanyaan Qays itu.
“Okay, stella. Listen.”
“What? Stella? Siapa stella?” tanya Inara memotong percakapan Qays.
“No. I mean Aafia.” kata Qays tenang.“Listen here. I’m sorry if aku ada buat salah apa-apa dekat kau tanpa aku sedar.” kata Qays memandang tepat ke arah anak mata hitam pekat Inara.
Inara hanya diam mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari bibir Qays itu. Walaupun ayatnya pendek tetapi keikhlasan Qays itu sampai di hati kecil Inara.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Dalam masa 15 minit, mereka telah sampai ke pasaraya. Inara dan Qays keluar dari kereta dan menuju ke bahagian troli.“Kau jangan jauh dari aku.” Qays memberi amaran.
Inara hanya mengangguk.
Keadaan pasaraya itu sekarang sangat sunyi. Hanya beberapa orang sahaja yang berada di sana. Sedang mereka berjalan di kawasan bahan basahan, tiba-tiba Inara bersuara.
“Betul ke hubungan awak dengan Mel hanya sebatas adik-beradik susuan sahaja?” tanya Inara dengan tiba-tiba.
“Kenapa kau tanya macam tu?” tanya Qays kembali. Dia sungguh pelik dengan perangai Inara hari ini.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
Roman d'amourMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...