CHAPTER 47

242 6 0
                                    

    “Assalamualaikum.” Hail memberi salam.

“Waalaikumussalam.” jawab semua orang yang berada di ruang tamu rumah itu.

“Hail dah balik.” kata seorang wanita. Hail menyalam tangan mereka dan mengambil tempat duduk di sebelah lelaki yang bergelar suami kepada wanita tadi.

“Bapak sihat?” tanya Hail.

“Begini saja bapak. Ndak ada yang baik ndak ada yang buruk.” jawab Encik Dhaffa merangkap ayah angkat Hail yang menjaganya setelah dia melarikan diri dari Jasmin dulu.

“Hail nak pergi tengok budak-budak dekat sekolah kejap.” beritahu Hail.

“Hati-hati.” pesan Encik Dhaffa.

“Baik bapak.” jawab Hail.

Hail melangkah keluar dari rumah dan berjalan menuju ke sekolah yang berada tidak jauh dari rumah Encik Dhaffa itu.

Perjalanan ke sekolah itu menyukarkan Hail atas sebab jalan yang cuma dilitupi oleh tanah. Kawasan tempat tinggal keluarga angkatnya ialah di kawasan pedalaman yang kurangnya kemudahan seperti di bandar.

Oleh sebab hal itu, dia tidak dapat dihubungi jika dia berada di kampungnya.

Sedang dia berjalan, dia terasa seperti dirinya diikuti tetapi apabila dia melihat sekeliling tiada siapa berdekatan dengannya.

Bermula dari saat ini, dia lebih berhati-hati. Dia tidak mahu keamanan di kampung ini kucar-kacir dengan kehadiran seseorang yang berbahaya.

Terasa seperti ada bayang yang mendekatinya, pantas sahaja tangan naik menghalang pergerakkan orang tersebut.

Hail mengunci pergerakkan orang itu dengan memerangkapnya di dalam pegangan Hail. Tubuh ini merupakan seorang lelaki tetapi siapa? Seperti dia mengenali siapa di dalam tangannya sekarang.

“Kau siapa?! Apa kau nak dari aku?!” tengking Hail.

“Lama tak jumpa kau.” kata lelaki itu tenang.

Suara itu. Suara yang selalu menyapa pendengarannya. Suara yang dia tunggu selama ini walaupun dia berasa mustahil untuk itu.

Dia melepaskan lelaki itu dan meneliti setiap inci tubuh badan lelaki itu. Walaupun kelihatan lebih kurus tetapi Hail kenal lelaki itu.

Dengan tenang lelaki itu menurunkan kepala hoodienya dan menghadiahkan senyuman kepada Hail.

“Tak rindu aku ke bang?” pertanyaan lelaki itu membuatkan Hail menjadi kaku. Bibir tidak dapat mengungkapkan kata. Lidah seperti disimbah simen dan mengeras.

“Takkan dah taknak bercakap dengan aku?” tanya lelaki itu lagi.

“Qays.” nama itu meniti di bibir Hail. Sebak terasa di dada. Air mata jantannya jatuh buat kali yang pertama setelah mengenjak dewasa.

“Ya. Aku Qays. Adik kandung kau.” kata Qays tenang. Dia sudah lama dapat tahu tentang hal ini.

“Kau masih hidup?” tanya Hail sambil memegang wajah adik kandungnya itu.

“Ya aku masih hidup.” kata Qays sambil tersenyum melihat abangnya itu.

“Kenapa kau tak balik jumpa isteri kau?” tanya Hail hairan. Jika dia masih hidup, mengapa dia tidak pergi untuk berjumpa dengan Inara.

“Siapa kata aku tak balik?” tanya Qays kembali sambil mengangkat sebelah keningnya.

“Apa yang kau cuba nak cakap ni?” soalan dikemukakan lagi oleh Hail.

“Aku ada je dekat dengan dia.” jawab Qays tetapi masih tidak dapat ditangkap oleh Hail.

“Aku balik rumah aku tapi semua orang tak tahu.” sambung Qays lagi.

“Kau tak rindu Inara?” tanya Hail lagi.

“Adakah ini akan jadi satu penipuan jika aku kata aku tak rindukan isteri aku?” tanya Qays kembali.

“Kalau kau rindu, kau sepatutnya balik jumpa dia. Kau tahu tak keadaan dia selama kau tak ada di samping dia, betapa seksanya dia?” marah Hail. Sepatutnya Qays perlu berada di sisi Inara.

“Walaupun bibir dia mengukir senyuman tapi aku tahu hati dia terluka, rindu. Kau tahu tak yang Aidan pergi jumpa dia. Ajak dia bersama dengan sial tu.” kata-kata Hail itu membuatkan Qays terkejut.

“Tapi kau tahu tak Inara tak pernah terima dia balik. Inara masih cintakan seseorang yang dah tiada dalam dunia ni, sedangkan orang yang dia cinta, yang dia sayang masih hidup dengan sihat.” sambung Hail lagi.

“Kau tak sayangkan dia? Setiap kali aku lalu depan bilik kau, aku dengar tangisan seorang isteri. Dia ceria bila dia ada dengan orang lain, tapi hanya dia dengan Allah yang tahu macam mana dia bila dia keseorangan dalam bilik.” Qays terdiam. Tiada kata yang dapat dibalas lagi.

Kesengsaraan yang Inara tanggung, kesakitan yang Inara alami.

“Kau balik Qays. Balik jumpa anak dengan isteri kau. Jangan biarkan Qaseh membesar tanpa seorang ayah. Dia perlukan daddy dia. Dia pun selalu tanya mana daddy dia.” nasihat Hail.

“Jangan sampai kau menyesal suatu hari nanti.” bahu Qays ditepuk perlahan.

Qays terdiam. Dia perlu pulang tapi dia tidak bersedia.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
     “Sekarang aku nak tahu macam mana kau boleh sampai sini?” tanya Hail.

“Aku dah tahu yang kau tu abang aku dah lama Hail. Aku tunggu kau jujur dengan aku tapi kau tak jujur juga. Kau masih tak dapat tangkap ke masa aku ajak kau pergi jumpa family Inara? Kenapa dalam ramai-ramai kawan, aku ajak kau? Sebab kau abang aku.” terang Qays.

“Aku masih hidup lepas kemalangan tu berlaku. Tapi semua barang aku, telefon aku hilang and sebab tu aku tak dapat call semua. Jadi aku ambil keputusan, aku nak datang kampung kau.” sambung Qays lagi.

“Ayah angkat kau terima aku dalam kampung ni and aku stay sini. Setiap minggu aku balik tengok keadaan dekat rumah aku. Aku nampak anak-anak aku membesar tanpa aku.” cerita Qays sambil tersenyum melihat Qaseh dan Niel yang makin  membesar.

“Aku rindu Inara. Aku rindu Niel. Aku rindu Qaseh.” jujur Qays.

“Baliklah Qays. Semua tengah tunggu kau.” pujuk Hail.

“Nantilah.” kata Qays malas mendengar leteran dari abangnya itu.

“Sekarang aku nak tahu, mereka semua dekat sana semua sihat je kan?” tanya Qays.

“Ya, semua sihat.” jawab Hail perlahan.

Thanks.” ucap Qays kepada Hail.

“Untuk apa?” tanya Hail hairan. Tiba-tiba pula budak ni.

“Sebab cari aku, jaga aku dari jauh, jaga isteri dengan anak-anak aku.” terang Qays.

“Macam mana kau boleh tahu yang aku cari and jaga kau?” tanya Hail lagi. Rasanya hanya dia dan Inara sahaja yang tahu tentang hal yang dia cari dan jaga Qays. Untuk orang lain, dia cuma memberitahu bahawa Qays adalah adik kandungnya.

“Aku dengar perbualan kau dengan Jasmin haritu masa kau bawa Inara jumpa dia.” jelas Qays tentang hal itu.

“Tapi aku nak tanya, siapa bagi keizinan untuk bawa dia jumpa Jasmin tu?” tanya Qays ingin memarahi Hail.

“Isteri kau yang paksa. Aku dah cakap tak tahu tapi dia tetap paksa aku. Dah macam ahli nujum je isteri kau tu. Aku menipu pun dia boleh tahu.” kata Hail membela dirinya sendiri.

Qays menarik nafas panjang sebelum meneruskan perbualannya.

It’s okay. Setidaknya dia dah tahu kisah silam hidup aku.” kata Qays lega.

“Dah tiba masa untuk kau ambil alih tempat aku. Jaga anak dan isteri kau. Mereka dahagakan kasih sayang seorang bapa kandung mereka. Jangan sampai Inara terima Aidan balik sudah.” kata perlian dikeluarkan oleh Hail.

“Kau jaga mulut kau. Aku ni tak pernah lagi cili mulut orang.” marah Qays. Dia takkan pernah izinkan Inara berkhawin dengan jantan tak guna itu. Langkah mayat dia dulu.

“Gurau je la. Gurau pun tak boleh kau sekarang. Bunuh kang.” kata Hail tenang. Qays hanya diam menghadiahkan jelingan tajam kepada abang kandungnya itu.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now