CHAPTER 20

446 19 0
                                    

   “Eh Inara. Awal awak bangun harini.” Terkejut Amelia apabila melihat Inara seperti sedang mencari sesuatu.

“Saja je bangun awal.” sebuah  senyuman dihadiahkan kepada Amelia.

“Mel, aku balik...” kata-kata Qays terhenti apabila ternampak Inara.

“Saya naik bilik dulu Mel.” kata Inara pantas melangkah ke arah tangga menaiki bilik.

“Tengok muka aku pun dia tak nak ke?” tanya Qays.

“Padan muka kau. Nanti nak buat apa pun fikir dulu ye.” kata Amelia memberi nasihat.

“Diam lah kau.” kata Qays mengambil kunci keretanya.

“Harini aku balik lunch. Aku rasa sakit kepala so aku nak balik awal.” beritahu Qays.

“Kau buat company tu macam bapak kau punya.” kata Amelia.

“Memang company tu bapak aku punya. Kau lupa ke?” dahi sudah berkerut.

“Eh lupa pulak aku.” kata Amelia diikuti gelak tawanya. Qays hanya menggeleng kepalanya.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

“Mel, Awak nak masak apa harini?” tanya Inara.

“Saya nak masak buttermilk chicken dengan daging goreng je.” kata Amelia yang sedang menggoreng isi ayam itu.

“Nak saya tolong apa-apa tak?” tanya Inara dengan niat ingin menolong.

“Awak boleh tolong gorengkan daging tak?” tanya Amelia.

“Boleh.” jawab Inara.

“Daging saya dah siap basuh ni and letak semua perasa. Awak tolong gorengkan je. Gorengkan jangan bagi keras sangat tapi jangan sampaikan tak masak.” beritahu Amelia.

“Baik.” kata Inara mengambil daging di tepi sinki itu.

Setelah lebih kurang 20 minit bertungkus-lumus di dalam dapur akhirnya hidangan dah siap tersedia. Inara senyum setelah melihat hasil kerjanya yang menghias masakan itu.

“Sedapnya bau. Perut saya dah bunyi-bunyi ni Mel.” kata Inara. Amelia hanya tergelak mendengar ayat Inara itu.

“Assalamualaikum.” terdengar suara lelaki memberi salam.

“Waalaikumussalam.” jawab Amelia.

“Haa memang kena masa kau balik. Kami baru je siap masak.” kata Amelia. Inara yang berdiri di island table itu dipandang.

“Jom kita makan.” kata Amelia mula menyenduk nasi ke dalam pinggan.

“Saya tak lapar. Saya naik bilik dulu.” kata Inara meninggalkan Qays dengan Amelia. Kaki dilangkah menuju ke bilik.

Qays dan Amelia memandang satu sama lain.

“Tak apa. Jom makan dulu.” kata Amelia.

Qays didatangi rasa bersalah berkali ganda. Inara sanggup menahan perut daripada bersua muka dengan dia.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

   “Mel. Qays ada dalam rumah?” tanya Inara.

“Qays ada dalam bilik. Rasanya dah tidur. Boleh lah awak pergi makan.” kata Amelia.

Okey thank you.” kata Inara pantas melangkah kaki turun. Dapur dituju dan tudung saji itu dibuka.

Pinggan diambil dan nasi disendukkan ke dalam pinggan. Seterusnya, buttermilk chicken itu disudu dan diletakkan di dalam pinggan. Perlahan-lahan dia mengunyah dan menikmati sedapnya buttermilk chicken buatan Amelia itu.

“Kenapa kau tak panaskan dulu lauk tu?” serentak itu tersedak Inara. Qays pantas mengambil gelas dan mengisi air kosong lalu diberikan kepada Inara.

Inara mengambil huluran Qays itu. Air habis satu gelas. Qays disebelah dipandang. Dia pantas bangun dan pinggan diletakkan dalam sinki dan dibasuh. Setelah itu kaki ingin melangkah ke biliknya kembali.

Tetapi langkahnya terhenti apabila Qays menghalang laluannya.

“Kau marahkan aku lagi ke?” tanya Qays.

“Tepi.” arah Inara.

“Aafia, kau tahu tak dari semalam aku tak boleh tidur sampai harini aku pergi kerja pun fikir pasal kau.” jujur Qays. Dia tidak henti berfikir tentang perempuan itu.

“Tak perlu fikir.” kata Inara pendek.

“Kalau aku ada salah aku minta maaf Inara.” kata Qays ikhlas.

Was this all joke to you?” tanya Inara.

“Saya ni perempuan murah ke untuk jadi mainan dalam dunia awak?” tanya Inara lagi.

“Kalau awak tak suka saya, tak perlu buat saya sampai macam ni.” katanya lagi.

“Sakit Qays. Sakit.” katanya mengalirkan air mata. Dia sungguh kecewa dengan Qays.

I’m sorry Aafia.” kata Qays. Dia tidak tahu apa yang harus dia buat sekarang.

Inara hanya berlalu pergi dari Qays. Dia tidak mempunyai kekuatan buat masa sekarang untuk berhadapan dengan Qays.

I’m sorry stella. Aku lelaki yang teruk.” katanya kepada diri sendiri.
Tanpa sedar ada mata yang memrhati semuanya.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

    “Inara, boleh saya masuk?” tanya Amelia.

“Masuk lah.” kata Inara dengan senyuman.

“Awak okey?” tanya Amelia apabila dia disajikan dengan muka Inara yang sembap selepas menangis.

Okey.” tipu Inara.

“Awak nak tahu satu benda tak?” tanya Amelia. Inara hanya mengangkat kepala memandang Amelia di hadapannya.

“Qays seorang lelaki yang tak mudah nak minta maaf, tak mudah nak rasa bersalah and tak mudah mengalirkan air mata. Tapi dengan seorang perempuan ni, dia jadi orang yang senang minta maaf, rasa bersalah kalau dia ada buat salah and maybe one day dia akan mengalirkan air mata untuk perempuan tu.” kata Amelia memegang tangan Inara.

“Qays tak pernah bercinta. Walaupun saya tahu banyak yang dambakan cinta dia, tetapi dia tak pernah pandang semua perempuan dekat luar. Qays bukan tunjuk dengan kata-kata kalau dia sayang Inara. Dia tunjuk melalui perbuatan.”

“Mungkin juga dia macam sesetengah orang yang tidak tahu dengan kata hati sendiri.” Sambung Amelia lagi.

“Siapa perempuan tu?” tanya Inara. Sungguh bertuah perempuan itu kerana mendapatkan Qays versi yang sebegitu.

“Sekarang saya nak bagitahu awak. Malam korang bergaduh, dia tak pernah stop tanya saya macam mana nak minta maaf dengan awak, macam mana nak ambil hati awak balik. Dia duduk tak diam fikir pasal awak.”

“Dia bagitahu saya yang dia buat semua tu sebab dia tak nak ada orang dekat dengan awak. Dia nak jaga keselamatan awak. Tapi dia silap dengan menggunakan cara tu.” terang Amelia lagi.

“Dia cuma nak buat awak rasa selamat bila ada dengan dia je Inara. Saya kenal Qays. Saya kenal adik saya tu. Sekarang awak dah tahu kan siapa perempuan tu?” tanya Amelia beserta senyuman. Tugasnya sudah selesai dengan Inara. Dia sudah memujuk perempuan itu.

Inara yang mendengar semua kata-kata Amelia itu terdiam. Dia perempuan itu?                                                                                                                                                  

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now