CHAPTER 37

139 8 0
                                    

    Mata dibuka secara perlahan. Keadaan sekeliling sungguh gelap tanpa sebarang cahaya. Tangan diikat begitu juga kaki. Mulut mahu mengeluarkan suara tetapi dihalang oleh kain yang menutupi mulutnya.

“Dah bangun?” tanya seseorang lelaki.

Kedengaran tapak kaki yang melangkah ke arahnya menyebabkan jantung Inara berdegup kencang. Terasa ada satu tangan yang memegang bahagian perutnya.

“Lagi bagus kalau anak aku yang ada dekat sini.” kata lelaki itu bersama tawa sinis.

Inara menggerakkan badannya sedikit demi sedikit tanda tidak mahu lelaki tersebut menyentuhnya.

Dalam beberapa saat, lampu terbuka menyebabkan Inara memejamkan matanya kembali tanda silau. Setelah itu, mata dibuka kembali. Kelihatan Aidan sedang duduk berhadapan dengannya di atas sebuah kerusi.

“Apa lebihnya lelaki tu hah?” tanya Aidan.

“Kau milik aku. Kau milik Aidan. Bukan milik Qays.” kata Aidan lagi. Inara menggelengkan kepalanya.
Aidan melangkah menuju ke arah Inara dan kain yang berada di mulut Inara direntap kasar.

“Lepaskan saya Aidan.” rayu Inara.

“Lepaskan kau? Susah-susah aku culik kau, senang-senang je kau minta aku lepaskan kau?” sebelah keningnya diangkat.

“Tolonglah Aidan. Saya merayu dengan awak.” kata Inara bersama tangisan.

Pipi Inara dicengkam kuat menyebabkan wanita itu mengadu kesakitan.

“Aku nak suami kau rasa apa yang aku rasa bila aku dapat tahu dia bunuh ayah aku.” kata Aidan menahan geram.

“Tapi aku taknak bunuh kau macam tu je. Aku nak kau rasa terseksa, rasa sakit, rasa macam nak bunuh diri kau.” kata Aidan bersama senyuman sinis.

“Qays akan datang selamatkan aku sebelum kau buat semua tu.” Inara melawan kembali. Perasaan takutnya hilang apabila dia mengingati bahawa Qays pernah berjanji yang dia akan selalu ada dengan Inara apabila Inara perlukannya.

“Kita tunggu. Aku nak tengok juga bila dia jumpa kau nanti dalam keadaan macam mana. Masih bernyawa atau tidak. Masih sempurna tubuh badan atau sudah ada yang hilang.” kata Aidan sambil melepaskan tawa.

Go to hell!” tengking Inara. Dia sudah tidak dapat menahan marahnya.

Oh dear, where do you think I came from hm?” kata Aidan sinis. Kaki dilangkah keluar dari bilik tersebut. Pintu dikunci kembali.

“Qays, saya takut.” kata Inara dalam kegelapan ditemani tangisannya.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
    “Dapat tak?” tanya Qays lagi.

“Susah Qays. Inara tak bawa telefon dia. Barang-barang peribadi dia pun tak ada dengan dia jadi aku perlukan masa untuk semua benda.” terang Hail.

“Qays, apa kata kau naik rehat dulu. Kalau ada apa-apa kami inform kau.” nasihat Adiel. Kawannya nampak semakin tak terurus.

“Dah hampir tiga hari Diel. Tiga hari isteri aku hilang. Aku tak tahu dia sihat ke tak, makan ke tak, anak aku macam mana? Aku risau Diel.” rintih hati Qays.

“Aku tahu tapi cuba kau bayangkan Inara sekarang ada dekat sini. Kau rasa dia suka tengok kau macam ni?” tanya Adiel kembali.

Qays hanya diam. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

“Penculik tu ada tinggalkan nota.” Qays bersuara kembali.

“Nota apa?” tanya kawan-kawannya.
Qays mengeluarkan nota yang berada di dalam laci kabinet itu.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now