CHAPTER 8

468 23 0
                                    

    “ARGHHH!!” terdengar tumbukan di dinding daripada dalam tandas menyebabkan sekumpulan pelajar wanita itu memasuki tandas. Tandas kosong tanpa seorang pelajar tetapi pintu tandas yang paling hujung dikunci. Tanpa menunggu lebih lama, sekumpulan pelajar tadi berlari melaporkan perkara ini kepada guru.

Cikgu kaunseling berlari masuk ke dalam tandas semasa mendapat laporan itu. Tandas yang paling hujung ditujunya.

“Sayang, awak okey ke dekat dalam? Jom keluar. Awak boleh luah semuanya dekat cikgu. Siapa yang buat awak macam ni?” pujuk Cikgu Kaunseling walaupun dia tidak tahu siapakah yang berada di dalam tandas.

Tandas sekarang dipenuhi oleh pelajar-pelajar setelah mereka melihat Cikgu Tania lari memasuki tandas sebentar tadi.

Setelah 20 minit Cikgu Tania memujuk, Inara mengambil keputusan untuk keluar daripada tandas itu. Tangan yang berdarah itu dibiarkan sahaja. Mata memandang setiap orang yang ada di dalam tandas itu.

“Mesti gila ni sebab sakitkan diri sendiri.” suara itu perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Inara. Dia hanya memulakan langkahnya dengan perlahan keluar dari tandas itu. Tiada siapa yang berani mendekatinya.

“Sayang, mari cikgu ubatkan luka tangan awak tu ye?” tanya Cikgu Tania sambil mendekati Inara.

No. Jangan dekat.” kata Inara pendek menyebabkan langkah Cikgu Tania terhenti.

Setelah dia keluar dari tandas, susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di tangga berhadapan dengan tandas itu menghiasi pandangan Inara. Belum sempat Qays bertanyakan sesuatu, Inara pantas membuka mulut.

“Kau pun nak cakap aku gila?” tanya Inara menarik senyum sinis.

“Hah? Apa kau merepek ni?” tanya Qays. Dia pelik. Dia pun tidak tahu apa yang terjadi tetapi sekarang dia hanya risaukan tangan Inara yang mengalirkan darah itu.

“Kau nak cakap aku gila macam diaorang cakap kan?!” suara Inara naik satu oktaf. Panggilan dari Inara pun sudah berubah.

“Aku tak cakap apa-apa pun Inara.” kata Qays lembut. Kaki melangkah dengan berjaga-jaga ke arah Inara.

“Kau jangan dekat dengan aku.” kata Inara perlahan.
  
“Inara, give me your hand.” pinta Qays menghulurkan tangannya.
  
No.” tegas Inara. Dia menyembunyikan tangan di belakang badannya.

Let me look. Believe me that I will not leave you like others okay? Kau tak gila Inara. Believe me.” pujuk Qays. Kali ini dia perlu turunkan egonya hanya untuk keselamatan Inara.
  
Tangan Inara dicapai dan dilihatnya sendiri. Luka itu telah merosakkan tangan cantik Inara. Pantas dia menarik lengan Inara ke bilik kesihatan.
  
Sesampainya di bilik kesihatan itu, dia menempatkan Inara di atas katil. Ubat dan kapas diambil untuk mencuci luka itu.
  
Qays pelik kerana Inara sedikitpun tidak menepis tangannya atas sebab kesakitan yang dialami apabila mencuci luka perempuan itu.
  
“Kau tak rasa sakit ke Inara?” tanya Qays.
 
Inara hanya diam membiarkan soalan Qays itu tiada jawapan.
  
Setelah selesai mencuci luka, Qays perlahan-lahan membalut tangan putih mulus itu. Inara pantas bangun dan berjalan meninggalkan Qays.
  
Kaki melangkah masuk ke dalam kelas tetapi mata-mata yang memandangnya itu membuatkan dadanya terasa sesak dan dunianya berasa pusing.
  
“Inara okey ke?” tanya Aidan. Tangan yang mahu memimpin Inara ke tempatnya ditepis oleh Qays.
  
Touch her and I’ll kill you.” kata Qays tegas.
  
“Ambil beg kau. Aku hantar kau balik. Tak ada alasan.” kata Qays menggalas begnya. Inara pantas mengemas barang tetapi disebabkan tangannya yang dibalut tadi pergerakkannya terhenti.
  
Qays yang sedar akan kelakuan Inara itu pantas menolong Inara mengemas barangnya. Selesai semuanya, dia menarik lengan Inara menuju ke keretanya.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

   “Saya taknak balik lagi boleh tak?” tanya Inara memecah kesunyian.
  
Then kau nak pergi mana?” tanya Qays pula.
  
“Bawa saya pergi pantai boleh?” tanya Inara lagi.
  
“Hm.” hanya itu yang dijawab oleh Qays.
  
Kereta dipandu menuju ke sebuah pantai mengikut apa yang Inara pinta.
  
Selepas kereta diparkir, Inara di sebelah dipandang. Terbentuk senyuman nipis di bibir wanita itu semasa memandang laut di hadapan mereka sekarang.
  
“Kau suka?” tanya Qays.
  
“Ya, saya suka. Dekat dengan pantai boleh buatkan saya rasa lagi tenang.” jujur Inara. Nafas ditarik sedalam yang boleh.
  
“Kau stay sini kejap. Aku nak call someone. Stay here. Understand?” kata Qays memberi arahan.
  
Inara hanya mengangguk kepalanya.
  
Qays melangkah keluar dari keretanya. Nombor Faqih didailnya.
  
“Inara ada dengan aku sekarang. Dia taknak balik lagi.” beritahu Qays.
  
“Dia okey tak?” tanya Faqih.
  
I think yes. Nanti aku cerita dekat kau apa yang jadi.” jawab Qays.
  
Take care of her.” arah Faqih.
  
“Ya.” kata Qays pendek.
  
Panggilan diputuskan dan Qays melangkah ke arah Inara.
  
Wanna go out?” tanya Qays.
  
Can we?” tanya Inara kembali.
  
Sure.” kata Qays bersama senyuman nipis.
  
Inara pantas keluar dari kereta dan berjalan beriringan dengan Qays ke arah pinggir pantai.
  
“Tadi first time saya tengok awak senyum. Lepas ni banyakkanlah senyum tu ye. Senyuman awak tu dah elok dah. Kalau masam je muka siapa je yang nak dekat dengan awak nanti.” kata Inara.
  
“Aku taknak siapapun dekat dengan aku. So why aku perlu senyum untuk diorang?” tanya Qays.
  
At least buat manis muka.” kata Inara lagi.
  
No.” jawab Qays ringkas, padat, tepat.
  
“Ikut awak lah.” kata Inara malas.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now