"Dah pukul 5. Along saya dah datang." kata Inara.
"Pergilah balik. Aku nak siapkan kerja ni." jawab Qays. Tangan kalut menekan kalkulator.
"Kalau macam tu saya tunggu awak siap dulu sebab tadi awak dah tunggu saya." kata Inara kembali melabuhkan punggung ke atas kerusi itu.
"Aku cakap pergi balik." kata Qays lagi tetapi kali ini dia sedikit tegas.
"Awak taknak balik ke?" tanya Inara.
"Kau tak faham bahasa melayu ke?!" tengking Qays tanpa sengaja.
"Perlu ke tengking saya?" tanya Inara kembali. Ya, dia terasa apabila lelaki itu bertindak meninggikan suara kepadanya.
Terhenti tangan menulis jawapan bagi soalan matematiknya tadi. Wajah Inara dipandang. Dahinya berkerut seribu.
"Saya balik dulu." kata Inara pantas mengangkat kembali punggunya dan beredar keluar.
"Aku ada buat salah?" tanya Qays kepada dirinya sendiri.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Ara okey ke tak ni? Along tengok dari masuk kereta tadi lain je muka. Selalunya tak berhenti bercakap." tegur Ayyan. Perangai adiknya yang berubah secara drastik itu sungguh menghairankan.
"Tak ada apa Along. Ara penat sikit harini." tipu Inara.
"Ya lah tapi kalau ada apa-apa Ara jangan pendam. Along boleh jadi pendengar yang terbaik untuk adik kecil Along ni." pipi Inara dicubit lembut.
"Sakit lah Along." kata Inara sambil menyapu pipinya yang sudah merah akibat dicubit oleh abang sulungnya itu.
"Kita pergi beli choki-choki nak?" tanya Ayyan.
"Nak!" tidak perlu ditanya.
"I know you baby. Senang je nak bagi Inara happy." kata Ayyan sambil ketawa kecil.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Weh ini tidak adil! Kenapa dia ada makanan?! Mana aku punya Along?" tanya Umayr apabila melihat tangan Inara yang penuh dengan plastik choki-choki itu.
"Kau siapa?" tanya Ayyan kembali.
"Weh long. Sampai hati kau. Tak apa. Bagi balik duit aku RM2.50 yang kau pinjam beli nescafe semalam." kata Umayr meminta duitnya kembali.
"Setakat RM2.50 tu celah gigi aku je lah." kata Ayyan sambil mengeluarkan sekeping not RM5 dari dompetnya dan dihulurkan kepada Umayr.
"Eleh. Celah gigi tapi bagi RM5 je. Kalau dah kata celah gigi tu, bagi lah RM100 ke RM200 ke. Baru bertambah sikit rezeki tu." kutuk Umayr.
"Dah. Aku nak naik mandi. Baru balik kerja je kena melayan perangai beruk ni." kata Ayyan menolak adiknya itu ke tepi. Bising kalah burung murai.
"Beruk? Whatever. Ara! Bagi sikit lah choki-choki tu." jerit Umayr dari halaman rumah nenek mereka itu.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Ara pergi dulu ma." kata Inara menarik tangan Tengku Maleeqa dan menyalamnya.
"Eh sarapan dulu Ara." kata Tengku Maleeqa.
"Tak apa mama. Dah lambat." kata Inara sambil berlari naik ke tingkat atas kembali. Kasut sekolah dipakai dan dia berlari ke kereta. Pintu kereta dibuka dan Inara masuk ke dalam kereta.
"Sorry Angah. Ara terlewat bangun harini." dia takut dengan angahnya kerana dia tahu angahnya tidak suka menunggu.
"Ya." balas Faqih pendek.
Kereta meluncur laju di atas jalan raya. Suasana pagi di kampung amat sunyi. Setelah lebih kurang 15 minit memandu, mereka tiba di sekolah.
"Terima kasih Angah." ucap Inara menyalam tangan Faqih.
"Ya." balas Faqih pendek kerana dia masih mengantuk. Dia perlukan bantalnya sekarang.
Inara melangkah laju menaiki anak tangga. Setelah tiba di kelas, Inara menarik nafasnya lega apabila gurunya belum masuk ke dalam kelas. Dia berjalan menuju ke arah tempat duduknya. Qays disebelah dibiarkan sahaja.
"Hi Inara. Nama saya Aidan. Ketua kelas awak." kata seorang lelaki yang dikenali sebagai Aidan.
"Hi." balas Inara pendek.
Belum sempat Aidan bertanyakan lebih banyak soalan, Cikgu Suraya sudah masuk ke kelas.
"Assalamualaikum Cikgu." kata Aidan diikuti pelajar yang lain.
"Waalaikumussalam. Duduk. Baiklah, sekejap lagi cikgu ada meeting. Cikgu nak kamu cari pasangan kamu masing-masing dan pilih soalan untuk pembentangan kamu besok. Soalan saya dah beri kepada Aidan. Kamu boleh rujuk dari Aidan ya. Boleh tak semua? " beritahu Cikgu Suraya.
"Boleh cikgu." kata pelajar kelas 5 Dinamik dengan serentak.
"Kalau macam tu Cikgu minta diri dulu. Aidan, jaga kelas." arah Cikgu Suraya.
"Baik cikgu." kata Aidan menerima arahan.
"Inara, awak dengan..."
"Dia dengan aku." belum sempat Aidan menghabiskan ayatnya, Qays pantas memotong. Matanya tajam memandang Aidan.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...