CHAPTER 45

260 6 0
                                    

    Pagi yang suram itu menunjukkan tanda-tanda hujan akan mula membasahi bumi. Selesai sahaja menghidangkan semua hidangan, kaki melangkah menuju ke arah biliknya.

“Niel? Dah bangun?” tanya Inara sambil berjalan ke arah budak lelaki yang sedang menyelimuti dirinya.

“Niel?” panggil Inara lagi.

“Kalau tak bangun, harini no chocolate for you.” ugut Inara bersama senyuman.

No mummy.” kata Niel lantas bangun dari katil. Inara hanya ketawa melihat gelagat Niel itu.

Mummy nak minta tolong Niel kejutkan Kak Mel dengan Abang Hail boleh?” pinta Inara.

Mummy nak gerakkan Qaseh kejap. Can you help me?” senyuman diberikan seakan memujuk budak lelaki itu.

Alright mummy. Your hero will help you.” kata Niel degan pantas berlari keluar dari bilik tidur Inara.

Inara hanya menggelengkan kepalanya melihat betapa cepat budak itu menghilangkan diri.
Gambar perkahwinan dia dan Qays di atas meja sebelah katil itu dipandang sayu.

“Dah hampir 3 bulan abang tinggalkan sayang dengan anak-anak. Sayang tak tahu apa jawapan yang sayang perlu beritahu Qaseh nanti bila dia tanya mana daddy dia.” kata Inara seolah mengadu sesuatu kepada Qays.

Mata diarahkan kepada anaknya. Pipi gebu itu disentuh perlahan.

“Kenapa mummy rasa mummy dah give up untuk hidup Qaseh. Mummy penat.” lirih hati kecilnya. Sejujurnya, kekuatan yang ada pada dirinya semakin lama semakin hilang.

Kaki dilangkah keluar dari bilik dan turun ke dapur. Niel, Mel dan Hail yang sedang duduk di meja makan itu dipandang hairan kerana mereka
tidak menjamah sarapan pagi itu lagi.

“Kenapa belum makan?” tanya Inara apabila melihat Hail, Amelia dan Niel tidak menjamah sesuap nasi goreng itu.

“Tunggu akaklah.” kata Niel lancar.

Okey. Jom makan.” kata Inara mengambil tempat di sebelah Niel.

Inara menyendukkan nasi ke dalam tiga pinggan milik tiga orang itu.

“Awak tak makan?” tanya Amelia kepada Inara.

“Saya makan roti je. Tak ada selera.” kata Inara mengambil sekeping roti gardenia dan mula memakannya.

“Dah tiga bulan semenjak Qays meninggal, Inara. Tiga bulan juga kau tak ada selera. Tiga bulan juga kau makan roti je. Macam mana nak ada tenaga?” kata-kata dari Hail itu membuatkan dia teringat kata-kata Qays.

“Saya okey je.” kata Inara lemah.

“Betullah Qays cakap, kau degil.” jujur Hail. Dia menyambung suapan nasi goreng yang seterusnya.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
     “Aku nak balik kampung aku esok. Amir akan datang jaga kau esok.” beritahu Hail kepada Inara yang sedang menonton televisyen itu.

“Awak ada kampung?” tanya Inara kembali. Jika Hail ada kampung, bermakna Qays juga mempunyai kampung.

“Kampung keluarga angkat aku.” sambung Hail.

“Keluarga angkat?” tanya Inara lagi.

“Lepas aku dapat lari keluar dari perangkap Jasmin tu, aku terjumpa satu keluarga dan keluarga itu ambil aku dan jaga aku.” terang Hail.
Inara hanya mengangguk mendengar penjelasan dari Hail itu.

“Kampung tu dekat mana?” tanya Inara lagi.

“Banyak pula soalan kau.” sindir Hail.

Inara hanya tersenyum malu melihat Hail yang melihatnya hanya dengan jelingan tajam.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now