CHAPTER 40

287 9 0
                                    

    “Kami mengucapkan tahniah kepada Tuan. Puan Inara selamat melahirkan anak perempuan.” kata doktor perempuan tersebut sambil tersenyum.

“Alhamdulillah.” serentak semua yang berada di kawasan itu bersuara. Qays dengan segera melakukan sujud syukur.

“Kami akan pindahkan Puan Inara ke dalam wad biasa dan nanti kami akan serahkan anak Tuan.” beritahu doktor itu.

“Saya minta diri dulu ya.” pinta doktor itu.

“Baik. Terima kasih doktor.” kata Qays. Badan dipusingkan menghadap semua orang di kawasan itu. Hatinya berasa lega mendengar khabar baik itu.

Niel yang sedang tidur di atas sofa itu dipandang. Jelas kelihatan Niel letih menunggu Inara bersamanya dari pukul 7 tadi sampai sekarang jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

“Tahniah Qays.” kata Hail bersama kawan-kawannya yang lain.

“Tahniah sayang.” kata Tengku Maleeqa memeluk menantunya itu.

“Terima kasih sebab sudi tunggu sampai malam.” ucap Qays kepada semua orang yang menunggu Inara bersamanya serta ada juga yang memberikan semangat kepadanya agar menjadi kuat.

Semua yang berada berdekatan dengannya menghadiahkan senyuman. Syukur dia rasakan apabila dikurniakan keluarga mertua dan sahabat-sahabat yang baik.

Kaki dilangkah menuju ke arah Niel yang masih terlelap itu.

“Niel.” panggil Qays perlahan.

“Em.” jawab Niel masih dalam keadaan mamai.

“Jom. Kakak dah bersalin. Niel dapat adik perempuan.” kata-kata dari Qays membuatkan Niel terjaga dari tidurnya.

“Etul ke bang?” kata Niel teruja.

“Ya. Jom pergi tengok kakak.” ajak Qays.

“Jom!” kata Niel sambil memegang tangan Niel.

“Kami tunggu dekat depan ya.” kata Tengku Maleeqa. Qays mengangguk perlahan.

Dia sudah dimaklumkan oleh petugas tadi bahawa isterinya berada di katil nombor 17. Kaki melangkah bersama tangan kanan yang memegang Niel dan tangan kiri memegang barang Inara.

Sesampainya di katil nombor 17, Qays melihat Inara yang lemah memandang katil bayi yang berada di sebelahnya. Inara tidak mahu dirinya diletakkan di hospital swasta kerana dia ingin merasa melahirkan anak pertama mereka di hospital kerajaan.

“Atak!” jerit kecil Niel memanggil Inara. Inara mengalihkan kepala ke arah bunyi itu dan menghadiahkan senyuman.

“Kau okey?” tanya Qays. Barang Inara diletakkan di sebelah katil.

Inara hanya diam mengangguk bersama senyuman. Dia sudah tiada daya untuk bercakap.

“Aku nak pergi iqamatkan anak kita.” kata Qays melangkah ke arah katil bayi. Muka bayi itu dipandang bersama senyuman.

Dengan cermat dan berhati-hati, Qays mengangkat anak perempuan pertamanya ke dalam dukungan Setelah selesai iqamatkan anaknya, dia menghadap Inara kembali.

“Aku bawa dia keluar boleh?” tanya Qays.

Inara membalas dengan anggukan.

“Niel, kau tunggu sini dengan kakak. Aku keluar kejap.” arah Qays. Kaki melangkah ke arah ruang menunggu di luar bilik.

Dia tersenyum sambil berjalan ke arah keluarga dan kawan-kawannya.

Kelihatan semua sungguh teruja melihat anak sulungnya bersama Inara.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now