CHAPTER 9

460 27 0
                                    

"Assalamualaikum." Inara memberi salam.

"Waalaikumussalam." Kedengaran keluarganya menyambut salamnya dari dalam rumah.

"Ara. Datang sini kejap. Ada benda papa nak bincang." kata Tengku Idlan Hazeem tidak bernada.

Inara melangkah menuju ke ruang tamu rumah neneknya. Dia mengambil tempat di sebelah mamanya. Kepala diangkat memandang semua ahli keluarganya termasuk Tokmi.

"Ara ada nak bagitahu sesuatu ke dekat kami semua?" tanya papanya.

"Bagitahu apa papa?" tanya Inara kembali.

"Kenapa Ara balik lambat?" tanya Tengku Maleeqa pula. Soalan itu dibiarkan tiada jawapan.

"Ara dengar tak mama tanya?" Tengku Idlan Hazeem menahan amarahnya.

"A-ara ke-keluar dengan kawan." tergagap Inara menjawab. Dia tahu papanya tengah menahan marah.

"Apa yang jadi dekat sekolah?" tanya papanya lagi.

Soalan kali ini membuatkan dirinya meremang. Dia takut untuk jujur.

"Kenapa dengan tangan Ara?" tanya papanya lagi apabila hanya melihat Inara yang menunduk memandang lantai rumah neneknya.

"Papa tanya kan?! Kenapa tak jawab?!" tengking Tengku Idlan Hazeem.

"Sudah Hazeem. Mak tak pernah ajar anak mak tengking anak sendiri. Benda tu bukan salah dia. Faqih dah bagitahu kan yang dia mangsa buli." kata Nek Kiah.

"Angah?" terkejut Inara apabila neneknya menyebut nama Faqih tadi. Bagaimana abangnya dapat mengetahui berita tersebut.

"Mula dari sekarang papa akan cari cikgu personal untuk semua subjek kamu. Belajar dekat rumah mula dari esok. Ara boleh pergi sekolah bila ada urusan penting dan waktu ambil peperiksaan sahaja." arah papanya.

"No pa. Ara nak belajar dekat sekolah!" tegas Inara.

"Tengku Inara Aafia! Ikut je cakap papa. Papa tahu apa yang terbaik untuk Ara." Marah Faqih. Adiknya sudah melampau.

Inara seperti baru tersedar dari mimpi. Dia baru sahaja meninggikan suara kepada papanya.

"Ara minta maaf papa." katanya lembut.

"Ya. Papa tahu Ara penat. Naik mandi, rehat ye." kata Tengku Hazeem lembut.

Inara mengambil beg sekolahnya dan melangkah naik ke bilik. Dia tahu papanya akan buat yang terbaik untuk anak-anaknya.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

"Boleh masuk tak?" tanya Umayr.

"Ya." kata Inara memberi keizinan.

"Do you wanna share your problem with me?" tanya Umayr siap sedia menjadi pendengar.

"Ara nak belajar dekat sekolah." kata Inara dengan muka sedihnya.

"Berikan sebab dekat abang tentang kenapa awak lebih memilih belajar di sekolah? Bukankah awak tidak suka berada di tempat yang dipenuhi manusia?" soalan dari Umayr menyebabkan Inara terdiam. Di dalam minda nya hanya disebabkan Qays.

"Entah. Tak ada sebab." tipu Inara.

"You fall in love with your schoolmate or your classmate?" teka Umayr.

"Bukanlah abang." nafi Inara.

"Ye lah. Apa-apa pun Ara kena ingat, abang dekat sini. If you need me, just ketuk my pintu bilik okey?" kata Umayr.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now