“Jujur apa?” tanya Qays hairan.
“Ibu dengan ayah mati sebab apa?” tanya Amelia tiba-tiba.
Qays terdiam dengan soalan yang tiba-tiba sahaja muncul dari mulut Amelia itu.
“Kenapa kau diam?” tanya Amelia lagi.
“Soalan apa kau tanya ni?!” marah Qays.
“Asal kau mula nak marah?” tanya Amelia masih tenang.
“Qays, tengok aku.” arah Amelia.
“Banyak mana rahsia kau dengan aku?” tanya Amelia.
Qays memandang Amelia.
“Aku berahsia apa yang kau tak patut tahu Mel.” tegas Qays.
“Aku nak kau bagitahu aku semua benda sekarang.” mata tajam memandang Qays.
Qays diam memandang Amelia. Bukannya dia mahu berahsia dengan Amelia tetapi dia risau Amelia tak dapat menerimanya.
“Aku cakap bagitahu aku sekarang!” tengking Amelia. Dia tidak kisah kalau dia hanya mimpi tentang perkara yang sama dua atau tiga kali tetapi dia sudah mimpikan perkara yang sama hampir setiap hari.
“Mel.” kedengaran suara seorang wanita memanggil.
“Awak okey?” tanya Inara yang baru sahaja turun dari bilik. Dia terdengar tengkingan dari bawah yang membuatkan dia turun.
“Bagitahu aku Qays.” suaranya kembali perlahan.
“Aku akan bagitahu kau tapi bukan sekarang.” pujuk Qays.
“Sekarang.” kata Amelia tegas.
“Aku nak tahu sekarang.” sambung Amelia lagi.
“Okey. Kau pergi duduk dulu. Aku nak kau tenangkan diri kau dulu.” arah Qays.
Amelia hanya mengikut arahan Qays. Kaki dilangkah menuju ke sofa.
“Aafia.” panggil Qays.
“Ya?” jawab Inara.
“Ambilkan air untuk Mel.” arah Qays.
“Okey.” tanpa banyak alasan dia ke dapur untuk mengambil air
Qays berjalan ke arah sofa. Dia kini mengambil tempat berhadapan Amelia.“Apa yang jadi dekat kau sampai kau nak tahu semua benda ni?” tanya Qays prihatin.
“Aku mimpi ibu minta tolong tapi bila aku tanya tolong apa, dia sebut nama kau.” terang Amelia.
“Bukan sekali dua Qays. Hampir setiap hari. Cuma sekarang aku dah tak sanggup. Aku rasa ada benda yang aku tak tahu.” sambungnya lagi.
Inara datang membawa segelas air kosong dan dihulurkan kepada Amelia. Tempat duduk di sebelah Amelia diambil.
“Minumlah.” kata Inara bersama senyuman. Amelia hanya mengambil huluran dari Inara dan meneguk air itu tanpa kata.
“Sebelum aku bagitahu kau, aku nak tanya kau. Kau tahu ibu dengan ayah mati sebab apa?” tanya Qays.
“Kemalangan.” jawab Amelia.
“Sebenarnya kemalangan ibu dengan ayah dirancang.” kata-kata Qays menyebabkan gelas yang dipegang Amelia terjatuh. Nasiblah gelas itu hanya gelas plastik.
“Apa yang kau cuba cakapkan ni Qays?” tanya Amelia.
“Ada orang disebalik kemalangan tu tapi aku minta maaf aku tak dapat cari lagi siapa yang jadi punca semua ni. Mungkin orang yang sama bunuh keluarga aku. Tapi aku tak dapat kesan pembunuh tu.” jelas Qays.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...