“Ikut belakang aku, jangan jauh dari aku. Faham?” arah Hail tegas.
“Faham.” kata Inara mengikuti arahan yang diberikan.
Pintu bilik bawah tanah itu dibuka dan mereka menuruni tangga yang menuju ke bilik dimana tempat perempuan tua itu ditempatkan.
Sesampainya di tangga terakhir, terlihat seorang perempuan tua sedang menarik senyuman sinis kepada Inara dan Hail.
“Dah lama tak jumpa dengan kamu.” kata perempuan tua itu kepada Inara.
Inara yang berada di belakang Hail hanya diam tanpa membalas kata-kata wanita itu tadi.
“Pandai kan kau menipu tentang nama kau? Kau ingat aku tak boleh tahu yang kau gunakan nama palsu bila jadi mak angkat Qays dulu?” terkejut
“Dialah Jasmin. Kau ada benda nak tanya dia kan? Tanyalah.” kata Hail melihat Inara yang bersembunyi di belakangnya.
“Makcik ada apa-apa rahsia tak nak bagitahu kami?” tanya Inara takut-takut.
“Suami kamu dah mati kan?” terkejut mereka berdua mendengar pertanyaan Jasmin itu.
“Macam mana kau tahu?” tanya Hail menahan amarahnya.
“Dia memang patut mati macam mak dengan ayah dia!” tiba-tiba sahaja Jasmin menengking.
“Kau diamlah perempuan gila! Kalau kau nak tahu, kau sebenarnya yang patut mati dan bukannya kawan aku!” marah Hail.
“Kawan kau? Betulkah dia hanya kawan kau?” tanya Jasmin.
“Apa maksud makcik?” tanya Inara hairan.
“Tak ada apa. Aku rasa kita patut keluar sekarang.” ajak Hail.
“Qays dengan Hail. Kawan?” Jasmin ketawa jahat.
“Sekejap Hail. Kenapa awak paksa saya untuk keluar?” tanya Inara. Semakin pelik sikap Hail sekarang.
“Kamu nak tahu apa sebenarnya hubungan dua lelaki itu?” tanya Jasmin kepada Inara.
“Ya. Saya perlu tahu.” jawab Inara.
“Inara..” isyarat diam dari Inara itu membuatkan Hail diam.
Kali ini, dia cuma dapat menutup mata dan mendengar sahaja semua yang dibicarakan oleh kedua wanita itu.
“Kalau kamu nak tahu, Hail ni abang kepada Qays.” terbeliak biji mata Inara mendengar perkara tersebut.
“Tapi kenapa Hail tidak beritahu Qays bahawa dia abang kepada Qays?” sambung Jasmin lagi sengaja menghangatkan keadaan.
“Hail?” panggil Inara. Hail mengangkat mukanya memandang Inara.
“Apa semua ni?” tanya Inara meminta kepastian.
“Ya. Semua yang kau dengar tu benda betul. Nama penuh Qays, Megat Qays Al-Qayyum bin Megat Qaleef. While me, Megat Hail Arsyad bin Megat Qaleef. Aku abang kandung Qays.” jujur Hail. Sudah banyak benda yang dia sembunyikan dan dia rasa dia patut memberitahu Inara tentang hal ini.
“Kenapa awak rahsiakan benda ni dari Qays?” tanya Inara lagi.
“Sebab aku nak jaga dia dari jauh.” kata Hail dan kembali memandang Jasmin.
“Sekarang tugas aku untuk musnahkan kau makin mudah. Kau tunggu masa kau. Kalau sebelum ni aku nak bunuh kau sebab kau dah bunuh mak dengan ayah kawan aku. Tetapi kali ini, aku datang sebagai anak mak dengan ayah aku untuk balas dendam.” kata Hail memberi arahan.
“Jom Inara.” kata Hail mengajak Inara keluar dari tempat itu. Inara hanya diam mengikut jejak langkah abang iparnya itu.
Dalam perjalanan pulang hanya ditemani bunyi radio sahaja. Tanpa menunggu lebih lama, Inara memulakan bicara terlebih dahulu.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...