CHAPTER 16

471 23 0
                                    

"Keluar!"

Selepas beberapa minit menunggu di dalam kereta, kedengaran suara tengkingan seorang lelaki dari dalam rumah. Dalam masa yang sama, dia dapat menangkap tubuh Inara yang sudah ditolak keluar dari rumah dengan muka yang sembap.

Kaki pantas diatur keluar dari kereta menuju ke arah Inara. Sesampainya dia di sana, terpampang sebuah keluarga dari dalam rumah itu. Kelihatan dua wanita yang telah menangis.

"Ouhh. Ni lah jantan yang jaga kau selama ni?!" tengking Tengku Idlan Hazeem.

"Papa, jangan buang Ara papa. Ara tak ada siapa-siapa dah." kata Inara merayu kepada papanya.

"Biar jantan tu tanggung kau!" tengking papanya.

"Semua masuk. Kau pembawa malang dalam keluarga kami. Bila kau start sambung belajar, duit aku banyak habis, company aku musnah disebabkan kau. Mula daripada hari ini, dalam keluarga kita tiada lagi Tengku Inara Aafia. Jangan balik sini. Berambus!" halau Tengku Idlan Hazeem.

Qays diam memandang salah seorang ahli keluarga mereka. Mendapat isyarat dari lelaki itu membuatkan dia menarik Inara pergi dari situ.

"Kau bela dia jantan. Jangan bawa dia balik sini lagi. Keluarga dia semua dah mati!" kedengaran Tengku Idlan Hazeem menengking Inara.

Inara ditolak masuk ke dalam kereta. Sempat kepala dikalihkan ke arah rumah tersebut. Wanita yang dikenali sebagai mama Inara dipandang. Selepas sahaja mendapat anggukan dari wanita itu, Qays melangkah masuk ke dalam kereta.

Kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah. Inara yang menangis teresak-esak disebelah dipandang. Kereta dipandu menuju ke sebuah kedai runcit. Qays keluar dari kereta dan masuk ke dalam kedai runcit itu.

Dua bungkus choki-choki dan dua botol air mineral diambil. Selesai membayar, dia kembali ke keretanya. Choki-choki dan sebotol air mineral diberi kepada Inara.

"Terima kasih." kata Inara.

"Start harini kau tinggal dengan aku. Biar aku yang jaga kau." kata Qays memulakan pemanduannya untuk pulang ke rumah.

"Tapi tak manis Qays. Awak dengan saya bukan mahram." kata Inara perlahan.

"Mel yang ada dekat rumah tu apa? Tiang?" kata Qays.

"Mel pun perempuan Qays." jawab Inara lagi.

"Okay Inara. Listen. Mel tu sepupu aku. Mak dengan ayah dia kena bunuh masa dia baru 3 bulan. Mak aku ambil dia jaga sekali dengan abang aku. Disebabkan masa tu abang aku dengan dia sama umur, mak aku ambil keputusan untuk susukan dia. Jadi, dia dengan aku tak boleh khawin. Aku dengan dia dah jadi adik-beradik susuan." terang Qays.

"Ini bermakna kami tak boleh berkahwin dan tidak batal wudhuk jika bersentuhan dan batas aurat macam adik-beradik kandung. Sekarang ni dia saja je panggil aku guna panggilan tuan bagai sebab tak nak bagi kau rasa tak selesa. Jangan tanya aku sebab. Dia tu gila kadang-kadang." terang Qays lagi. Inara yang disebelah hanya mengangguk perlahan.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋



"Selamat pulang, Tuan Qays dan Cik Inara." kata Amelia selepas membuka pintu utama rumah itu.

"Dah lah panggil aku Tuan tu. Serabut aku dengar." kata Qays melemparkan kot kepada Amelia.

"Eh, dah tahu ke?" soalan Amelia itu dituju kepada Inara. Inara hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Aduh Qays. Kau sepatutnya berlakon lama sikit. Aku baru feeling nak jadi pembantu rumah." kata Amelia menghentakkan kakinya. Senyuman manis dihadiahkan kepada Inara.

"Gila. Tak pernah orang bercita-cita nak jadi pembantu rumah." perli Qays.

"Awak rehat lah dulu ye. Nanti saya siapkan makan malam." kata Amelia.

"Saya tolong awak boleh?" tanya Inara.

"Boleh boleh." kata Amelia teruja.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

"Kau nak pergi mana Qays?" tanya Amelia yang baru sahaja keluar dari dapur itu.

"Jaga rumah. Aku nak jumpa kawan-kawan aku." kata Qays. Tangan mengambil kasut sport berwarna hitam.

"Ada apa-apa yang jadi ke?" tanya Amelia lagi.

"Ada hal sikit. Kunci pintu. Jaga rumah." pesanan dititipkan kepada Amelia.

"Yelah. Jangan balik lambat." kata Amelia.

Kaki dilangkah menuju ke kereta miliknya. Kereta dihidupkan dan dilihat satu susuk tubuh yang berlari ke arahnya. Tingkap kereta diketuk oleh gadis itu.

"Apa?" tanya Qays.

"Awak nak pergi mana?" tanya Inara.

"Aku ada kerja Aafia." terkedu Inara mendengar panggilan daripada Qays terhadap dirinya.

"Kenapa?" tanya Qays lagi apabila Inara hanya terdiam.

"Tolong belikan choki-choki untuk saya boleh tak?" Inara yang bagai tersedar dari lamunannya itu menyatakan hajatnya.

"Aku dah beli kan tadi." tanya Qays. Inara menghentikannya hanya kerana choki-choki?

"Tak cukup. Belikan tau. Thank you. Hati-hati. Bye." selepas itu dia berlari masuk ke dalam rumah semula. Qays yang di dalam kereta itu hanya mampu mengukir senyuman nipis.

"Cute." kata Qays memulakan pemanduannya kembali.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

"Ada apa nak jumpa malam-malam ni?" tanya Qays yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah khas untuk mereka berbincang tentang hal-hal luar.

"Hail ada jumpa something pasal Inara." terang Adiel.

"What?" kata Qays meletakkan kunci keretanya di atas meja.

"Ada orang yang cuba ikut dia sekarang." kata Hail sambil tangannya laju menekan keyboard.

"Who?" tanya Qays lagi.

"Wait Qays. Aku tengah cari ni." kata Hail. Qays ini memang tak boleh sabar ke?

"Faster Hail." arah Qays.

Dalam sepuluh minit menunggu, akhirnya suara Hail kedengaran.


"Aku dah jumpa Qays." kata Hail.

"Who?" tanya Qays.

"Aidan." kata itu terhenti di situ sahaja.

Apa yang dia nak dari Inara?

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

"Inara, jom masuk tidur." ajak Amelia. Inara yang di luar itu sedang menunggu kepulangan Qays. Sebenarnya, bukan kepulangan Qays tetapi kepulangan choki-chokinya.

"Awak tidur dulu. Saya nak tunggu Qays kejap." kata Inara.

"Qays balik lewat lah Inara. Selalunya kalau keluar malam-malam macam ni mesti dia akan balik esok pagi." jelas Amelia.

"Kalau macam tu jom lah naik tidur." kata Inara pasrah. Terlepas hasratnya ingin menunggu kepulangan choki-chokinya.

"Sayang." kedengaran suara seorang lelaki memanggil. Alangkah terkejutnya apabila lelaki itu berdiri di hadapan mereka dengan sebilah pisau.

"Awak siapa?" tanya Inara pelik. Lelaki itu menutup kepalanya dengan kepala hoodie.

"Kau tak kenal aku?" tanya lelaki itu. Senyuman sinis darinya kelihatan selepas kepala hoodie dilepaskan.

"Still remember me, sayang?"

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now