Sudah seminggu Qays telah memikirkan tentang keselamatan Inara dan Niel. Kenyataan bahawa Aidan merupakan anak Achilleo sungguh mengejutkannya.
“Qays” panggil Inara lembut.
Qays mengalihkan pandangan ke arah isterinya. Senyuman nipis diukir.
“Kawan-kawan awak dah sampai.” beritahu Inara.
“Nanti aku turun.” kata Qays kembali mengalihkan pandangannya ke arah hutan di belakang rumahnya.
“Awak ada apa-apa masalah ke?” tanya Inara. Dia hairan apabila suaminya jarang bercakap dengannya semenjak seminggu yang berlalu.
Qays hanya senyum dan menggelengkan kepalanya.
“Awak tahu kan saya sentiasa ada di sisi awak? Sentiasa jadi telinga bila awak ada masalah? Sentiasa jadi bahu bila awak perlukan? Saya tahu awak ada masalah. Kalau awak nak share masalah tu dengan saya, saya setia mendengar.” kata Inara lembut.
“Kalau aku ni pembunuh...” kata Qays terhenti. Mata dialihkan melihat Inara di sebelahnya. Inara mengangkat kening menunggu Qays menghabiskan kata-katanya.
“Kau akan tinggalkan aku?” sambung Qays. Jantungnya berdegup kencang menunggu jawapan Inara.
Inara yang diam itu mempercepatkan lagi degupan jantung Qays.
“Awak bunuh siapa?” tanya Inara kembali.
“Ayah Aidan.” Qays mengambil keputusan untuk berterus-terang dengan Inara.
“Kenapa awak bunuh dia?” sesungguhnya Inara terkejut tetapi perasaanya dikawal.
“Ayah dia bunuh ayah aku, stella. Aku nak balas dendam bagi pihak ayah aku, stella. Salah ke?” kata Qays. Entah kenapa matanya terasa panas.
Inara tersenyum. Tangan naik memegang kedua pipi suaminya.
“Benda dah lepas. Tapi saya nak awak janji dengan saya yang lepas ni awak takkan buat lagi, boleh?” tanya Inara lembut.
“Buat apa?” tanya Qays sambil memegang kedua tangan isterinya.
“Stop membunuh.” kata Inara.
“Demi saya.” sambung Inara lagi apabila suaminya hanya terdiam sahaja.
“Aku cuba.” kata Qays perlahan. Demi masa depan dia dan keluarganya, dia perlu berhenti dari membuat perkara yang buruk.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Qays, aku nak cakap dengan kau.” kata Hail.“Personal.” sambung Hail. Kaki dilangkah ke luar kawasan rumah diikuti oleh Qays.
“Kau nak cakap apa?” tanya Qays.
“Aku nak bagitahu kau something.” kata Hail lagi.
“Cakap je lah.” kata Qays lagi. Kesabarannya mula menipis.
Hail mula gelisah. Bibir digigit untuk menahan perasaan.
“Aku nak kau tahu yang kau...”
“Qays! Niel demam.” belum sempat Hail menghabiskan kata-katanya, Inara datang memanggil Qays.
“Hah?! Macam mana boleh demam?” tanya Qays.
“Saya tak tahu. Badan dia panas.” jelas Inara.
“Kau siap, kita pergi klinik.” arah Qays.
“Baik.” kata Inara pantas berlari naik ke bilik.
“Kau nak bagitahu apa Hail?” tanya Qays kembali.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...