"Apa ni? Awak buat apa ni? Dia ni siapa? Kenapa awak ikat dia?" soalan bertalu-talu diajukan daripada Inara.
Tujuannya adalah untuk meminta telefonnya kembali tetapi dia ternampak Qays dan rakan-rakannya menuju ke bilik tersebut menyebabkan perhatian Inara ditarik."Masuk bilik." kata Qays tegas.
"Explain first." Inara juga menjadi tegas.
"I said go to your room!" tengking Qays.
"And I said explain first." kata Inara. Matanya terkalih ke arah perempuan yang hampir sebaya dengan mamanya. Inara turun mendekati Qays. Kawan-kawan Qays hanya memberi laluan kepada Inara.
"Aunty okey?" tanya Inara.
Tiba-tiba wanita itu menggenggam tangannya. Inara mendesis sakit.
"Aunty, sakit." kata Inara berusaha melepaskan genggaman wanita itu. Qays yang nampak Inara seperti mahu menangis itu pantas berjalan ke arahnya.
Hanya dengan sekali genggaman kepada tangan tua itu menyebabkan dia melepaskan tangan Inara.
"Kau dah faham kan sekarang kenapa aku larang kau masuk? Perempuan ni boleh buat muka kesian tapi hati dia Tuhan je yang tahu." kata Qays memandang wanita tua itu dengan sinis.
Inara mengangguk perlahan. Dengan tangan kiri yang menyapu lembut tangan kannanya, dia melangkah naik ke atas.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Pintu bilik dibuka dan terlihat Inara yang berada di atas katil dan memegang kesan genggaman di tangannya."Inara, turun kejap." kata Qays dan menutup pintu bilik Inara itu.
Dalam beberapa minit, Inara telah turun dan duduk berhadapan dengan Qays. Kepala ditundukkan memandang lantai.
"Kenapa kau terus naik atas?" tanya Qays.
"Awak yang suruh tadi." kata Inara. Mata masih menunduk memandang lantai.
"Tangan kau? Taknak letak ubat?" tanya Qays lagi memandang ke arah lengan Inara yang merah itu."Ini tak apa. Nanti sembuh lah." kata Inara.
"Sini." kata Qays memanggil Inara.
"Awak nak buat apa?" tanya Inara.
"Aku. Cakap. Sini." satu persatu perkataan ditekankan oleh Qays.Inara bangun dan mengambil tempat duduk di sebelah Qays. Qays mengeluarkan krim untuk diletakkan di lengan Inara.
"Lepas ni dengar cakap aku , faham?" kata Qays menyapu krim di lengan Inara. Inara yang mendengar itu hanya menunduk memandang lantai.
"Dah. Pergi tidur." suruh Qays.
"Terima kasih." kata Inara melangkah naik ke bilik.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋"Selamat pagi Mel." kata Inara yang baru sahaja masuk dapur.
"Selamat pagi Cik Inara." kata Mel dengan senyuman.
"Mel tak perlu pun panggil cik-cik. Panggil Inara je. Nak lagi senang panggil Ara je." kata Inara tidak selesa dipanggil dengan panggilan itu.
"Tak boleh Cik Inara. Tuan Qays yang arahkan saya panggil macam tu." kata Mel.
"Ikut awak lah Mel." kata Inara mengambil gelas. Dia dahagakan air.
"Cik Inara nak sarapan tak?" tanya Mel.
"Saya nak sandwich tu je." kata Inara menunjuk ke arah sandwich yang telah dihidangkan. Mel mengambil sandwich itu dan menghulurkan kepada Inara."Inara." panggil Qays yang baru sahaja turun dari biliknya. Kaki diatur menuju ke arah Qays yang sedang duduk di atas sofa itu.
"Ya?" Inara mengambil tempat duduk di hadapan Qays.
"Petang ni aku hantar kau balik rumah family kau." kata Qays.
Inara yang mendengar kata-kata Qays itu terdiam. Banyak persoalan yang bermain di mindanya.
"Kau tak nak jumpa mama kau?" tanya Qays apabila Inara hanya mendiamkan diri.
Soalan itu masih tiada jawapan dari Inara.
"Inara, I'm asking you right now." kata Qays tegas. Dia tidak suka soalannya dibiarkan tanpa jawapan.
"Siapa je yang tak rindu ibu kandung sendiri bila berjauhan? Tipu kalau saya cakap saya tak rindu mama, papa dengan yang lain." kata Inara terhenti. Dia rindukan mamanya tetapi fikirannya tertumpu kepada papanya."Kau fikir pasal papa kau?" teka Qays. Inara yang hanya diam tanpa sebarang kata menunjukkan bahawa jawapannya ialah 'ya'.
"Tak perlu risau. Aku teman kau. Kalau dia buang kau, biar aku dengan Mel yang jaga kau." kata Qays meyakinkan Inara.
"Aku janji Inara." kata Qays lagi.
"Jangan main dengan janji Qays. Saya tak suka. Dulu awak tak ada pun bila saya nak tinggalkan Malaysia." kata Inara mengenang kisahnya sewaktu itu.
"Aku busy." balas Qays pendek."Kalini aku janji dengan kau Inara. Aku takkan tinggalkan kau. Biar diaorang buang kau but I'm still here with you." kata Qays memandang Inara. Dia mahu Inara mempercayai dia.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Kereta dipandu laju menerusi jalan raya. Inara di sebelah dipandang sekilas. Wajah itu tiada sebarang senyuman malah hanya muka yang lesu lemah.Setelah 20 minit memandu, kereta BMW M4 itu diparkir di halaman rumah itu.
"Calm down. Berdoa dekat Allah minta Dia bantu kau. Kau nak aku tunggu dalam kereta or keluar sekali dengan kau?" tanya Qays.
"Awak tunggu sini je." kata Inara. Kaki dilangkah keluar dari kereta milik lelaki itu.
Badan yang lesu itu dipandang sayu. Dia kasihankan perempuan itu.Dalam beberapa minit, kedengaran seseorang menengking.
"Keluar!"
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...