Kini, kandungan Inara telah mencecah 9 bulan. Hanya menunggu masa sahaja untuk Inara melahirkan anak sulung mereka.
“Aku dah kata jangan banyak berjalan.” kata Qays sambil mengurut kaki Inara yang mula membengkak itu.
Inara yang sedang duduk di birai katil itu memandang suaminya dengan perasaan bersalah.
“Saya nak tolong Mel masak tengah hari tadi.” beritahu Inara.
“Aafia, aku bayar Mel untuk memasak, kemas rumah and jaga kau. Aku bayar.” kata Qays memandang isterinya. Degil budak ni.
“Saya bosan tahu tak duduk terperap dalam bilik je.” jawab Inara.
“Degil juga budak ni.” perli Qays.
“Mana ada.” nafi Inara.
“Ada.” jawab Qays pula.
“Dah la. Tak nak kawan dengan awak. Marah je tahu.” kata Inara dalam nada merajuk.
“Takkan hari-hari kau nak merajuk dengan aku?” tanya Qays. Semenjak Inara mengandung, boleh dikatakan hari-hari mak buyung itu merajuk.
“Tak merajuk pun. Malam ni awak tidur bilik Niel. Saya nak tidur dekat bilik ni dengan Niel.” kata Inara tidak memandang suaminya.
“Sampai hati kau halau suami kau.” kata-kata sedih dilontarkan supaya dapat menarik perhatian Inara.
“Mana ada. Awak tu suka cari pasal.” tuduh Inara.
“Aku? Cari pasal?” kata Qays tidak percaya. Kening kanannya terangkat mendengar ayat yang dilontarkan oleh Inara.
“Kalau macam ni keadaan kau masa mengandung Aafia, cukuplah seorang anak. Aku dah tak sanggup.” kata Qays menggeleng kepala perlahan.
“Tengok tu baby, daddy awak dah penat layan karenah awak.” Inara seolah-olah bercakap dengan anaknya.
“Mummy awak tu tak habis-habis dengan merajuk dia.” tuduh Qays lagi.
“Bencilah awak ni.” marah Inara.
“Baby nanti jangan ikut perangai daddy tau.” pesan Inara kepada anaknya.
“Biar dia ikut perangai aku yang boleh jaga kau bila aku tak ada dengan kau nanti. Biar dia jadi anak yang kuat macam daddy dia supaya dia boleh jaga kau macam aku jaga kau nanti.” kata Qays perlahan.
Dia bangun dan duduk bersebelahan dengan Inara. Perut Inara yang membawa anak mereka itu dipegang.
“Baby nanti jadi anak yang kuat. Jaga mummy sebab mummy ni kuat merajuk. Jangan bagi sesiapa sakitkan hati mummy. Jangan bagi satu luka pun singgah atas kulit mummy. Janji dengan daddy ye sayang.” kata Qays kepada anaknya.
Kini matanya dikalihkan menatap isterinya. Mata hitam pekat isterinya dipandang lama.
“Aafia, kalau ditakdirkan aku tak dapat bersama dengan kau masa kau lahirkan anak kita nanti aku minta maaf ya. Aku sayangkan kau.” kata Qays memandang tepat anak mata isterinya.
“Apa awak cakap ni?” kata Inara merasakan sesuatu yang pelik terhadap suaminya. Air mata mula bertakung di tubir matanya.
“Kalau kau rindukan aku masa aku tak ada dengan kau, kau boleh tengok anak kita ataupun kau boleh tengok Niel.” sambung Qays lagi.
“No! Awak akan ada dengan saya masa saya lahirkan anak kita. Jangan cakap benda bukan-bukan Qays. Saya tak suka.” Qays ditarik ke dalam pelukan dan tangisan dilepaskan serta-merta.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...