“Aku pergi kerja dulu. Duduk rumah elok-elok.” pesan Qays. Kasutnya diambil dan dipakai. Badan dikalih menghadap Inara.
Inara mengambil tangan Qays untuk disalam. Terkedu lelaki itu melihat tindakan Inara.
“Bye, stella.” katanya.
“Saya tertanya-tanya dari mula awak panggil saya macam tu. Stella? Apa tu? Ke awak maki or kutuk saya?” tanya Inara.
“Balik nanti aku bagitahu kau okey? Aku dah lambat nak pergi kerja.” kata Qays lantas berpaling menghadap Inara.
“Hati-hati pergi kerja. Jaga diri.” pesanan dari Inara itu mendapat anggukan dari Qays.
Setelah kereta itu laju meluncur keluar dari kawasan rumah, Inara menutup serta mengunci pintu rumah.﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Pintu diketuk dan dibuka apabila mendapat keizinan untuk masuk. Qays mengangkat wajah apabila pintu dibuka. Seorang wanita di belakang pembantunya dipandang.
“Ada orang datang nak berjumpa dengan tuan.” kata pembantunya.
“Hi babe. Rindu I tak?” tanya perempuan itu.
“Tania.” sebutan namanya di bibir lelaki itu membuatkan hatinya gembira.
Qays memberi arahan dengan matanya untuk menyuruh pembantunya keluar.
“Kau nak apa datang sini?” tanya Qays dingin.
“Kenapa marah-marah ni? Penat kerja ke?” tanya Tania dengan perangai yang sengaja digedikkan bila berhadapan dengan lelaki pujaan hatinya itu.
Beg tangannya diletakkan di atas sofa dan kaki melangkah ke arah Qays. Punggung dilabuhkan di atas meja kerja Qays.
“Kau nampak tak aku tengah buat kerja?” tanya Qays. Dia buat meja ni macam bapak dia pula yang bayar.
“Ala you ni Qays. I rindu you lah.” katanya sambil memegang tangan lelaki itu.
Pantas Qays menarik tangannya. Matanya tajam menikam wanita itu.
“Aku tak rindu kau dan takkan pernah rindu kau. Tak malu ke?” tanya Qays sinis.
Mata Tania terhenti pada jari manis Qays. Terlihat sebentuk cincin di jari manis itu.
“Sejak bila you suka pakai cincin ni Qays?” tanya Tania masih berbuat tidak tahu. Jangan kata lelaki pujaannya ini sudah berkhawin.
“Kau balik sekarang!” jerkah Qays di dalam biliknya menyebabkan bahu Tania terhinjut.
“Nanti I datang lagi tau.” katanya masih tidak gentar. Senyuman manis dihadiahkan kepada Qays sebelum melangkah keluar.﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Inara laju berlari ke arah pintu utama apabila mendengar sesebuah kereta memasuki kawasan rumah. Sesampainya di tangga paling bawah, dia melihat Qays sedang meletakkan kasutnya di rak kasut.
“Awak dah balik?” sesungguhnya itu soalan yang tidak masuk akal tetapi Inara tidak hairan.
“Soalan apa yang kau tanya ni?” tanya Qays mengerutkan kening.
“Awak nak makan? Saya dah masak untuk makan malam sama-sama tadi tapi awak lambat, jadi saya tunggu awak nak makan malam dengan awak.” kata Inara teruja. Dia menahan lapar kerana ingin meluangkan masa dengan suaminya.
“Aku dah makan. Aku naik dulu. Penat.” terguris sedikit hati kecil Inara mendengar kata-kata Qays.
Melihat Qays yang telah menaiki tangga itu membuatkan dia rasa sedih.
“Aku tunggu dia balik makan sekali tapi...” kata-katanya terhenti.
“Tak apa. Mungkin dia penat.” kata Inara menenangkan hatinya.﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Awak, jom sarapan. Saya dah siap masak.” ajak Inara. Amelia yang di meja makan itu hanya diam menikmati bihun goreng yang dimasak oleh Inara.
“Aku dah lewat.” kata Qays memakai kasutnya dan melangkah meninggalkan rumah.
Mengapa hatinya berasa sakit?
“Inara? Awak okey?” tanya Amelia. Dia juga berasa hairan dengan sikap Qays. Sudah seminggu Qays menolak untuk bersarapan dan makan tengah hari di rumah serta pulang lewat petang.
“Saya okey. Mel, boleh tak lunch nanti saya nak pergi hantar makanan dekat Qays?” tanya Inara lebih kepada meminta cadangan dari Amelia.
“Boleh je. Awak kan isteri dia.” kata Amelia memberi sokongan.
Inara tersenyum ceria.﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Kaki melangkah masuk ke dalam syarikat itu. Terasa bangga dapat memiliki encik suami yang bekerjaya seperti Qays. Inara melangkah ke arah seorang perempuan yang berada di kaunter pertanyaan itu.
“Assalamualaikum, boleh saya tahu bilik Tuan Qays dekat mana?” tanya Inara kepada salah seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 40-an.
“Puan ada buat appointment apa-apa ke dengan Tuan Qays?” tanya wanita itu mesra.
“Saya isteri dia.” kata Inara beserta senyuman.
Serentak itu, sesiapa sahaja yang mendengarnya pantas membongkokkan badan tanda menghormati isteri kepada bos di syarikat mereka.
“Eh?” Inara hairan. Dah kenapa semua orang tunduk ni? Dia juga ikut tunduk sama. Setelah itu, semua melakukan hal masing-masing.
“Inara?” panggil seseorang lelaki. Inara mengalihkan kepalanya ke arah suara itu.
“Hail.” kata Inara teruja.
“Kau nak jumpa Qays?” tanya Hail.
“Ya. Saya bawakan bekal untuk dia.” kata Inara menunjukkan bekal yang dipegangnya.
“Jom ikut aku. Aku pun nak pergi dekat dia.” kata Hail memulakan langkahnya.
Inara mengikut langkah Hail memasuki lif yang berada paling hujung. Punat lif ditekan dan tingkat 30 dituju.
Sesampainya di tingkat 30, pintu lif terbuka. Hail keluar diikuti Inara di belakangnya. Bilik paling hujung dituju dan Hail membenarkan Inara masuk dahulu.
Inara menghadiahkan senyuman dan membuka pintu kaca bilik itu.
“Qays...” kata-kata Inara terhenti apabila melihat pemandangan di hadapannya.
“Megat Qays Al-Qayyum!” jerkah Hail apabila melihat Qays dalam bilik itu bersama dengan... Tania.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...