CHAPTER 2

680 32 0
                                    

"Inara, kamu boleh ikut Cikgu Amyra ke kelas." kata salah seorang pekerja dalam pejabat sekolah itu.

Tangan mama dan papanya disalam. Langkah diatur mengikut langkah cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Amyra itu.

"Assalamualaikum kelas." Cikgu Amyra memberi salam.

"Waalaikumussalam cikgu." jawab pelajar kelas 5 Dinamik.

"Sebelum cikgu mulakan kelas, cikgu nak beritahu kamu semua harini kita ada pelajar baharu." serentak itu semua mata memandang ke arahnya.

"Perkenalkan diri kamu." kata Cikgu Amyra berserta senyuman.

"Nama saya Tengku Inara Aafia binti Tengku Idlan Hazeem." kata Inara. Tangannya bergetar hebat sekarang.

Dia tidak menyukai situasi sekarang dimana semua mata tertumpu kepadanya. Nafas terasa bagai tersekat.

"Okey, kamu boleh duduk di tempat kosong." mata mencari tempat kosong didalam kelas.

Kaki diatur melangkah ke arah meja di hujung kelas bersebelahan seorang lelaki.

"Boleh saya duduk sini?" tanya Inara.

Lelaki itu tidak memberikan sebarang jawapan. Inara mengangkat bahu lantas dia menarik kerusi dan duduk di situ.

"Okey, kita sambung kelas. Buka buku muka surat 66." kelas pagi dimulakan.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

Inara berjalan menuju ke kantin seorang diri. Sesampainya di kantin, dia melihat pelajar yang berkerumun di kantin. Pantas Inara beralih ke belakang.

Bukk!

"Sorry sorry saya tak sengaja." Inara meminta maaf. Kepala didongak untuk memandang siapa yang dilanggarnya itu.

"Awak?" inilah lelaki yang duduk di sebelahnya dalam kelas.

"Qays! Sini." panggil seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah meja batu bersebelahan kantin.

Qays memulakan langkah dan meninggalkan Inara seorang diri.

'Sombong.' kata hati kecil Inara.

"Budak baru ke? Kelas kau?" tanya Iffat Naqir.

"Ya." jawab Qays malas. Sudah sebati dengan dirinya tentang perangai Iffat yang buaya darat itu.

"Taknak kenalkan untuk kami semua ke?" tanya Amir Zayne pula. Kepalanya pantas diketuk oleh Adiel Farran, abang kepada Amir Zayne. Mereka adalah sepasang kembar yang berbeza perangai.

"Nak aku bagitahu umi?" ugut Adiel.

"Menggatal sikit pun tak oleh. Aku bukannya macam kau yang boleh hidup single memanjang." kata Amir sambil menyapu kepalanya. Pedih lah pula.

"Macam mana kau dengan mommy kau?" tanya Hail Arsyad.

"Aku pun tak tahu. Aku tak ada bukti." jelas Qays. Dia sudah pening berfikir tentang masalah ini.

"Tak apa. Kami ada untuk tolong kau." kata Adiel memberi sokongan.

"Aku dengan Amir pun boleh tolong." sampuk Iffat.

"Siapa? Aku nak tolong?" kata Amir hairan. Dia rasa dia belum menghulurkan sebarang bantuan.

Jelingan tajam dari Adiel dihadiahkan kepada Amir. Kenapa adiknya ini terlalu...

Bengap!

"Pergilah balik. Kauorang masuk dalam sekolah aku buat macam sekolah bapak kauorang je." kata Qays menghalau.

"Bukan ayah aku tapi atok aku." kata Iffat. Sekolah ini memang kepunyaan atoknya.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Okey itu sahaja untuk kelas hari ini. Bangun semua." arah Teacher Ellie.

"Thankyou Teacher" ucap pelajar kelas 5 Dinamik.

"Inara, kau taknak balik ke?" tanya salah seorang rakan kelasnya.

"Saya balik lewat sikit." beritahu Inara.

"Oh, nanti kalau dah nak balik tolong tutupkan suis kipas ye." pesannya.

"Okay." jawab Inara.

Qays disebelahnya dipandang.

"Awak tak balik ke?" tanya Inara.

"Suka hati aku lah." jawab Qays.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Jam menunjukkan pukul 5 petang. Inara mengemas semua barangnya. Papanya sudah datang. Sebelum keluar dari kelas, Qays yang tidur itu dipandang.

"Awak oo awak. Saya dah nak balik ni." beritahu Inara.

"Dah tu kau nak aku hantar kau dekat depan pintu pagar sekolah ke?" tanya Qays meluat.

Apa Inara ingat dia menunggu gadis itu? Dia hanya tidak mahu kembali ke rumahnya.

Inara membuat muka. 'Aku tolong kejutkan kau pun dah cukup besar tuah kau. Marah aku pulak. Nasib handsome. Eh!' getus hati kecilnya.

"Nanti tutup suis. Bye!" kata Inara dan pantas melarikan diri. Takut dimarahi oleh lelaki itu lagi.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now