CHAPTER 14

487 22 1
                                    

"Ara." panggil Tengku Maleeqa.

"Ara." panggil Tengku Maleeqa sekali lagi.

Pintu dibuka apabila tiada sahutan dari dalam bilik. Apabila pintu bilik terbuka, Tengku Maleeqa perasan sekeping kertas di atas katil Inara. Surat tersebut pantas diambil dan dibuka.

Ara minta maaf kalau kehadiran Ara dalam keluarga kita mengundang nasib malang dalam family kita papa, mama.


Ara minta diri untuk pergi dulu. Kalau ada rezeki Ara balik tengok family kita ye.


Ara sayang mama, Ara sayang papa, Ara sayang Along, Ara sayang Angah,


Ara sayang Abang, Ara sayang Tokmi. Ara sayang semua orang.
Jangan risau pasal Ara. Ara mesti okey je. Ara kan kuat.


Membaca surat itu menyebabkan Tengku Maleeqa menangis tidak henti. Tengku Ian Ayyan yang mendengar mamanya menangis itu pantas berlari menuju ke dalam bilik Inara diikuti ahli keluarga yang lain.

"Ini semua salah abang. Kalau petang kelmarin abang tak cakap pasal tu mesti anak saya tak pergi tinggalkan saya." marah Tengku Maleeqa. Tengku Idlan Hazeem yang berada di hadapan pintu bilik itu dipandang.

"Sudah mama. Apa kata sekarang kita doakan supaya Allah lembutkan hati Inara untuk balik rumah." pujuk Ayyan.

"Ayyan tahu tak Ara tinggalkan kita semua sebab laki ni!" tengking Tengku Maleeqa.

"Tengku Maleeqa! Saya tak pernah ajar awak jadi isteri derhaka." Marah Tengku Idlan Hazeem.

"Mama, stop please. Mama pun tahu Ara takkan suka kalau mama macam ni." kata Umayr sedang mengusap belakang mamanya.

"Dahlah tu Eqa, Hazeem. Semua ni ujian Allah untuk kamu berdua. Allah uji sebab Allah sayang." nasihat Nek Kiah.

"Mama." panggil Tengku Ian Faqih.

"Masuk bilik rehat." arah Faqih. Dia sudah tahu bahawa adiknya selamat. Dia memimpin mamanya masuk ke dalam bilik.

"Mama tak perlulah risau pasal Ara. Dia selamat." kata Faqih menyelimutkan mamanya.

"Angah tahu ke Ara dekat mana?" tanya Tengku Maleeqa. Anak keduanya itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Angah tak tahu , tapi apa yang Angah yakin dia mesti selamat sekarang." kata Faqih dengan yakin.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

Mata perlahan dibuka apabila sinar matahari menyinari bilik itu. Apabila membuka mata, dia hairan akan keadaan biliknya sekarang. Ya, ini bukan biliknya.

"Aku dekat mana ni?" tanya Inara kepada dirinya sendiri.

"Cik Inara dah bangun?" tanya seorang perempuan yang baru sahaja memasuki bilik itu.

"Awak siapa?" tanya Inara.

"Nama saya Amelia. Cik Inara boleh panggil Mel. Mulai dari hari ini, kalau Cik Inara perlukan apa-apa Cik Inara bagitahu je saya." beritahu Melati kepada Inara. Dia sudah diberikan tugas untuk menjaga Inara.

"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" tanya Inara.

"Semalam Tuan Qays yang bawa Cik Inara balik. Masa tu Cik Inara pengsan." jelas Mel.

"Ouh Qays. Dia dekat mana?" tanya Inara.

"Tuan Qays dah pergi kerja. Petang nanti baru dia balik tapi tadi dia ada pesan dekat saya yang dia akan balik kejap untuk lunch nanti.

"Ouh okey. Saya nak tanya, awak ada baju lebih? Saya punya beg baju ada dalam kereta." tanya Inara malu-malu.

"Ouh saya ada. Kejap saya ambilkan untuk Cik Inara." beritahu Mel. Dia pantas keluar dari bilik itu dan menutup pintu.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now