“Qays. Awak sibuk tak?” kepala dijengulkan ke dalam bilik kerja Qays itu.
“Nak apa?” tanya Qays kembali.“Jom pergi kedai beli choki-choki.” ajak Inara.
“Aku baru je beli dekat kau dua hari lepas Aafia.” kata Qays hairan.
“Awak beli 2 bungkus je. Mana cukup.” kata Inara bersama sengihan.“Kau makanlah benda tu banyak-banyak. Nanti dapat kanser kau nak?” tipu Qays.
“Saya tahu awak menipu. Jomlah Qays temankan saya.” pinta Inara. Dia mahukan choki-choki.
“Aku nak siapkan kerja aku ni Aafia.” kata Qays dengan tangan yang sibuk menekan keyboardnya.
“Sekejap je. Lepas beli kita balik lah. Please Qays. Nanti saya temankan awak buat semua kerja awak. Saya janji takkan tidur walaupun sampai pagi.” janji Inara.
“Yelah.” kata Qays menutup segala fail yang ada di atas meja. Kenapalah dia perlu melayan karenah budak-budak Inara ni.
“Yayy. Thank you Qays.” kata Inara teruja.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Inara yang dihadapannya itu dipandang. Nyenyak tidur tuan punya badan sampai terlupakan janjinya petang tadi yang ingin menemani Qays itu.Kaki dilangkah menuju ke arah Inara yang sedang baring di atas sofa.
“Jangan main dengan janji Qays. Kau pun tak tepati janji kau Aafia. Janji nak teman aku and kau takkan tertidur tapi sekarang? Tak tidur, cuma masuk mimpi je.” perli Qays walaupun dia tahu bahawa perempuan itu tidak mendengarnya.
“Kenapa lah ayah kau kata kau pembawa malang dalam keluarga kau. Muka suci putih bersih ni tak nampak apa-apa kecacatan pun Aafia.”
“Tapi kau jangan risau. Aku akan jaga kau. Kalau aku kena khawin dengan kau pun aku sanggup Aafia daripada aku tengok kau hidup terseksa dengan keluarga kau.”
“Tapi untuk perasaan cinta yang tak pernah ada dalam hati aku buatkan aku teragak-agak Aafia. Aku tak cintakan kau. Aku cuma ikut arahan.” kata Qays meluah perasaan.
Sayangkah dia pada Inara? Cintakah dia pada perempuan itu? Dia masih tiada jawapan.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Selamat pagi Tuan.” sambut beberapa petugas di bahagian lobi. Qays tidak senyum bahkan bicara. Hanya muka beriak kosong yang ditunjukkan.Lif di bahagian hujung yang tersedia hanya untuk kegunaan dirinya dituju. Lif itu hanya dapat digunakan oleh Qays dan beberapa orang yang mendapat keizinannya.
Pintu biliknya dibuka dan terlihat kawan-kawannya sudah berada dalam bilik itu.
“Pagi-pagi dah datang cari aku ni. Tak ada kerja ke? Tambah kau Diel. Tak ada patient ke?” Qays mengambil tempat duduknya.
“Iffat ni lah suruh datang. Ada benda nak cakap dia kata.” jawab Adiel.
“Okey, macam ni. Aku nak minta tolong. Ikut aku main futsal malam ni boleh tak?” tanya Iffat.
“Kau call aku suruh datang sebab ni je?” kata Adiel menahan marah.
“Hehe.” Iffat hanya tersenyum bersama muka tak bersalah.
“Lama juga tak main futsal. Jom!” ajak Amir teruja.
“Yang lain macam mana?” tanya Iffat.
“Aku okey je.” kata Hail.
“Qays?” tanya Iffat.
“Ya.” jawab Qays pendek.
“Diel?” tanya Iffat lagi.
“Ye la.” jawab Adiel lepas melepaskan keluhan panjang.
“Faqih?” tanya Iffat.
“Aku malas.” kata Faqih.
“Yelah. Malam ni pukul 8 tau. Tempat yang sama. Jangan lupa.” beritahu Iffat.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Awak nak pergi mana?” tanya Inara apabila melihat Qays lengkap berpakaian sukan itu.“Nak pergi main futsal dengan kawan-kawan aku.” kata Qays mengikat tali kasutnya.
“Main futsal? Nak ikut boleh tak?” tanya Inara teruja.
“Kau minat main futsal ke?” tanya Qays apabila melihat keterujaan Inara yang mahu mengikutnya itu.
“Suka tengok je.” kata Inara.
“5 minit siap. Lambat aku tinggal.” kata Qays.
“Orite bosss.” kata Inara pantas berlari menaiki tangga menuju ke bilik. Lipgloss diletakkan sedikit di bibir, rambut diikat kemas dan tangan mencapai telefon di atas meja solek itu. Beberapa barangan makeup diambil dan diletakkan di dalam begnya. Kaki laju melangkah turun dan keluar dari rumah memasuki kereta milik Qays.
“Awak tak ajak Mel ke?” tanya Inara.
“Mel cakap tak nak ikut. Dia nak tidur.” beritahu Qays. Inara hanya mengangguk.Kereta dipandu laju di atas jalan raya. Dalam masa beberapa puluh minit, kereta diparking di tempat kosong berhadapan dengan futsal itu.
“Jom.” ajak Qays.
“Awak pergi dulu. Saya nak pakai makeup sikit. Tadi tak sempat. Nanti saya masuk.” kata Inara.
“Ye lah.” kata Qays keluar dari kereta.
Inara meletakkan sedikit compact powder dan melembapkan sedikit bibirnya. Setelah puas hati dengan penampilannya, dia mengambil keputusan untuk keluar.
Selangkah kakinya ke hadapan diundurkan kembali apabila kereta itu melintas di hadapannya. Serentak itu, kereta itu dihentikan.“Cari parking untuk aku.” arahan diberikan oleh lelaki tadi kepada kawannya.
“Hi. Jarang I nampak you datang gelanggang futsal ni.” kata lelaki tadi. Inara hanya diam memandang bawah.
“Kenapa diam je ni? I tanya je. You datang seorang ke?” tanya lelaki itu lagi.
“Move.” kata seorang lelaki dari arah belakang.
“Qays.” pantas Inara berlari ke arah belakang Qays.
“Wow. Qays! Lama tak nampak.” kata lelaki itu.
“Kau nak apa kacau dia?” kata Qays dengan wajah kosong.
“Tak ada apa. Apa kata kita buat deal.” cabar lelaki itu.
“Iffat, bawa dia masuk.” arah Qays.
“Okey. Jom masuk dulu.” Iffat mengajak Inara tanpa banyak kata. Mereka berdua memasuki ruangan penonton di tepi gelanggang futsal itu.
“Qays?” tanya Inara.
“Nanti dia masuk lah tu.” kata Iffat menjawab pertanyaan Inara itu.
“Deal apa?” tanya Qays.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...