CHAPTER 38

273 9 0
                                    

    Inara berasa badannya sungguh lemah. Dunianya terasa kabur. Nafas tersekat-sekat.

“Saya penat, Qays.” kata Inara perlahan.

“Kau penat?” tanya Aidan bersama ketawa sinis.

“Bangun.” tangan menarik Inara supaya bangun kembali.

“Aku bagi kau pilihan. Pilih. Kau nak bercerai dengan Qays dan khawin dengan aku atau kau nak mati dengan anak kau.” kata Aidan memberi pilihan.

“Kalau dia rela mati untuk aku, aku pun rela mati untuk dia.” kata Inara menghilangkan perasaan gentarnya.

So sweet.” kata Aidan menyindir.

So kau pilih untuk mati dengan anak kau lah kan?” tanya Aidan lagi. Soalan itu dibiarkan tiada jawapan oleh Inara.

Aidan menolak Inara jatuh kembali ke lantai. Kaki diangkat untuk menyepak perut Inara.

“Aidan!” kedengaran satu suara lelaki yang amat dikenali.

“Qays.” panggil Inara perlahan.

“Oh, hero dah datang.” kata Aidan memandang Qays.

“Jangan sentuh Inara. Jangan libatkan dia dengan hal kita. Dia tak ada salah!” tengking Qays. Hatinya terasa sebak melihat isterinya.

“Ada! Dia putuskan hubungan dengan aku.” kata Aidan kembali.

“Dia buat keputusan yang betul sebab kau kaki perempuan.” balas Qays kembali.

“Kau diam!” Aidan melangkah laju menuju ke arah Qays. Tangan dikepal untuk menumbuk Qays.

Qays lebih cepat dalam mengelak serangan dari Aidan itu. Tangan menggepal penumbuk dan tumbukan itu singgah di perut Aidan.

“Polis akan datang dalam masa 3 minit dari sekarang. Kau pilih nak tunggu sini ke nak lari.” kata Qays kembali memberi pilihan. Pantas Aidan ditolak jauh.

Aidan terdiam mendengar kata-kata Qays itu. Tanpa menunggu lebih lama, dia lari menyelamatkan dirinya.

“Aku akan buat kau rasa kehilangan seseorang yang kau sayang.” setelah ayat itu dilontarkan kepada Qays, Aidan pantas berlari keluar mengikut pintu belakang.

“Qays...” panggil Inara dengan nada yang lemah.

“Aafia.” pantas Qays berlari ke arah isterinya. Tangan naik menyentuh pipi isterinya yang kemerahan akibat dipukul dan ditampar oleh makhluk itu.

I’m sorry, aku lambat.” kata Qays mengusap pipi Inara. Inara hanya tersenyum.

Qays mengangkat Inara dan berjalan keluar dari kawasan tersebut. Kelihatan semua kawan-kawannya sudah menunggu di kereta masing-masing.

“Ara okey?” tanya Faqih. Tangan menyentuh rambut adiknya itu. Sungguh luluh hati seorang abang melihat adiknya sebegitu rupa.

“Ara okey.” jawab Inara lemah.

“Aku nak bawa Aafia pergi hospital. Kau boleh balik bagitahu mama dengan papa.” beritahu Qays.

Okey.” serentak itu masing-masing memandu kereta mereka.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
    “Ara macam mana Qays?” tanya Tengku Maleeqa.

“Tak tahu lagi mama. Kita tunggu doktor dulu.” jawab Qays. Keluarga Inara baru sahaja tiba di hospital. Tengku Ian Faqih berjalan ke arah Qays. Tangan naik memegang bahu sahabat baiknya itu.

“Jangan risau. Aku tahu adik aku kuat.” kata Faqih memberi semangat kepada Qays.

Setelah beberapa minit menunggu, doktor yang merawat Inara akhirnya keluar. Qays bangun menuju ke arah doktor tersebut.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now