“Still remember me, sayang?” kata lelaki itu.
“Aidan.” kata Inara lembut.
“Awak nak apa lagi Aidan. Kita dah tak ada apa-apa.” kata Inara. Dia penat melayan kerenah Aidan.
“Saya nak awak, sayang. Saya masih cintakan awak. Saya tak boleh lupakan awak.” kata Aidan melangkah mendekati Inara dengan Amelia.
“Aidan, stop there.” arahan Inara hanya sampai di pendengaran Aidan tetapi tindakannya tidak berhenti.
Amelia datang menghadap Aidan sendiri. Sebelum apa-apa, lengan Amelia sudah berdarah akibat terhiris dengan pisau itu. Tubuh Amelia ditolak oleh Aidan.“Mel!” jerit Inara.
“Apa awak buat ni Aidan?! Awak dah gila ke Aidan!” marah Inara. Kaki yang mahu memulakan langkah ke arah Amelia terhenti apabila lengannya ditarik kasar oleh Aidan.
“Lepaslah Aidan.” pinta Inara. Lengannya masih terasa sakit akibat tolakan papanya petang tadi.
“Ikut aku.” kata Aidan. Inara ditarik keluar dari perkarangan rumah itu. Tubuh Inara ditolak masuk ke dalam kereta miliknya.
Belum sempat dia masuk ke dalam kereta, satu tumbukan tepat terkena pada mukanya.
“Kau nak apa dengan adik aku hah?!” tengking Faqih.“Angah!” kata Inara perlahan. Air mata mula bertakung.
“Aafia, come.” kata Qays menarik Inara keluar dari kereta Aidan. Inara dipimpin sehingga ke kerusi di hadapan rumah. Kaki dilangkah menuju ke arah Amelia.
“Kau okey ke Mel?” tanya Qays.
“Okey.” kata Amelia perlahan sambil mencuci lukanya.
“Kau datang lagi, aku tanam kau hidup-hidup!” tengking Faqih apabila kereta itu meluncur laju keluar dari perkarangan rumah Qays.
Setelah itu, kepala dikalihkan ke arah Inara. Adiknya itu dipandang lama. Kaki diatur untuk meninggalkan rumah itu.
“Angah! Angah memang taknak cakap dengan Ara ke? Angah memang tak sayang Ara ke? Angah memang tak terima Ara sebagai adik Angah ke?” tanya Inara berserta tangisan.
Tangan Faqih dicapai dan badan Faqih dipeluk erat. Walaupun Faqih tidak pernah menyatakan bahawa dia sayangkan Inara, tapi Inara pasti bahwa Faqih menyayanginya.
“Qays.” nama itu meniti di bibir Faqih. Setelah itu, Qays datang memegang Inara.
“No Angah. Jangan tinggal Ara, Angah. Jangan, Angah.” kata Inara. Tangisan semakin menjadi-jadi apabila kelihatan Faqih menaiki kereta pergi dari situ meninggalkan dirinya.
“Aafia jom masuk.” ajak Qays.
“No. Saya nak Angah saya. Lepaskan saya.” tangan ditarik dari Qays tetapi apakan daya kudratnya tidak setanding Qays.
“Aafia, masuk.” Qays mengajaknya lagi tetapi kali ini dengan lebih tegas.
“No!” tengking Inara.
“Apa yang kau susah nak faham sangat ni hah! Aku suruh masuk kan?! Kau masuk sekarang!” tengkingan dari Qays itu membuatkan Inara takut.
“Masuk!” Inara dihadapannya itu dipandang tajam.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Mel, kau okey ke?” tanya Qays. Semalam dia tidak sempat untuk bertanyakan tentang luka itu.
“Okey dah. Setakat pisau terhiris sikit je. Aku dengan peluru pun pernah kena.” kata Amelia berlagak.“Yelah.” kata Qays bergerak ke arah dapur diikuti Amelia.
“Kau tak pergi kerja ke harini? ” tanya Amelia. Selalunya Qays lengkap berpakaian kerja tetapi pagi ini Qays hanya mengenakan baju tshirt kosong berwarna putih bersama seluar slack hitam.
“Tak. Nanti kawan-kawan aku semua nak datang. Kau boleh tolong masakkan lunch tak?” pinta Qays.
“Boleh je.” kata Amelia mengeluarkan air jus epal dari peti.
“Eh Inara dah bangun. Hi Inara.” sapa Amelia yang ternampak Inara baru sahaja berjalan mahu masuk ke dapur.
“Hi.” sapa Inara kembali. Mata terarah kepada balutan di lengan Amelia itu.
“Sorry Mel. Sebabkan saya, awak dapat luka tu.” Inara berasa bersalah.
“Eh tak ada apa pun. Setakat pisau ni hal kecil je. Saya pernah...”
“Aku ada hal nak cakap dengan kau. Pergi tunggu dekat depan.” belum sempat Amelia menghabiskan ayatnya yang terakhir, Qays terlebih dahulu memotong.
“Okey.” kata Inara.
“Secret, Mel.” kata Qays memberi peringatan kepada Amelia.
“Hehe sorry. Terlupa.” kata Mel sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Kaki dilangkah menuju ke arah sofa tempat di mana Inara sedang duduk. Qays mengambil tempat duduk berhadapan dengan Inara.
“Awak nak cakap apa?” tanya Inara. Dia tidak selesa apabila Qays memandangnya tanpa berkata apa-apa.
“Kau ada benda nak tanya aku kan? Kalau ada tanya sekarang.” teka Qays.
“Err. Kenapa awak panggil saya guna nama tu?” tanya Inara.
“Nama apa?” tanya Qays kembali.
“Nama yang awak guna semalam.” kata Inara.“Aafia? Bukan ke tu nama kau?” tanya Qays lagi.
“Ye memang nama saya tapi mana ada orang pernah panggil Aafia tu.” jelas Inara. Dia pun berasa pelik apabila Qays menggunakan nama itu.
“Mulut aku kan? Suka hati aku lah nak panggil kau apa pun. Lagipun bagi aku, Aafia more better than Inara.” kata Qays.
“Ikut awak lah.” kata Inara malas. Kalau berperang mulut dengan lelaki ini, tiada kemenangan untuknya.
“Next? Ada soalan lagi tak?” tanya Qays lagi. Dia berasa hari ini mahu Inara mengenalinya lebih dalam.
“Awak cakap pasal abang awak semalam. Jadi, mana abang awak sekarang?” tanya Inara.
“Abang aku dah mati.” pendek sahaja jawapan yang diberikan.
“Sebab?” tanya Inara lagi.
“Kena bunuh.” terdiam Inara setelah mendengar ayat itu.
"Soalan lain?" tanya Qays.
"Awak kenal angah?" tanya Inara. Qays terdiam mendengar soalan yang ditujukan kepada Inara.
"Tak." jawab Qays pendek.
"Macam mana angah saya boleh sampai sini semalam?" tanya Inara.
"Tak tahu. Dah lah aku nak keluar." kata Qays beredar dari situ. Inara hanya hairan melihat Qays itu.
"Too early stella." katanya perlahan.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...